Monday, January 09, 2012

Presiden PAS Sampai.. Allahu Akbar!

Pandangan dari atas..
Penyokong Anwar membanjiri kawasan mahkamah Jalan Duta awal pagi menunggu keputusan kes liwat 9 Disember 2012. — Gambar oleh Choo Choy May

LINTAS LANGSUNG DARI MAHKAMAH

8.56 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di mahkamah untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar.

Mengiringi beliau adalah AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan lain-lain pimpinan PAS.

8.55 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua penyokongnya agar memastikan perhimpunan hari ini berjalan dengan aman sebelum, semasa dan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau.

Arahan ini dikeluarkan Anwar kepada penyokongnya semasa beliau memberikan ucapan ringkas sebelum memasuki mahkamah untuk mendengar keputusan ke atasnya.

8: 36 pagi: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan utama PAS yang awal tiba di mahkamah. Sebelum itu, AJK PAS,

8: 36 pagi: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan PAS yang awal tiba di mahkamah.

8.22 pagi: Anwar tiba di mahkamah dengan laungan reformasi. Sambutan luar biasa diberikan kepada Anwar.

8.10 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bergerak dari rumahnya bersama keluarga. Dilaporkan ribuan penyokong beliau sudah memenuhi perkarangan mahkamah.

8.00 pagi: Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor juga kelihatan memasuki Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

7.58 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama pimpinan PKR dan keluarganya tiba di perkarangan mahkamah.

7.30 pagi: Padang letak kereta Mahkamah Jalan Duta mula dipenuhi oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula berkumpul di situ sejak jam 6.15 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh.

6.00 pagi: Orang ramai memenuhi Masjid Wilayah Persekutuan untuk sembahyang Subuh sebelum bertolak ke perkarangan mahkamah tinggi jalan Duta.

4.00 pagi: Sejak jam 4 pagi orang ramai sudah mula berkumpul di masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. ..

bersambung..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails