Thursday, November 12, 2009

Mengapa Kickdefella Dipecat? -Ariffahmi (PMBK)


Nov 12, 2009. Pemecatan seorang pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kelmarin tiada kena-mengena dengan dakwaan salah guna kuasa dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu, kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia (Syed Azidi Syed Abdul Aziz) tidak masuk pejabat.

"Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Mohd Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Mohd Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi setelah GLC itu dikunjungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-baru ini. (AK)

4 comments:

Insan Peka said...

Cuba semak balik jawaban terbaru kickdefella dalam blognya berkaitan kes ini. Arif Fahmi nih memang lawyer buruk.

Hamba Allah said...

Memang teruk menantu Tok Guru nih. dah gila kuasa dalam PMBK dan duk tengah gila nak jadi calon wakil rakyat PAS pula sekarang nih.

kemaruk said...
This comment has been removed by the author.
nasir said...

Kalau Kickdefella betul beliau akan tungggu siasatan selesai dari SPRM . Tok Guru pun tak keluar statment apa3 . Apa niat kickdefella yang macam cacing kepanasan mendedahkan itu ini kununnya salahgunakuasa .

Mengapa terlalu cepat .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails