Monday, January 09, 2012

Video Polis Ini Bukti Bom Oleh Penyokong Anwar?

Senjata berbahaya atau sekaki payung?. Apabila rakaman ini di zoom dekat, imej pemegang payung yang disangkut pada tali pinggang semakin jelas.

Berkatalah weblog...

Siapa Mamat ni yang bawa senjata di perhimpunan 90-1

Gambar rakaman dari unit Polis sendiri, kenapa dibiarkan mamat dalam vidoe ni bebas begitu sahaja,, kenapa tak ditangkap,,, apa niat gambar ni ambil?!!!

Tak cukup dengan bawa senjata, letupan-letupan bom buatan sendiri juga berlaku,,, siapakah yang punya angkara sedemikian rupa,,, kenapa sebelum ini sewaktu perhimpunan-perhimpunan lebih besar seperti Bersih 02, PPSMI tiada pula berlaku kejadian sedemikian rupa,,,, pakat=pakat fikirlah....

Melihat berita ini..

KL 9 Jan 12: Perhimpunan di sekitar kompleks mahkamah hari ini dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan di antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong kepada pengadu dalam kes Liwat berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.

Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Ketua polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu. (Seterusnya lihat..Bom Di Mahkamah: Polis Tuduh Mereka, Buktikan!)

Jelas vedeo itu sebagai tuduhan dan bukti dari pihak polis? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails