Friday, July 24, 2009

Media Cuba Lagakan Husam - Harun?

KUALA TERENGGANU, 23 Julai: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menafikan kenyataannya ditujukan kepada mana-mana pihak atau peristiwa ketika mengulas mengenai pemasangan lilin. Beliau mendakwa hanya memberikan panduan secara umum berdasarkan hadis Rasulullah saw.

Harun mengulas laporan sebuah media hari ini yang mendakwa beliau mempertikaikan tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memegang lilin di majlis yang tidak jelas berunsur agama atau tidak bagi memperinghati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh.

Dalam laporan itu, Harun dikatakan berkata, Nizar tidak sepatutnya hadir di majlis itu kerana ia majlis yang meragukan samada ia upacara agama atau tidak. Ekoran laporan kenyataan Harun itu, pelbagai pihak bingung dan tidak jelas sikap PAS kerana Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong kehadiran Nizar itu.

Media berkenaan jelas dilihat cuba melagakan antara Husam dengan beliau.

(Sumber Siasahdaily, Drs Khalil Ilham Lim/AK)

Lihat Sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Isu nizar menghadiri majlis lilin terlalu didominankan atas alasan mengikut upacara keagamaan..macamana pula hukum menghadiri majlis persandingan yang terdapat byk unsur kepercayaan agama lain? Terutama dalam upacara tepung tawar..Tolong jawab wahai ulama UMNO...

-Ana Muslimah-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails