Thursday, August 10, 2023

Bukti PAS pandai perintah. Syabas Perlis, loteri dalam talian..

 


1. Perlis giatkan kuat kuasa isu loteri dalam talian 

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis terus menggiatkan penguatkuasaan berkaitan aduan loteri atas talian yang berjalan secara tidak sah sepanjang 2018 hingga sekarang.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, tindakan perundangan terhadap mereka diambil dengan membuat tuduhan ke atas semua tangkapan dan dikenakan hukuman.

“Tindakan perundangan yang telah diambil ialah membuat tuduhan ke atas semua tangkapan ke mahkamah dan dikenakan hukuman.  

“Selain itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memotong bekalan elektrik ke atas premis yang menjalankan kegiatan berkenaan,” katanya dalam  sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dari Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) berkaitan jumlah aduan loteri atas talian yang telah diterima daripada tahun 2018 sehingga kini serta tindakan perundangan yang dikenakan.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, sejak tahun 2018 sehingga Jun 2023 pelbagai tangkapan telah dibuat bagi menangani kegiatan haram tersebut  

“Jumlah tangkapan loteri dalam talian yang telah diterima pada tahun 2018 adalah sebanyak 202 tangkapan, tahun 2019 (240 tangkapan), 2020 (160 tangkapan), 2021 (315 tangkapan) dan 2022 (170 tangkapan). 

“Bagi tahun 2023 pula, sehingga Jun 2023, sebanyak 161 tangkapan dibuat untuk pengusaha loteri ini,” katanya.

Selepas menerajui pemerintahan kerajaan negeri Perlis, PERIKATAN NASIONAL (PN) konsisten dengan keputusan untuk menghentikan operasi premis perjudian dengan tidak menyambung  lesen operasi mereka selaras dengan polisi baharu kerajaan negeri. 

Terdapat enam premis perjudian di negeri ini dan lesen bagi pengusaha terakhir yang menjalankan operasi berkenaan dijadual tamat tempoh pada Mac 2024. – HARAKAHDAILY 8/8/2023

2. Kerajaan PN Perlis luluskan 113 pemberimilikan tanah 

KANGAR: Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) negeri Perlis telah meluluskan sebanyak 113 pemberimilikan tanah tahun ini, yang meyaksikan enam hak milik tanah turut dikeluarkan kepada pemohon terlibat.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 107 lagi permohonan sedang dalam proses pendaftaran hak milik yang hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon membuat bayaran penuh Notis 5A.

“Notis 5A yang dikeluarkan ini perlu dijelaskan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh notis bayaran disampaikan.

“Berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, sebanyak 360 Notis 5A yang dikeluarkan masih mempunyai bayaran tertunggak manakala sebanyak 101 Notis 5A masih belum dijelaskan.

“Menurut Akta 828 Kanun Tanah Negara, sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh ditetapkan, Notis 5A tersebut terbatal dan tanah berkenaan akan kembali berstatus tanah kerajaan serta boleh dibuka untuk permohonan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan oleh Saad Seman (PAS-Chuping) berkaitan jumlah terkini hak milik tanah yang telah diselesaikan kerajaan negeri bagi tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shukri  turut mengulas mengenai isu lot lidi di seluruh Perlis, iaitu dasar sedia ada di negeri ini sememangnya tidak membenarkan pecahan tanah lot lidi dilaksanakan dan bercanggah dengan peraturan digariskan dalam Kanun Tanah Negara (KTN).

“Sebagai makluman, pada tahun ini sahaja, PTG negeri secara proaktif mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas dua kes jualan lot lidi melibatkan tanah kerajaan di Batu Bertangkup, Chuping dan tanah individu di Alor Redis, Arau,” katanya. . – HARAKAHDAILY 8/8/2023 

 

Komen Weblog Ibnu HasyimBukti PAS pandai perintah. Syabas Perlis, loteri dalam talian..

Lihat komen ini..

Lagi bukti PAS pandai perintah. Ini,10 tawaran utama PAS Terengganu 


Dalam mengejar arus kemajuan selari dengan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS), prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam tidak diketepikan. 

Setiap tawaran yang dikemukakan berasaskan kerangka kerja pematuhan syariah di mana setiap pelaksanaan tawaran dalam manifesto akan memberi impak dan nilai yang selari dengan tuntutan Islam.

Meneruskan kecemerlangan pentadbiran menerusi Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030, PAS Terengganu telah membangun dan memformulasikan manifesto, dengan mengambil kira inklusiviti dan keterangkuman segenap lapisan dan peringkat kehidupan rakyat.

Dengan menggunakan metodologi reka bentuk berpaksikan rakyat (CCD – Citizen Centric Design) akan memastikan tiada rakyat atau individu yang terpinggir daripada menerima tawaran yang akan dikemukakan.

Pendekatan ini melihat dan mendalami semua peristiwa, keadaan dan masalah yang dihadapi rakyat dalam kitaran kehidupan bermula dari kelahiran hingga ke hari tua. (Rujuk Penjelasan 10 tawaran utama PAS Terengganu-HARAKAHDAILY 8/8/2023)

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia. Kepada rakyat Malaysia sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah atau puak anti Islam. 

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenarnya. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Sengaja disebutkan di tajuk ini 'Bukti PAS pandai perintah' kerana masih ada suara sumbang 'barua-barua' Lim Guan Eng mengganggu blog ini dengan kata-kata ejekan 'PAS tak pandai perintah'. 

Kita kenal mereka, yang sudah bertahun-tahun jadi 'barua penjilat' tak naik-naik pangkat rupanya. Ramai kawan-kawan mereka dah jadi menteri walau kalah pilihan raya. Tapi yang ini masih di tahap 'barua penjilat'. 

Kesian mereka, tapi nak buat macam mana, mereka yang pilih jalan itu. Nak jadi barua se umur hidup.

Maka gunakan jari-jari anda semua untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails