Sunday, January 08, 2012

Pembunuhan Osama Ben Laden Difilemkan..

KATHMANDU: Aktor Hollywood, Joel Edgerton, mengesahkan dia kini dalam proses perbincangan untuk muncul sebagai pelakon utama dalam filem mengenai pembunuhan Osama bin Laden. Filem itu akan diarahkan pemenang Oscar, Kathryn Bigelow.

Aktor kelahiran Australia berusia 27 tahun itu semalam berkata, dia dihubungi wakil Kathryn untuk membincangkan kemungkinan membawa watak utama baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, belum ada sebarang perjanjian dipersetujui. “Saya mungkin terbabit dalam filem ini kerana ia berlainan apabila menceritakan detik sebelum pembunuhan Osama,” katanya.

Kathryn memenangi anugerah Oscar bagi kategori pengarah terbaik melalui filem The Hurt Locker pada 2010. Turut beraksi dalam filem terbarunya itu ialah Idris Elba dan Guy Pearce. Ahli politik Republikan sebelum ini bimbang filem berkenaan dibuat hasil maklumat sulit yang dibocorkan tetapi dinafikan Rumah Putih - AFP

Lihat kisah sebelum ini..

E-Buku IH-37: Osama Bin Laden
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails