Saturday, May 01, 2010

Kes Aminulrasyid: Kata Dua Untuk Ketua Polis Negara


KL, 30 April 10: Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu. Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut. Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'. Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan. (AK)

Lihat sebelum ini...

3 comments:

Anonymous said...

kata dua tu apa? 1- polis boleh tembak lagi berapa diorang suka; atau 2- teruskan khidmat cemerlang, sehingga dilantik jadi menteri? . beberapa wakil rakyat pakatan rakyat tu apa? beberapa ekor kah???? apa punya wakil rakyat, bagi can sampai sebulan suruh igp letak jawatan.... sebulan tu sangat panjang masanya, macam macam boleh jadi tau tak? sepatutnta musa tidak diberi pilihan langsung. sebaliknya didesak supaya meletakkan pistol dikepala serta merta!!!!

Anonymous said...

salam to all...

bagi la masa dia nk rasa gaji terakhir dia.kalo x letak jawatan gak satu malaysia kuar demo.aku pun dah lama tak kena siram ngan fru ni.

Anonymous said...

Camni punya bengong pun ada...camner lah boleh jadi wakil raykat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails