Saturday, July 25, 2009

Beda Besar PAS-UMNO -Ustaz Harun Taib

Lambang bulan.. PAS

Lambang UMNO, keris bersilang mata ke bawah.



Lambang bulan bintang PAS, sebelum diharamkan oleh kerajaan pimpinan Tun Razak, ayah Najib PM sekarang.

By DATO' HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN ULAMA PAS PUSAT

MASALAH PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka. Julai 19, 2009 (AK)

8 comments:

musafirlalu said...

Asalamualaikum... kerana ramai sangat yang komlen kerana tidak dapat pautan pada blog musafirlalu.blogspot.com.my m... maka untuk memudahkan ialah bila buat pautan mesti ada terkeluar ruzanag.blogspot.com... maka betullah blog musafirlalu.

AnakPas said...

Hai datuk..Banyak lagi tak kena dengan PAS tu..tengok Nizar tu..hasil didikan PAS le..
jangan kata Benih-benih Imna orang UMNO..
Jaga-jaga lah Ulamak seperti tuan..yang banyak menyesatkan pengikut tuan..yang percaya dengan selogan 'Islam tu PAS dan PAS tu Islam..yang telah banyak mengelincirkan akaidah pengikut PAS..
Ingat..barsisa tu lebih warak dari mana-mana pemimpin PAS/Ulamak PAS tapi akhirnya..Neraka tempatnya...

Anonymous said...

Ustaz tahu tak Kelantan adalah negeri yang mendabik dada menjalankan pemerintahan ikut islam dan telah mentarbiahkan rakyat juga mendabik dada negeri paling islamik..
Tetapi di sinilah kita lihat banyak maksiat yang tidak dapat dibendung..
nak cari pondan p kelantan, nak cari budak melayu jual cd luchah pergi kelantan, nak cari perempuan kawin lebih dari satu suami pergi kelantan..nak cari orang berzina dengan kambing pergi kelantan..nak cari orang banyak seludup barang pergi kelantan..banyak perkara-perkara sumbang yang tidak ada di negeri lain tetapi banyak di negeri Kelantan..
Itulah hasil tarbiah ...???Bergocoh pun belah sana juga..asobiah yang Tebal pon di Kelantan..

anti munafik said...

tak ada beza umno pas.umno dan pas sama2 parti politik...nakkan kuasa..pas ditubuh dari umno..kalau umno sesat pas anak sesat...takkan nama parti islam dah boleh kata yang bukan nama islam tu sesat....lepas ni kita tubuh parti yang bernama Parti Lebih Islam Dari Parti Pas,boleh lah mendakwa orang tak sokong parti ini menolak parti yang lebih islam dari parti lain...itu pun kalau nak pakai hujah ulama sesat pas...

Anonymous said...

di kelantan ramai jantan bernafsu serakah berkawin ramai suka berbini muda tapi tak pandai bertanggungjawab bila dah puas tinggalkan anak bini tanpa nafkah sehingga terjadi kes mahkamah. di kelantan juga ada berlaku pembunuhan kejam gara2 lembu makan tanaman ladang. Perempuan x pakai tudung pun semakin berlanar di kelantan. Kalau pegi kat Golok berlanar jantan2 miang kelantan menggigil x tahan gelora berahi dgn pelacur siam. Dah tua bangka masih nak merasa pucuk muda gebu pompuan siam. Sembahyang tunggang tunggik, tapi ramai yang berzina.

Anonymous said...

pemimpin pas bila cakap gunakan ayat al quraan.dan hadis,apatah lagi hal guna kekuatan syahadah.maka mudah lah orang umno atau pas ke atau tak tahu sepak politik pemimpin pas takut melawan.kerana perkara itu sapa sapa cakap pun memang betul dan tepat.namun tidak siapa dapat membaca jarum fitnah dan hasutan jahat dan menanam kebencian amat sangat pada daulah malaysia.sekolah universiti lebuh raya kapal angkasa kapal selam masjid hospital teknologi tidak penting.menuduh umno tolak syahadah dan mengenepikan alqraan amat mudahnya dan kerja pemimpin pas gemar berdebat perkara yang boleh dibuat oleh semua umat islam.kalau pas kata mentadbir dan kehakiman tidak diurus cara islam mengapa bodohnya melayu pas ini,masuk la dalam pentadbiran .jadi hakim yang jujur,lahirkan hakim hakim islam,rekrut pekerja swasta atau awam islam sama sama baiki moral pekerja islam.jangan hal rasuah aja,hal ponteng kerja .moraldan macam macam lagi boleh buat.sekarang umno ke pas ke yang bertugas atau yang diamanah orang yang sama.tak tahu la kalau pas boleh perintah maka tukar dan pecat berlaku.ini tenyu lebih kejam.umno pun boleh tukar nama yang indah indah .pas pun begitu.namun akhirnya yang membuat pengisian itu juga penentu ke islam tidak islamik.orang pas kalau sayang kan islam ,syahadah qraan dan iman maka kena berubah daripada mengomel kepada bekerjasama.saya tidak yakin pas berjaya lakukan seperti yang didakyahkan walau percubaan untuk memerintah negara berjaya,namun pengisian belum tentu.kerana mereka tidak termasuk dalam kegigihan bekerja untuk umat islam

Anonymous said...

pas tanam membenci sesama islam. umno tanam modal.

Anonymous said...

Tulisan Ustaz ni nak menampakan PAS tu islamik sangat...kamon laa org dah boleh baca dan faham Islam yg Pas bawa dan Umno buat...org macam ustaz guna agama utk kepentingan diri itu yg jelas...yg haram pun jadi halal bila ianya menguntungkan.parti ustaz...nauzubillah min zalik...rakyat dah faham bentuk politik guna agama utk kepentingan diri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails