Thursday, August 19, 2010

60% Zina Kerana Menonton Bahan Lucah.

KL OGOS 19 10: Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."(Quran Surah Al-Israk: Ayat 32). Menonton bahan lucah itu termasuk 'mendekati zina'. Dilarang belajar ilmu zina, tetapi ilmu nikah dan perkahwinan memang digalakkan. (2MA)

4 comments:

Acinetobaxter said...

memang benar...zina lebih mudah terjadi dengan menonton bahan lucah. zina lawannya nikah. islam kan memudahkan pernikahan, tetapi disusahkan pula oleh birokrasi perlembagaan...apa cerita?

ahmed said...

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

ali said...

memang benar...zina lebih mudah terjadi dengan menonton bahan lucah. zina lawannya nikah. islam kan memudahkan pernikahan, tetapi disusahkan pula oleh birokrasi perlembagaan...apa cerita

zaid said...

Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails