Friday, August 11, 2023

Saudi/Turki berbaik. Tapi PMX khianati Melayu/Islam. Ini..

 

Putera Mohammed Bin Salman mengalu-alukan kunjungan selama tiga hari Erdogan di Arab Saudi. (FOTO: Saudi Press Agency)

Saudi setuju beli dron Turkiye

JEDDAH: Arab Saudi telah bersetuju untuk membeli dron Turkiye, salah satu daripada beberapa kontrak menguntungkan yang diperoleh untuk ekonomi Turki yang sedang bergelut ketika Ankara meraih faedah daripada usaha diplomatiknya baru-baru ini untuk membaiki hubungan dengan kuasa negara Arab Teluk.

Sehubungan itu Turkiye dan Arab Saudi telah menandatangani beberapa siri perjanjian ekonomi dua hala antara kedua-dua negara pada Isnin merangkumi sektor pelaburan, industri pertahanan, tenaga dan komunikasi.

Perjanjian itu ditandatangani selepas mesyuarat delegasi yang diketuai oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman di bandar Jeddah., lapor Anadolu Agency.

Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Turkiye dalam kenyataannya menurut laporan Al Jazeera pula sebagai berkata, Erdogan tiba di Saudi pada Isnin, diiringi oleh rombongan kira-kira 200 ahli perniagaan sebagai sebahagian daripada lawatan tiga perhentian di rantau negara Teluk itu.

Terdahulu, Putera Mohammed mengalu-alukan Erdogan di Istana Al-Sallam dengan upacara rasmi, yang menyaksikan kedua-dua pemimpin mengadakan sesi perbincangan rasmi dan mesyuarat membincangkan hubungan dua hala Saudi dan Turkiye; serta isu serantau dan antarabangsa, lapor Saudi Press Agency.

Semasa lawatannya ke tiga negara Teluk itu, Erdogan sebelum ini berkata bahawa beliau mahu meningkatkan hubungan dengan mereka dan memuktamadkan perjanjian pelaburan.

Berucap pada sidang akhbar di Istanbul sebelum beliau memulakan lawatan ke negara-negarea Teluk, Erdogan memberitahu bahawa hubungan diplomatik dengan Saudi telah terjalin sejak tahun 1929.

“Kami mahu memperluaskan asas kukuh hubungan kami ke kawasan kerjasama yang lebih luas,” ujar beliau.

“Sebagai salah satu negara terpenting di rantau ini, Saudi mempunyai tempat istimewa dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan dan perkhidmatan kontrak.” tambah Erdogan.

“Nilai projek yang dijalankan oleh kontraktor kami di Arab Saudi dalam tempoh 20 tahun lalu adalah kira-kira AS$25 bilion (RM114 bilion). 

“Kami mahu syarikat-syarikat Turkiye memainkan peranan yang lebih besar dalam projek berskala besar di Arab Saudi,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/7/2023 

 

Komen Weblog Ibnu HasyimSaudi/Turki berbaik. Tapi PMX khianat Melayu/Islam. Ini.. 

Sila lihat rumusan ini..

(i) Anwar alat DAP, ini fakta..  

Berikut sebahagian petikan kata-kata yang boleh menggambarkan hubungan erat tersebut:

7 Nov 2022 – “Pada 19 November, apabila kita menang kerusi ke 112, tanpa persoalan, semua Ahli Parlimen DAP akan beri mandat sepenuhnya kepada (Dato’ Seri) Anwar Ibrahim untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri,” kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dengan turut menegaskan bahawa DAP juga tidak akan meletakkan apa-apa syarat termasuk rundingan kerusi dalam kabinet.

4 Nov 2022 – “Ada penyokong yang bertanya sama ada saya boleh beri jaminan jika memerintah nanti DAP tidak kuasai kerajaan. ditanya. Pertama yang menjadi ketua pada 20 November nanti sekiranya menang bukanlah (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), tetapi Anwar Ibrahim. Jangan bimbang, DAP ini rakan kita yang setia dan mereka terima prinsip ini (Perlembagaan Persekutuan),” ujar Anwar.

2 Okt 2022 – “Sebagai Pengerusi DAP Perak, demi membantu Perak menang, saya hari ini mengalu-alukan supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di negeri Perak. Jika beliau datang, saya yakin bukan sahaja beliau akan menang, tetapi akan membantu kita memenangi semula Kerajaan Negeri Perak. Jangan lupa, negeri Perak ini sudah tiga penggal 50-50,” pelawa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

16 Apr 2022 – “Bagi DAP sudah pasti kita dalam PH, apa pun keputusan PH mesti dibuat bersama, secara konsensus. Kami membuat keputusan lama dahulu. Itu keputusan tetap. Selagi tiada keputusan baru, maka keputusan itu masih kekal,” kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya calon Perdana Menteri pilihan DAP untuk PRU15.

29 Jan 2022 – “Sekarang kita dengan AMANAH dan UPKO di Sabah. Tapi jika mereka hendak bincang secara berasingan dengan PKR atau DAP, kita tiada halangan. Tapi untuk memberikan syarat (kerjasama) tanpa DAP atau tanpa PKR, sukar diterima,” kata Anwar ditanya kemungkinan kerjasama PH dengan parti-parti lain.

4 Feb 2021 – “Buat masa ini masih lagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Sekiranya ada apa-apa perubahan calon Perdana Menteri, ia mesti melalui keputusan PH. Kita (DAP) melihat pilihan-pilihan sedia ada, iaitu selain daripada Anwar, pilihan lain ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi terdapat pilihan lain iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

23 Sep 2020 – “Kami mengambil maklum pengumuman dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen. Kesemua 42 Ahli Parlimen DAP memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu jika mempunyai cukup majoriti,” katanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai dakwaan Anwar memiliki majoriti ‘kukuh dan meyakinkan’.

4 Dis 2016 – “Kami (DAP) sentiasa menyokong orang Melayu jadi PM (Perdana Menteri), terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jadi DAP tak akan kuasai kerajaan jika pakatan pembangkang menang, tetapi akan jadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab,” ujarnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. (Suntingan dari IZWAN ABDUL HALIM  izwan@harakah.net.my


(ii) Kerajaan Madani makin teruk dah – Zaid 

Dato' Zaid Ibrahim

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) menyifatkan Kerajaan Madani tidak mempunyai perancangan untuk memperkasakan konsep pembahagian kuasa.

Dato’ Zaid Ibrahim berkata, kerajaan sekarang dilihat tidak mengasingkan institusi pemerintah, perundangan dan kehakiman.

“Bukan sahaja tak ada perubahan, tetapi nampak Kerajaan Madani semakin teruk dah, mungkin sudah sampai masa Umno kaji semula sokongan terhadapnya.

“Kita ingat madani satu tamadun, reform. Sebaliknya nak buat undang-undang sendiri untuk salahkan orang itu dan orang ini, tanpa melalui penentuan mahkamah,” katanya pada kenyataan melalui rakaman video di media sosialnya.

Sebelum ini Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Dato’ Seri Azalina Othman Said dilapor berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk mewujudkan akta baharu bagi menghukum pihak yang mempermainkan isu 3R daripada aspek sivil.

(iii) Rumah banglo didiami Dato’ Seri Anwar milik seorang ahli perniagan Cina..  

Datuk Idris Ahmad

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, Perdana Menteri (PM) wajar menjawab isu terbabit termasuk dakwaan menggunakan beberapa kereta mewah.

Katanya PM wajar membuat penjelasan berhubung pemilikan kediaman tersebut di Kajang dan kenderaan mewah bagi mengelak pelbagai tohmahan.

“Kalau ada pajakan PMX kena terang dan jelaskan bagi mengelakkan tohmahan berterusan sehingga boleh menjejaskan institusi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi di sini.

Baru-baru ini Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) mendedahkan perkara itu berdasar siasatan yang dilakukan.

Chegubard menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat PMX berhubung pemilikan kediaman didiami Perdana Menteri di Kajang, Selangor.

Selain itu kereta Jaguar yang didakwa dimiliki Yayasan Aman Berhad, yang mana Anwar merupakan penasihat dan sebuah BMW dikatakan dimiliki seorang ahli perniagaan.

Ekoran pendedahan itu peguam PMX, Datuk Sankara Nair dilapor memberitahu Perdana Menteri memajak banglo dua tingkat di Bandar Sungai Long, Kajang selama 10 tahun.

Idris juga berkata, pendedahan isu tersebut dianggap tidak salah kerana ia sekadar siasatan yang dilakukan rakyat dan perlu penjelasan lanjut Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor pula berkata, rakyat berhak mengetahui kedudukan sebenar isu berkenaan selaras dengan Malaysia Madani.

“Setakat ini belum ada bukti hitam putih banglo di Bandar Sungai Long, Kajang dipajak Perdana Menteri.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Saudi/Turki pun boleh berbaik-baik demi Islam, tapi PMX Malaysia sanggup khianati Melayu/Islam demi bersekongkol dengan parti DAP yang anti Islam tu. Perjuangan jenis apa begini?

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails