Monday, January 09, 2012

Bom Di Mahkamah: Polis Tuduh Mereka, Buktikan!

KL 9 Jan 12: Perhimpunan di sekitar kompleks mahkamah hari ini dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan di antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong kepada pengadu dalam kes Liwat berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.

Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Ketua polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu.

Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan di lokasi tersebut.

"Semua kejadian disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," kata Mohamad Saleh yang turut menasihat orang ramai supaya tidak panik dengan kejadian tersebut.

"Polis masih menjalankan siasatan. (Letupan bom) dipercayai dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi dalam satu kenyataan.

Polis turut menemui perkakas bom termasuk bebola besi, bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan, kata Mohamad lagi.

Menurut beliau lagi, letupan pertama pada kira-kira jam 10.20 pagi itu berlaku di Jalan Khidmat Usaha, kira-kira 300 meter daripada salah satu pintu utama ke mahkamah.

Dua lelaki mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, termasuk seorang peguam.

Letupan kedua pula berlaku sekitar jam 10.45 pagi di luar bangunan substesyen TNB berhampiran medan selera di jalan yang sama.

Tiga orang mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, selain menyebabkan kerosakan kecil ke atas satu kenderaan van penjaja dan juga dua buah motorsikal.

Letupan terakhir kira-kira 10 minit kemudian berlaku berhampiran satu lagi pintu masuk ke mahkamah di sekitar Jalan Khidmat Setia.

Letupan di kawasan yang menempatkan kompleks bangunan kerajaan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan namun mengakibatkan kerosakan ke atas empat buah kereta. (IH/Malaysiakini)

3 comments:

JAKA said...

apa ni balaci umno...main bom bom pulak.

tewas fitnah liwat now nk fitnah bom pulak.

semuga bom2 makan diri pelakunya...amin Ya Allah

Anonymous said...

si jaka ooiii... awk x prasan ke sbnarnya bom tu ditanam oleh barua geng anwar tu juga yg mjangka kes anwar akan kalah dan akan mghuru-harakan dengan letupan bom. tapi bila keputusan mahkamah bebas, xkan le si barua tu nak korek balik bawa balik rumah bom tu, so dia letupkan le nak provok kata pihak bertentangan yg buat...eee..jahat btul le akal fkiran korang ni kan...

Anonymous said...

POLIS mmg suka buat kacau, sama seperti BERSIH bila POLIS letak parang......bodohhh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails