Wednesday, April 28, 2010

Koc Komuter Khas Wanita, Pertamakali Di M'sia . Tahniah!

Gerbong perempuan rencananya akan diperluas ke rute lain
Koc Komuter Khas Untuk Wanita Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR Rabu April 28, 2010: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai hari ini.

Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - BERNAMA

Komen Bog Ibnu Hasyim: Tahniah KTMB yang prihatin.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah!
Adakah ini untuk semua perkhidmatan komuter?
dan bila lagi komuter akan ditingkatkan kepada setiap 10 minit sehingga ke Tg Malim dan Gemas?

Anonymous said...

Tidak pasti sama ada KTM meletakkan tanda 'Boarding Area For Women Only' di atas platform

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails