Saturday, August 21, 2010

Keselamatan Sabah Diragui, DVD Lucah Berleluasa.

KOTA KINABALU, 21 OGOS 10: WALAUPUN kita akan menyambut ulang tahun ke 47 Sabah sebagai salah satu komponen dalam Malaysia, keselamatan rakyat Sabah sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Malaysia masih diragui, terutama kemunculan ramai warga asing di Tenom yang semakin memimbangkan. Komen seorang pembaca Sabahkini.net.

Komen yang ditujukan kepada pembacanya dan Kerajaan Persekutuan, yang perlu ditangani segera oleh pihak berwajib, terutama pemimpin-pemimpin negara dan negeri di bawah kerajaan BN yang diamanah memerintah dalam PRU 12 yang lalu.

Pendedahan tersebut, mengenai sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menyewa bilik di Hotel Orchid, Tenom dan menjual DVD lucah dan haram dari pagi sehingga ke petang tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa.

"Kami percayai mereka dilindungi oleh pihak berkuasa termasuk Polis Tenom dan Majlis Daerah Tenom kerana setiap petang kami nampak mereka jumpa seorang inspektor polis dan pegawai penguatkuasa di sebuah pub yang agak terpencil untuk membayar wang perlindungan.

"Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, maka kami bimbang remaja dan penduduk tempatan akan terlibat dengan gejala kebejatan moral akibat pengedaran VCD, DVD dan pengedaran syabu yang turut dijual secara kecil-kecil oleh PATI berkenaan." Jelas pembaca itu lagi. (AK)

3 comments:

ahmed said...

Komen yang ditujukan kepada pembacanya dan Kerajaan Persekutuan, yang perlu ditangani segera oleh pihak berwajib, terutama pemimpin-pemimpin negara dan negeri di bawah kerajaan BN yang diamanah memerintah dalam PRU 12 yang lalu.

ali said...

Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, maka kami bimbang remaja dan penduduk tempatan akan terlibat dengan gejala kebejatan moral akibat pengedaran VCD, DVD dan pengedaran syabu yang turut dijual secara kecil-kecil oleh PATI berkenaan." Jelas pembaca itu lagi. (AK)

zaid said...

Komen yang ditujukan kepada pembacanya dan Kerajaan Persekutuan, yang perlu ditangani segera oleh pihak berwajib, terutama pemimpin-pemimpin negara dan negeri di bawah kerajaan BN yang diamanah memerintah dalam PRU 12 yang lalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails