Wednesday, April 28, 2010

Pelajar Dirogol Golongan Berada -DAP Kemuka Bukti


DAP Perak hari ini mengemukakan dua bahan bukti baru dan menuntut polis menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun yang dirogol oleh lima suspek di Ipoh Parade, Oktober lalu.

Bukti-bukti baru itu yang merupakan skirt mangsa dan pita video dikemukakan oleh setiausaha DAP Perak yang juga ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming bersama penasihat perundangan parti itu Leong Cheok Keng dan MP Menglembu Lim Pek Har di ibu pejabat polis di Ipoh.

Menurut Nga, kelima-lima suspek dipercayai membubuh dadah dalam minuman mangsa sebelum dua daripada mereka didakwa merogolnya manakala tiga lagi memerhati. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis tetapi kelima-lima mereka dibebasdkan dengan alasan pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti yang cukup.

Nga memberitahu Malaysiakini bahawa ibu mangsa kuathir beliau tidak mendapat keadilan daripada pihak polis kerana kelima-lima suspek berkenaan berasal daripada keluarga golongan berada.

"Ibu mangsa telah menyorokkan skirt anaknya yang mempunyai kesan air mani perogol untuk selamat enam bulan.

"Bagaimanapun saya berjaya memujuknya supaya yakin dengan polis dan menyerahkan bahan berkenaan untuk siasatan lanjut,” kata Nga. Beliau mencadangkan supaya ujian DNA dijalakan pada skirt yang mempunyai kesan air mani itu bagi menangkap perogol yang dipercayai adalah rakan sekolah mangsa.

Nga berkata beliau akan memantau kes itu secara dekat dan akan membawa perkara itu ke pihak atasan polis di Bukit Aman jika siasatan tidak dijalankan dengan terperinci. (AK)

3 comments:

Unknown said...

Salam...
1.Serah buktu YB..YB...

2.Tak payah timbulkan ketegangan kononnya POLIS tak ambil tindakan kerana perogol dari gol berada...

3.Aku sokong.tapi biar siasatan dibuat...lps tu hang nok komenpun komenla

Anonymous said...

Ai beritahu berita pun tak boleh.. Ini lagi tak demokratik.

Nak mengampu pun jangan sampai macam itu..

Anonymous said...

Bila golongan berada buat jenayah...kenapa polis takut?

Keadilan mesti merata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails