Monday, January 09, 2012

Ucapan Anwar Di Tempat Parking, "Bebaskan Rakyat!"


Anwar sedang berucap dihadapan penyokong-penyokongnya.
PENYOKONG-penyokong Anwar seramai lebih 5 ribu orang melaungkan 'Reformasi, Reformasi' di luar pintu pagar mahkamah menantikan Anwar Ibrahim keluar daripada mahkamah selepas hakim membacakan keputusan Anwar tidak bersalah di atas tuduhan fitnah II.


Anwar bagaimanapun sukar untuk berjalan keluar dari perkarangan mahkamah kerana beliau dikerumuni penyokong-penyokong yang mahu bersalaman dengannya. Selepas keluar daripada mahkamah, Anwar berucap di tempat parkir motosikal kompleks mahkamah. Saifuddin Nasution Ismail membuka majlis sebekum menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, serta pimpinan KEADILAN, pimpinan Pas yang datang dengan penuh kekuatan. Anwar turut menegaskan bahawa tugas yang lebih penting selepas ini ialah membebaskan rakyat.

"Rakyat hakim negara!. Kita jumpa di mana nanti?" tanya Anwar.
"Putrajaya!" sambut penyokong-penyokong yang hadir.

Anwar bersama keluarganya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat sunat syukur.(IH/Pulakdah)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails