Wednesday, November 11, 2009

PAS Pertahan Tajaan Kerja Haji Nik Aziz.


PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Zaki menolak tanggapan bahawa tindakan Nik Abdul Aziz, sebagai seorang menteri besar, boleh menimbulkan tohmahan.

"Memang dia seorang menteri besar, tetapi dia juga seorang ahli agama," katanya.

Mohd Zaki juga tidak terkejut sekiranya terdapat pihak yang mahu menjadikan tajaan terhadap mursyidul am PAS itu sebagai modal politik masing-masing.

"Biasalah, kalau orang hendak buat isu boleh," katanya.(Malaysiakini)

2 comments:

Anonymous said...

aku tak nampak apa salahnya, kalu kasi umrah kat najib tu heran gak aku...

nama pun tok guru, mestilah org duk kejar cari pahala.

Anonymous said...

alahaiii kalo yang ,menaja tu takdak kepentingan ok la..tapi skang ni yang menaja tu ade kepentingan la..kompeni tu dapat tender terbuka pasang bilbord kat kelantan.Ko paham tak tender terbuka? tender yang tak payah nak lawan..main bagi kat sesiapa yang depa suka..haaa kan rasuah tu..hahaha kalo org lain buat hangpakata rasuah kalo hangpa buat hangpa kata sedekah alahaiiiiiii PAS PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails