Thursday, January 12, 2012

Pusat Gimnastik Bogel Berkembang. Di Malaysia...


Netherland: Semakin hari suasana Fitness Centrum di kota Heteren, propinsi Gelderland (Belanda) semakin meriah. Perhatian dari media baik yang datang dari dalam negeri, mahupun dari luar negeri selalu datang. Kenapa?

Sebab dikota ini, untuk pertama kalinya berdiri secara resmi pusat gimnastik untuk kaum bogel (telanjang). Pusat gimnastik yang unik ini sudah berjalan, setelah dirasmikan secara meriah. Pusat kebugaran ini merupakan gebrakan paling terbaru dari De Naturisten Federatie Nederland (Federasi kaum nudis/bogel Belanda).

Tegaknya pusat gimnastik telanjang ini adalah idea Patrick, pemilik pusat gimnastik. Bahkan sudah mengadakan perundingan dengan berbagai kollega di Amerika Syarikat, England, Jerman dan Belgium. Kononnya dinyatakan, bahawa pada zaman dahulu aktiviti sukan sudah lazim dilakukan tanpa pakaian. Di zaman kejayaan bangsa Yunani, berbagai acara sukan dilakukan dengan tradisi tanpa pakaian.

Syaratnya, ahli mesti berumur 18 tahun ke atas, bertelanjang bulat bila di bangunannya dan dilarang melakukan berbagai bentuk intimidasi seksual. Walau semua peserta berbogel para intruktor dan pekerja-pekerjanya diwajibakn mengenakan pakaian.

Pusat gimnastik bogel ini amat berkembang di luat negara, tetapi di Malayisa baru separuh bogel atau 'berpakaian tetapi telanjang'.

(IH/pelbagai sumber).

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails