Monday, February 26, 2024

Nisfu Sya’ban: Orang Melayu & Politik Yahudi.

 


Nisfu Sya’ban: Perubahan kiblat dedahkan selera Yahudi

NISFU Sya’ban

Malam Nisfu Sya’ban merupakan salah satu daripada hari yang masyhur di kalangan masyarakat Melayu. Di sana, para Ulamak berselisih pendapat tentang kelebihan malam ini. 

Namun, untuk beramal, dan menghidupkan malam ini, boleh dilakukan dengan memohon pengampunan daripadaNya, membaca serta mentadabbur al Quran, dan sebagainya.

Namun, antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Nisfu Sya’ban adalah perubahan arah Kiblat. Ia berdasarkan beberapa riwayat yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wan Nihayah daripada Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, al Waqidi dan lain-lain. 

Perubahan kiblat

Imam Ibnu Kathir menafsirkan ayat 144 Surah al Baqarah,

كان أول ما نسخ من القرآن القبلة ، وذلك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما هاجر إلى المدينة ، وكان أكثر أهلها اليهود ، فأمره الله أن يستقبل بيت المقدس ، ففرحت اليهود ، فاستقبلها رسول الله صلى الله عليه وسلم بضعة عشر شهرا ، وكان يحب قبلة إبراهيم فكان يدعو إلى الله وينظر إلى السماء ، فأنزل الله

Perkara pertama yang dimansuhkan daripada al Quran ialah arah Kiblat. Ketika mana Nabi SAW berhijrah ke Madinah, yang mana kebanyakan penduduknya ialah Yahudi, maka Allah SWT menyuruh Baginda SAW untuk menghadap Kiblat ke arah Baitul Maqdis. Lalu, bergembiralah orang orang Yahudi. Maka Nabi SAW pun menghadap Kiblat itu selama beberapa belas bulan, sedangkan Baginda SAW lebih suka Kiblat Nabi Ibrahim AS (Masjidil Haram). Lalu Nabi SAW pun berdoa, melihat ke langit. Maka, Allah SWT pun turunkan ayat;

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (al Baqarah: 144)

Jalur kisah

Kisah perubahan arah Kiblat ini, boleh ditelusuri melalui ayat-ayat sebelumnya, iaitu ayat 142 dan 143 Surah al Baqarah. Di sini kita dapat perhatikan hikmah kenapakah Allah SWT menyuruh Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis.

Allah SWT menyuruh Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis bagi melihat reaksi orang orang Yahudi yang sepatutnya beriman dengan Nabi SAW. Apakah respon orang Yahudi terhadap penukaran Kiblat?

Allah SWT berfirman menggambarkan pertikaian orang orang Yahudi,

مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا ۚ

“Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?”

Di sini dapatlah kita lihat, orang Yahudi walaupun pada mulanya seronok melihat Nabi SAW berkiblatkan Baitul Maqdis, namun akhirnya menzahirkan isi hati mereka. FirmanNya;

وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّ

“….. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah….” (al Baqarah 143)

Kesimpulan

Dalam peristiwa ini, Allah SWT mendedahkan perangai Yahudi. Mana mana wahyu yang selari dengan seleranya, mereka akan suka. Manakala wahyu yang tidak kena dengan seleranya, akan ditolak dan ditentang

Wahyu Allah SWT di dalam al Quran bukan hanya suruh berbuat baik, menjalin sillaturrahim dan berkasih sayang. Akan tetapi Allah SWT turut memerintahkan supaya undang undang dan pemerintahan Islam itu ditegakkan.

Para sekularis sering menggambarkan Islam itu secara separuh. Mana-mana ayat al Quran yang berkaitan kasih sayang, dan kesamarataan akan dislogankan sehebat hebatnya. Namun, ayat ayat al Quran tentang undang undang Islam, dan pemerintahan, dipusing sepusing pusingnya.

MUHAMMAD MUJAHID Ir MOHAMMAD FADZIL
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Perak    – HARAKAHDAILY 24/2/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nisfu Sya’ban: Orang Melayu & Politik Yahudi.

I. Konon tiada permit untuk konsert malam Nisfu Syaaban di M'sia, kerajaan negeri akan panggil penganjur, apa muslihatnya? 

Tangkap layar video tular mengenai konsert yang mencetus kontroversi di Kedah berikutan berlangsung pada malam ‘nisfu Syaaban’.

Tangkap layar video tular mengenai konsert yang mencetus kontroversi di Kedah berikutan berlangsung pada malam ‘nisfu Syaaban’.

ALOR SETAR: Agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah memberikan permit atau kelulusan untuk penganjuran konsert di Taman Jubli Emas pada malam 'nisfu Syaaban' malam tadi.

-ADVERTISEMENT-

Mengulas lanjut, katanya, memang terdapat permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri, namun ia tidak dinyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti yang tular di media sosial.

"Kerajaan negeri mengambil maklum perkara itu melibatkan konsert di Taman Jubli Emas di Alor Setar pada malam 24 Februari (malam tadi) ...

II. Gaza: Sehalakah pendirian M'sia, AS, Israel, PH Madani, PAS?

(Lanjut sila rujuk 'Serangan Israel ke atas Gaza: Hari ke-140' – HARAKAHDAILY 23/2/2024)

Presiden PAS.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

3 comments:

Anonymous said...

Harap jangan hina Papua ye?

1 USD = Ringgit Malaysia 4.77
1 USD = Papua Kina 3.75

Jangan kata nilai Kina Papua hampir menyamai Ringgit Malaysia. Itu satu penghinaan kepada Papua New Guinea.

Kenapa nilai ringgit merudum rudum ...sebab hang tak reti jaga negara ini...

Bangangggg

1 PGK = Ringgit Malaysia 1.27
1 MYR = Kina Papua 0.78

Kina Papua lagi tinggi dari Ringgit.

Saya ulannnngg

Banganggg..!!

Anonymous said...

Matawang Kina Papua New Guinea lebih tinggi berbanding nilai Ringgit Malaysia..

Ringgit Malaysia (RM) berpotensi jatuh di bawah krisis kewangan Asia 1998 yang rendah iaitu RM4.885 berbanding dolar AS, memasuki wilayah yang belum dipetakan, amaran seorang pakar ekonomi.

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Fakulti Ekonomi dan Kewangan, Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, sekiranya ringgit melepasi paras kemuncak RM4.885 dari 1998, ia akan memasuki wilayah yang belum dipetakan.

“Terdapat dua kemungkinan untuk ringgit: ia boleh terus meningkat atau menyusut selepas mencapai nilai kemuncaknya.

“Jika ringgit melepasi RM4.885 (nilai semasa krisis kewangan Asia 1998), ia akan memasuki wilayah yang belum dipetakan, yang menandakan kawasan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Keadaan ini membimbangkan dan berisiko kerana tidak ada preseden sejarah. Malah matawang Papua New Guinea lebih Baik berbanding ringgit" kata Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Fakulti Ekonomi dan Kewangan.

“Apabila ini berlaku, adalah munasabah nilai ringgit akan kekal rendah berbanding dolar AS

Anonymous said...

best duk kedah, macam macamn ada, sapa kata takdak, pentas tu depa buat sat ja sipa, terer betui orang kedah khemah besaq buleh siap dalam setengah jam.. macam mana majlis boleh tak nampak depa pasang, oo tu khemah nak buat selawat pah abih selawat bantai la disco dangdut... untung la.. ni mesti lepas abis baca yasin 3 kali..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails