Wednesday, January 11, 2012

Penjenayah Ditembak Tak Sempat Merompak..

PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat  penjenayah yang ditembak mati.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat penjenayah yang ditembak mati.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditembak mati manakala seorang lagi melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.

Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Putra berwarna putih sedang berlegar-legar berdekatan kawasan pasar raya itu yang disyaki penjenayah, kira-kira jam 4.15 petang.

Menurutnya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika pihaknya sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar. (myMetro)

Video..

Penjenayah mati ditembak

by hmetromy 8 hours ago 141 views

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails