Monday, January 09, 2012

Siapa Jadi PM Jika Anwar Di Penjara Hari Ini? -M/Sabu

KL 9 Jan 12: Siapa jadi Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara hari ini? Pertanyaan ini membuktikan Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, daripada pertanyaan itu jelas membuktikan rakyat negara ini kini ternyata amat berminat dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang terrnyata mempunyai harapan yang cerah untuk ke Putrajaya pada PRU Ke13 nanti.

Katanya, mereka tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya tersebut.

"Jadi jika Datuk Seri Anwar akan dipenjarakan, mereka secara automatik menjadi tertanya-tanya siapakah pula yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya pada program Kempen Bebaskan Anwar 901 di padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.

Mengapa rakyat beralih dari BN kepada PR?

Pada program yang dihadiri ribuan orang ramai itu, beliau menegaskan, perralihan rakyat daripada BN kepada Pakatan Rakyat berpunca dari kezaliman Kerajaan BN yang ditunjangi Umno itu sendiri terhadap rakyat sejak BN memerintah negara sejak sekian lama.

"Namun rakyat bukan lembu, malah semakin cerdik dan mereka telah bersama-sama bangkit untuk melepaskan diri dari kezaliman Umno BN," katanya.

Realiti di negara ini sekarang, tegasnya, samalah seperti di Tunisia yang telah sekian lama berada di bawah pemerintahan zalim Ali Zainal Abidin, sehingga memaksa rakyat terutama golongan muda bangkit di jalan-jalanraya untuk menggulingkan pemerintahan Ali Zainal Abidin.

Katanya, punca kezaliman Ali Zainal Abidin terhadap rakyat disebabkan sikap isterinya, Laila yang begitu gelojok mengumpulkan jongkong emas dan kekayaan keluarganya.

Manakala di negara ini, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Rosmah Mansor pula turut bersikap seperti itu apabila begitu berminat mengumpulkan cincin dan permata.

Selain itu, rakyat juga semakin sedar, hutang negara kini semakin meningkat sehingga melebihi RM400 bilion, manakala indek rasuah yang melibatkan para pemimpin kerajaan turut meningkat setiap tahun.

"Jika beberapa tahun lalu indeks rasuah negara ini sekitar 5.10 peratus, tahun lepas meningkat kepada 4.9/10 dan tahun lalu kepada 4.8/10.

"Ini menunjukkan negara ini pasti akan bangkrap jika dibiarkan terus diperintah oleh BN," tegasnya.

Beliau menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadap Anwar esok, PAS dan Pakatan Rakyat tetap bersama pemimpin tersebut.

Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir di kaeasan perhimpunan di kawasan parking kereta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi menyatakan kebersamaan dengan Anwar walaupun dalam pelbagai keadaan.
Turut hadir pada program tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR , Datin Dr Wan Azizah Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Tan Seng Giaw dari DAP; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan lain-lain kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pada perhimpunan tersebut, wakil-wakil parti dari Australia, Fiipina dan Indonesia turut hadir. (IH/Harakah)

Sebelum ini...

3 comments:

Anonymous said...

Ini kes sama mcm pilihanraya sarawak yg baru lepas...wartawan gasak soalan siapa bakal ketua menteri sarawak sekiranya pakatan menang....maka nuar jiburi jawap " baru bian' ....maka mengelabahlah org sarawak dan akhirnya pas yg bertanding 5 kerusi dan menjangka menang 5 kerusi itu akhirnya tersungkur di kaki gunung sentubong dan PKR nuar juburi meleakkan 49 calon dan menang hanya di 3 DUN....rakyat sarawak mengajar anuar erti "practicality" .... Bila ditanya harus dijawap dgn penuh hikmah ...bukan dgn gelojohnya menjawap PM pakatan itu si polan bin si polan...asyik kena gelak jer lah pemimpin pakatan dgn soalan tricky oleh geng wartawan....ini lemahnya mentality pemimpin pakatan...Mudah teruja dgn kosmetik ...nampak penuh manusia di ceramah terus buat rumusan menang ...nampak manusia pakai ketayap puteh terus kata itu org pas....cepat kepoh , kecoh dan kalit lah org org pas ini...relax la brader...

PANTULAN MINDA said...

Anony S, kau ada masaalah otak kah?.....knpa kau sprti org yg sudh gila tak th gunakan otak waras.....Sy dn kelurga srta ramai kwan2 yg lain snnarnya adalah dulu pnyokg tegar pd UMNO/BN olh krn hari ini UMNO dn pemimpinnya sudh tdk relevan lg krn sgt dinmpk pmbohg besr dn penipu pd rakyat serta pemitnah tnpa takutkn Dosa akn Neraka tmpatnya! Maka kami sekluarg dn ramai kwan2 tingglkn UMNO/BN tlh kami masuk sokg PAKATN krn pmimpin UMNO pgkhiant dn penipu pd rakyat Kau belum trlmbt lg ayu kita rmai2 sokg pkatan tumbgkn UMNO sudh tdk relevan lg, yg masi mnyokg hnya krna ada kepentgn sj namun jk dia org islm yg bk tdk akn mnyokg pimpinn UMNO yg zalim dn rasuah!. Kau thkah org miskin smkin miskin dlm kerajn UMNO hrga barg semkin naik lgsg pimpinn umno tdk pdulikn org2 yg miskin smkin miskin tk dapt nikmti khidupn yg selesah dn bahagia.

PANTULAN MINDA said...

Anonymous, jika kau ank Jantan dn otak mu waras ayu kita persilahkn dn beri sokongn agar DEBAT antara Datuk Najib dg Datuk Seri Anwar masing2 kita nilai siapa yg hebat dn lbh layak jd pemimpin Negara?.......Rakyat Malaysia sgt mgharapkn debat dapt diadakn supy semua rakyat boleh nilai masing2 siapa yg lbh layk mnjd pemimpin Negara Malaysia supy Negara dn rakyat lbh sejhtera dn maju bolh bersaing dg negara2 d dunia. Datu Seri Anwar sedg mnunggu japan Datk Seri Najib untk berdebt sblum pilihn raya umum ke 13. Klau kau ank jantn pastikn ayam sabungmu tiada alasn menolak debat ini dn Semua rakyat dn seluruh dunia akn berpeluang menonton secara lgsg. Selps itu kita nilai dg bijk dn ikhlas siapa yg lbh baik kita sokong dalm pilihn raya nanti. Menyokg pemimpin jauh dari rasuah dn kezalimn rakyat yg beruntg tetapi jk rakyat mnyokg pmimpin zalim,rasuah dn salah guna kuasa adalh Bodoh dn otaknya otak anjing kurap!.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails