Thursday, September 02, 2010

Lihat Klip Vedeo Ini, Puteri UMNO Berpesta Dalam Surau?

BoldKUALA LANGAT 2 SEPT 10:Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.

Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.

Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.

Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.

Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.

Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.

Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki. Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini bererti Puteri UMNO telah berpesta dalam surau. Lihat klip vedio di bawah ini...

9 comments:

Acinetobaxter said...

tak de la berpesta joget-joget dan berpelukan...tengok tajuk gempaq habis..tapi buruk laku...

umno kutuk PAS dan PAS kutuk umno...lawan-lawan cam budak2

...tapi yang terlebih buruk bila ustaz-ustaz pula yang mengutuk2...lebih buruk rupanya...dan mungkin ada pahala kot berbanding muslim2 jahil...

Ahmad Khalilul said...

ko x phm agama pi blajak..apa hukum ngutuk ngan beri penerangan....

Anonymous said...

lawak....
Ustaz Pas nak menghalalkan sesuatu sebab UMNO pernah buat..
ingatkan nak bagikan dalil Al-Quran dan Sunnah..
rupa2nya ustaz PAS pun nak ikut sunnah UMNO......

Anonymous said...

pe plak anonymous ni merapu ngan acinnetobaxter...hari ni ramai MELAYU lebih PRASANGKA dengan ustaz2 @ orang alim. MELAYU HARI ni lebih percayakan ORANG yang ada title DOKTOR, PROFESSOR, DATO, TAN SRI, CEO atau ORANG KAYA@ dan BANGSAWAN. well...tahniah la...sebab hangpa 2 orang ni kot ada TITLE.

Anonymous said...

astaghfirullah hal azim. apasal teruk sangat tu? kalau melayu berperangai macam ni memang memalukan. mengaku islam tapi langsung tak menghormati rumah allah.
kecualilah melayu yang bukan islam eden tak nak komen. aurat sengaja dibuka dalam rumah allah. lebih malang ada yang pakai seksi. aduhaiii.. rosak anak bangsa ku. moga allah swt memberi mrk hidayah satu masa nanti.

Hani Azrai said...

one thing for sure, they dont respect rumah allah.. sedih betul tgk manusia bergelar melayu islam buat mcm ni.. sekarang ni pun melayu dah bermcam2 jenis; melayu islam, melayu-melayu, melayu-murtad??.. nauzubillah.. realiti tetap realiti... dont try to hide..

Petai Jering said...

Aku tak nak sokong mana-mana. Bagi aku, perpaduan & kekuatan ummah itu lebih penting meskipun anda semua berbeza fahaman politik, ras, dogma dsb.

Jgn mudah membuat penilaian atau justifikasi sesuatu perkara berdasarkan luaran semata (cam "don't judge the book by it's cover"). Kena tengok nawaitunya jugak (yang nie payah sikit kita nak tahu melainkan-Nya). :-)

Anonymous said...

apa yg pasti pergaulan lelaki n ppuan yg bkan muhrim, bersentuhan kulit, haram (kecuali darurat)... yg dok mengorat pun ada.. yg confuse jantina pun ada.. kalau lah btul kejadian dlm ruang ibadat surau... mintak simpang la...

Anonymous said...

ooops.. soal nawaitu , itu x menghalalkan yg haram... harus di igt robin hood tetap bersalah walaupn nawaitu mencuri utk tlg org miskin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails