Wednesday, August 18, 2010

Muslim Canada Tarawih Di Gereja, Bukan Macam Si Bebal Di M'sia.

Kristus Gereja Katedral Katedral Gereja Anglikan di Kanada, ibu kota British Columbia, di Victoria.

KL 18 OGOS 10: Gereja-gereja di kota Calgary, Kanada membolehkan penggunaan ruangan gereja bagi kaum Muslimin untuk melaksanakan solat Terawih selama bulan Ramadhan. Hal itu disebabkan sukarnya untuk solat jamaah di dalam Islamic Center kerana bertambah ramainya pesolat-pesolat tarawih di kota tersebut.

Imam Islamic Center di salah satu kota di Kanada mengatakan, "Gereja-gereja di lembah Simon telah sepakat membuka pintu gereja mereka untuk dilaksanakan solat Tarawih dalam rangka mengakomodasi jumlah umat Islam yang tidak mampu solat terawih di dalam Islamic center kerana melimpahnya jamaah." Jelasnya lagi, bahawa jumlah Muslim di kota ini dianggarkan berjumlah 85,000 jiwa, sementara masjid Islamic Center tidak mampu menampungnya kehadiran sebahagian dari mereka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Itulah keindahan tolerensi dan seninya dalam beragama, bahkan berlaku dalam sejarah Islam zaman Khalifah Umar. Fahaman dan pemikiran beginilah yang perlu diterapkan di negara kita yang berbagai kaum dan agama. Bukan macam tulisan si bebal bengap seperti di bawah ini..

Mesti baca : Keratan akhbar Harakah siar Ahli Parlimen PAS di Gereja Christ of The King atas alasan dakwah Posted on by penulis_cyber

Soalan :

1) Adakah ada orang Kristian benar orang Islam berdakwah di tempat ibadat mereka ?
2) Adakah tiada tempat lain untuk misi bertemu rakyat untuk berdakwah ?
3) Adakah logik ahli agama lain dibenar dakwah di tempat ibadat kita ?
4) Adakah ini tanda politik memperalatkan rumah ibadat sudah semakin berleluasa hingga sampai ke gereja ?
5) Apakah pandangan agama tentang hukum masuk tempat ibadat agama lain ?

Jawapan soalan kelima ada iaitu kita tidak diharuskan ke tempat ibadat agama lain tanpa sebarang urusan. Apatah lagi sebagai pemimpin bagi sebuah parti Islam sudah tentu perkara yang boleh menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

Sekarang ini sudah banyak insiden seperti bukan Islam masuk ke masjid untuk tujuan politik. Mereka tidak lagi takut kerana sebahagian yang menyokong PAS sudah pun berjaya diliberalkan fahaman mereka hingga membenarkan masjid dimasuki oleh ahli politik bukan Islam.

Hingga kepada kalimah Allah juga diliberalkan batasannya kepada bukan Islam demi mencapai cita cita politik yang sedikit. Moga ALlah selamatkan Malaysia dan sekelian kaum muslimin… Amin!

5 comments:

Unknown said...

Ramai tahu sejarah Rasulullah dan org kafir berada dimesjid, Saidina Umar dan gereja serta sahabatx yang berdakwah dirumah ibadat agama lain. Ramai org Melayu keluar negara dan melihat keadaan dakwah Islam dinegarax yang Islam adalah minoriti seperti Afrika Selatan, USA dan lainx. Kenapalah alim ulama dan muftix kita tak pragmatik menunjukkan sifat Islam sebenar. Kenapalah terlalu jumud dan berfikiran Islam ikut acuan sempit sendiri. Guna fikiran ikut ajaran sebenar mengikut pemahaman sebenar mujahid dan pemikir Islam terkenal zaman dahulu seperti Ibn Taimiah, Ibn Khaldun dan lainx dan jangan ikut alim ulamak yang bertopengkan Islam tetapi assobiyah.

Anonymous said...

syimmm.... ajak la puak kristian semayang dalam masjid pas. baru handalll....islam liberallll bebb..

Anonymous said...

kalau dah khalid boleh ceramah dalam gereja dah tentu PAS kasi ceramah kristian dalam masjid...

Anonymous said...

salam..welll... buat anonymous 18 aug 2010, 12.35pm dan 12.34pm... dah tinggi sangat ilmu agama??? and sedar tak...satu kewajipan bagi setiap umat islam yang beriman sepenuhnya....untuk mentarbiah dan berdakwah kepada sesiapa sahaja supaya memeluk islam...kerana hanya islam sebenar-benar agama...WAJIB..SEBAGAIMANA RASULULLAH DAN PARA TABI'IN BERDAKWAH..

Anonymous said...

...buat renungan..
adakah kita benar-benar islam dalam konteks sebenarnya...???? tanya hati dengan jujur??? adakah kita selama ni berfikir penganut agama lain jangan didakwah..kerana takut timbul isu sensitif?? atau anda semua telah menganggap 'kebebasan agama' sebagai membiarkan mereka itu(non-muslim)terus sesat..menyembah berhala...menyekutukan Allah Yang Maha Esa....sedangkan mereka ini jiran kita??? renung-renungkan..dan selamat beramal.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails