Monday, March 01, 2010

Sikap Sederhana Nik Aziz Jadi Ikon Ulama -Amy Search

HALAMAN HIBURAN
Amy Search
PJ.1 Mac 2010: Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.
Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda. Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.

Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam. Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sikap sederhana, sepatutnya bukan sahaja menjadi amalan para ulama, bahkan seluruh pemimpin-pemimpin PAS lain. Apa lagi kalau ada yang bermewah-mewah macam pemimpin-pemimpin UMNO.. Na auzubillahi minzalik.

4 comments:

Anonymous said...

salam tuan mintak kebenaran amik post ini untuk letak dlm fcbook..menarik untuk ditatapi..

Ibnu Hasyim said...

OK. Alhamdulillah.

Anonymous said...

terima kasih tuan...maaf tpaksa anonymous..lupa password...

Anonymous said...

memang baik lah kalau semua ulamak mahu berdamping dengan para artis dan tidak hanya memikir cara nak himpun kekayaan harta benda saja. Ulamak Perpaduang nih ulamak periuk nasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails