Sunday, July 19, 2009

Restoran Berahi, Syabas 2 Wartawan Berani!

Restoran berahi..

BERITA hari ini..

Ahad Julai 19, 2009: Dua wartawan dipanggil beri keterangan lapor berita palsu

KUALA LUMPUR: Dua wartawan sebuah akhbar tempatan yang sering memaparkan isu-isu sensasi dipanggil polis bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berhubung laporan muka hadapan akhbar tersebut semalam yang bertajuk "Restoran Berahi".

Kedua-dua wartawan tersebut dipanggil memberi keterangan malam semalam selama dua jam iaitu dari pukul 8 hingga 10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya memanggil kedua-dua wartawan tersebut berhubung pendedahan berani mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan pelayan wanita seksi untuk melayan pelanggannya semasa menjamu selera.

Wartawan itu juga mendakwa perkhidmatan itu hanya terbuka kepada ahli restoran itu dengan perkhidmatannya diadakan pada hujung minggu tertentu sahaja. Ku berkata laporan yang dikeluarkan itu adalah palsu kerana siasatan mendapati restoran tersebut tidak wujud.

Difahamkan gambar yang didedahkan wartawan tersebut diperoleh melalui internet dan restoran tersebut sebenarnya berada di sebuah negara jiran terdekat.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.

Akhbar itu berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan email yang dihantar orang ramai ke akhbar tersebut dan setelah sebulan membuat risikan, wartawannya berjaya menyelinap masuk di antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam. BERNAMA

Berita asal pula..

'Restoran berahi' Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim. mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya ingat restoran berahi sebegini hanya terdapat di luar negara, tak sangka di negara sendiri pun ada.

“Mungkin ini cara restoran terbabit mahu menarik pelanggan, tapi pada saya ia tidak sesuai dengan budaya kita,” kata seorang pelanggan sebuah restoran makanan laut di sini yang menyediakan pelayan hanya bercoli dan berseluar dalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 30-an, mendakwa terkejut ketika berkunjung ke restoran terbabit bersama pegawai atasannya.

Yang pasti, pelayan wanita seksi terbabit dijadikan umpan kepada pelanggan lelaki berpoket tebal untuk menjamu selera sambil ‘bermanja’ dengan pelayan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas kepada 2 wartawan tersebut. Itu baru berita.. Anehnya di Malaysia, orang mendedahkan restoran berahi yang mengganggu orang ramai dipanggil polis, sedangkan yang didedahkan tidak dipanggil atau disiasat. Kalau pihak polis panggil nak tahu tak ape la.. pihak polis kena le ucap terima kasih kepada mereka..

Syabas! Berani dengan berita berahi. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Hai, takkan tak tahu memang itu sistem di negara kita sekian lama. Siapa yang buat laporan dialah yang akan disiasat/disiat oleh polis bukannya pihak yang kena lapor.

محمد هزرن الجاوهري said...

Ibnu Hasyim ,

latest news , polis kata restoran ini tak wujud ...depa kata 2 wartawan ini mereka cerita semata-mata berdasarkan maklumat internet ...
ana musykil dan syak wasangka dengan siasatan polis ni ... bila ana buka balik laporan yang dipaparkan telah didelete oleh pihak hmetro ... kena carik balik wartawan ini :- Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim ....

http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090717233943/Article

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails