Wednesday, August 09, 2023

Hebat saperti S'pura. -Kit Siang. & Erdogen berdoa untuk DAP?

 


DAP nak jadikan Malaysia seperti Singapura?

INGATKAN DAP berstrategi nak diam sepi sahaja dalam kempen PRU DUN kali ini tetapi, bersuara juga akhirnya.

Kata Lim Kit Siang;

“Negara ini akan gagal jika ditadbir oleh PN-PAS dan BERSATU. Negara ini akan hebat seperti Singapura apabila ditadbir oleh PH-BN.”

Dulu, segala macam kecaman dan serangan DAP terhadap Umno. Sekarang, Timbalan Perdana Menteri (TPM) 47 kes itu pun dah jadi suci murni ya. Bahkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke turut mempertahankan Presiden Umno yang dituduh mengamalkan rasuah terbuka dalam kempen di Terengganu.

Dulu, Lim Kit Siang kata negara ini rosak sebab Umno, sebab rasuah. Sekarang, apabila DAP bersama Umno, maka negara ini jadi hebat.

Wah, hebat sungguh teori menjilat ludah DAP ini.

DAP perlu ingat, Malaysia ada sejarah asal-usul, identiti dan acuannya sendiri.

Tidak perlulah anda berkempen untuk Malaysia ikut contoh Singapura kerana di sana orang Melayu-Islam minoriti sahaja berbanding di sini.

Yang pastinya, pengundi di 6 negeri dalam PRU DUN akan ingat sifir mudah ini:

1. Undi BN-Umno bermakna dapat percuma DAP serta Lim Kit Siang dan anaknya.

2. Undi PH bermakna sokong juga Zahid.

Sekian. 

SYED AHMAD FADHLI
Timbalan Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan –HARAKAHDAILY 6/8/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hebat saperti S'pura. -Kit Siang. & Erdogen berdoa untuk DAP?


Lihat komen ini dulu..

(i) Benarkah Erdogan berdoa untuk kemenangan DAP (bersama parti gabungan k'jaan perpaduan) dalam PRU ini? 

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS 

Merujuk kepada hantaran Facebook oleh Perdana Menteri berkenaan suatu sidang video (video conference) bersama Presiden Erdogan, yang menyatakan Presiden Erdogan turut mendoakan kemenangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya di enam buah negeri.

Pendedahan ini menunjukkan betapa Perdana Menteri begitu terdesak sehingga sanggup mendedahkan isi kandungan perbualan telefon dengan Presiden Erdogan, memberikan gambaran seolah-olah Presiden Erdogan mahu mencampuri urusan politik dalam negara ini.

Dalam hal ini, adalah bukan menjadi amalan mana-mana ketua negara asing untuk mencampuri urusan pilihanraya dalam sesebuah negara lain. (Sila rujuk DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI 6 Ogos 2023)

(ii) Ini subsidi lesen motosikal prihatin anak muda NS, dari PN.. 


Anak-anak muda di Negeri Sembilan bakal menikmati subsidi lesen motosikal B2 bernilai RM300 sekiranya PERIKATAN NASIONAL (PN) membentuk kerajaan usai Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. 

Menurut PN Negeri Sembilan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu,

“Kami akan menawarkan dana Nismilan Mudo termasuk latihan skim perniagaan digital ataupun e-commerce kepada bakal usahawan muda dengan jumlah peruntukan yang memadai.

“Kami akan memperkenalkan ‘Dana Tani Mudo’ dengan peruntukan geran sehingga RM15,000 dengan jumlah peruntukan sebanyak lebih RM1 juta setahun.

“Kami akan memperkasa hab anak muda termasuk pembangunan e-sport di setiap daerah,” ujarnya semasa membentangkan manifesto ‘Tawaran Perikatan Nasional Negeri Sembilan’ secara dalam talian hari ini.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah atau puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang Islam dalam negara Islam' yang sebenarnya. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. UNDILAH PN, insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails