Thursday, July 23, 2009

Ulasan Filem: Ketika Cinta Bertasbih.

HIBURAN

Ulasan Filem oleh http://darikangarkekotalondon.blogspot.com/. Sebahagian dari tulisan dalam blognya..

Poster film Ketika Cinta Bertasbih

FILEM Ketika Cinta Bertasbih ini diangkat daripada novel terlaris Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih karya hebat Habiburrahman El Shirazy. Garapan indah Chaerul Umam selaku director menjadikan film ni sebagai film yang dinanti2 dan meletup di bioskop2 (pawagam2) di Indonesia. Menariknya, pencarian 5 bintang utama film ini diadakan menerusi uji bakat bagi memastikan setiap pelakon mampu menjiwai nilai2 indah Islam itu sendiri. Daripada 5 pelakon yang berjaya membarisi film ini, salah seorang daripadanya merupakan pelakon Indonesia, Alice Sofie Norin. Selain Alice, antara teraju utama film ini ialah Kholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Andi Arsyil Rahman Putra, Meyda Sefira, Deddy Mizwar, Niniek L. Karim, Didi Petet, Habiburrahman El Shirazy, Aspar Paturusi, Din Syamsudin, Slamet Rahardjo, dan El Manik.

Kholidi Asadil Alam as Khairul Azzam

Oki Setiana Dewi as Anna Althafunnisa

Andi Arsyil Rahman Putra as Furqan

Kholidi (Odi) ni muka dia macam matured je padahal umur baru 20 tahun. Sebelum menyertai audition film Ketika Cinta bertasbih (KCB), dia bekerja sebagai penjual kain dan ayam goreng (sedapnya....nyum2). Ok. Dalam film ni Odi memegang watak Khairul Azzam seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Perjalanan hidupnya di bumi Cairo diwarnai dengan pelbagai suka duka serta rona-rona indah cinta apabila hatinya tertaut dengan pesona kecantikan dan petah bicara Anna Althafunnisa (Oki). Hidupnya diserikan juga dengan kehadiran rakan seperjuangannya, Furqan (Andi) yang menghidapi AIDS dan adiknya, Ayatul Husna (Meyda) serta Eliana Pramesthi Alam (Alice), perawan jelita yang hidupnya berkiblatkan Barat. For more information please visit this website.

Alice Sofie Norin as Eliana Pramesthi Alam


Meyda Sefira as Ayatul Husna



video

Trailer film Ketika Cinta Bertasbih

Tengok trailer and baca sinopsis film ni je pun dah buatkan I rasa nak tonton film ni. Dengarnya, film ni lagi hebat daripada film Ayat-Ayat Cinta (AAC) kerana buat pertama kalinya akan memaparkan sinematografi realiti Universiti Al-Azhar yang selama ini tidak pernah membenarkan produksi asing melakukan pengambaran di sana, turut dipaparkan ketenangan Sungai Nil yang tak pernah berhenti mengalir serta keindahan Alexandria. Ermm, film AAC tu pun dah buat I terpegun and kagum, film ni mesti lagi mengancam hebat!.

Bilala film ni nak tayang kat Malaysia ek?. Masa I baca luahan pendapat kat forum2 yang discuss pasal film KCB ni, diorang kata film ni belum keluar lagi kat negara lain selain daripada Indonesia. Sepatutnya film ni ditayangkan pada 11 Jun lepas serentak di 8 negara (Brunei, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Mesir and Australia) tapi, disebabkan kat Malaysia filem luar kena tunggu giliran untuk ditayangkan maka film ni tergendala tayangannya di 7 lagi negara. Tindakan ini adalah bagi memastikan films tempatan tidak dianak tirikan dan terpaksa bersaing dengan films luar negara yang luar biasa hebat.



Komen Ibnu Hasyim: Pihak kami cuma tolong panjangkan, mungkin lebih baik dari paparan filem sebelum ini.. Lihat:
Apa Tujuan Berita Seks Ini? Apa Untungnya Pada Pem...

3 comments:

Bukhari Razali said...

salam..bilakah akan dtayang di malaysia yaa?

Insyirah Ameer said...

salam..saya dapat tahu, Lembaga Penafisan Filem Malaysia tak luluskan filem ni utk ditayangkan di panggung2 wayang negara ni..utk personal, mungkin boleh. download je kat youtube.

google it! rasa bengang je..klu filem2 seksi, mat2 rempit, minah2 sosial, ala2 18SX tu senang pula lepas. filem bertudung litup elok je, x lepas pula..haih

nusk said...

tonton semalam di u-tube...oh! begitu memberi kesan yg mendalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails