Friday, December 18, 2009

Kacang hijau Untuk Cantik & Dan Seribu Manfaat.

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan


PERUBATAN

Kacang hijau untuk cantik

SIAPA sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri.


Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2.

Selain mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta melancarkan proses pelawasan badan.

Tanaman kacang hijau banyak diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu mendapatkan sinar matahari secukupnya. Tumbuhan perdu berbatang basah dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek bercabang tegak.

Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan.

Proses rawatan menerusi spa muka Aura selama 45 minit itu menyediakan urutan wajah menggunakan minyak aroma selama 15 minit bagi menghilangkan ketegangan muka selepas seharian bekerja.

Seluruh wajah diurut menggunakan teknik tertentu bagi menghilangkan tekanan serta memberikan kesan kelegaan maksimum kepada pelanggan.

Kemudian proses sental wajah menggunakan kacang hijau mula dilakukan. Kacang hijau berkenaan dilumur ke seluruh wajah terlebih dulu dan dibiarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan.

Wajah pelanggan juga akan diletakkan pupur pulut hitam selama 20 minit. Lapisan berkenan perlu disapu dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan kesan diingini.

Ketika ini pelanggan akan berasa kulit wajah mereka seolah-olah digigit semut kecil, bagaimanapun ia tidak memudaratkan dan berlanjutan hingga pupur berkenaan kering sepenuhnya.

Spa muka berkenaan lain daripada yang lain menerusi bahan yang digunakan manakala harga ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM48.

Semua produk yang digunakan dalam setiap rawatan disediakan spa berkenaan menggunakan bahan semula jadi daripada jenama Tanamera yang tidak memberikan sebarang kesan memudaratkan kepada pelanggan.

Mithila berkata, selain rawatan wajah menggunakan kacang hijau, pusat kecantikan itu turut menyediakan rawatan urutan untuk ibu lepas bersalin secara tradisional yang diubah mengikut keperluan pengguna masa kini.

Malah tukang urut disediakan juga memiliki kepakaran yang diiktiraf kerana sudah menghadiri kursus diperlukan bagi memperoleh sijil melakukan rawatan berkenaan.

Menurutnya, walaupun digabungkan dengan cara moden untuk melakukan rawatan urutan lepas bersalin, ia tidak sedikit pun mengubah perkara asas yang perlu dilakukan terhadap ibu lepas bersalin.

"Kami masih mengikut cara lama walaupun kaedah digunakan berlainan kerana pantang larang lepas bersalin masih sama dan ia wajar diikuti untuk kebaikan wanita berkenaan.

"Jangan memandang remeh perkara ini kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri pada masa depan," katanya ketika ditemui di pusat kecantikan berkenaan di No 11-1, Jalan Remia 4, Bandar Botanic, Klang, Selangor baru-baru ini.

Antara pakej rawatan lain disediakan ialah spa Aura Tradisional Boreh berharga RM98 selama satu jam 30 minit serta spa pengantin Aura yang boleh dicuba pasangan bakal raja sehari bernilai RM198 untuk tiga jam rawatan.

Selain itu, spa terbabit turut memberikan potongan harga sehingga 50 peratus kepada pelanggan yang membuat rawatan pada setiap Ahad.

Info:

  • Kacang hijau antara makanan berkhasiat tinggi. Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak dalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka.

  • Kacang hijau mempunyai kandungan lemak yang rendah. Kadar lemak rendah itu menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.

  • Zat gizi kacang hijau membantu menangani beberapa masalah termasuk anemia (kurang sel darah merah), mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.

  • Protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau membantu tumbesaran seseorang terutama kanak-kanak.

  • Dalam kes diabetes, kacang hijau membantu meningkatkan penggunaan glukos dalam badan. Menurut kajian makmal di Mysore, India, pesakit kencing manis kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, menunjukkan penurunan ke atas keperluan insulin menjadi 20 unit sehari apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau.

    Kajian menunjukkan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah, toleransi glukos dan keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk membantu melegakan kembung perut dan kencing tertahan.

  • Kacang hijau juga dikenali sebagai makanan penyahtoksik bersifat sejuk dan penawar toksik yang berkesan sejak dulu.

    Ia membantu untuk menawarkan logam berat, ubat pertanian dan pelbagai racun dalam makanan. Ia dapat mempercepatkan penguraian bahan bertoksik dalam badan untuk dibuang keluar.

  • Petua orang tua bagi menghilangkan urat timbul di kaki turut menggunakan kacang hijau. Hanya ambil segenggam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.

  • Makan pada waktu pagi dan malam. Selain itu, setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit. Selepas itu barulah tidur. (MyMetro/AK)

  • 2 comments:

    nurul fitriyah said...

    Bole sya dptkn no tel spa ?

    nurul fitriyah said...

    Bole sya dptkn no tel spa ?

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails