Kem terjun negara terus dirundung malang..
Kuala Lumpur: Kem terjun negara terus dirundung malang selepas seorang lagi penerjun harapan, Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Nur Dhabitah gagal melangkah ke pentas final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan mengumpul 238.15 mata secara keseluruhan.
Beliau ketinggalan 7.95 mata di belakang penerjun Sepanyol, Maria Papworth Burrel yang berada di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 246.10 mata.
Hanya 18 penerjun terbaik akan beraksi pada saingan separuh akhir diikuti 12 terbaik di final pada hari sama, esok.
Mengiringi kegagalan itu, rakan senegara Wendy Ng Yan Yee yang menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-36 dengan mengumpul 216.00 mata secara keseluruhan.
Selasa lalu, Nur Dhabitah dan gandingannya, Datuk Pandelela Rinong terlepas tiket untuk ke Paris 2024 apabila hanya menamatkan saingan acara 10m platform seirama di kedudukan ke-12.
Beliau yang kemudian bergandingan dengan Wendy turut terlepas slot ke temasya paling berprestij di dunia itu apabila hanya menduduki tempat kesembilan dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita.
Disiarkan pada: Februari 8, 2024 @ 8:57pm
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selesai masalah ini, begini!
Sebenarnya, dalam Islam, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Islam diturunksn di muka bumi untuk dihayati dan praktikkan. Cuma insan-insan derhaka dan lemah jiwa saja yang rasa kecewa walaupun mereka buah kerajaan.
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Ringkasnya sila rujuk akhbar Harakah hari ini:
No comments:
Post a Comment