Tuesday, August 08, 2023

Bunuh Arab-Israel/Kristian serang LGBTQ/Ambalat.. PAS/PN


Pengebumian seorang pegawai tinggi perbandaran Arab Israel, Abdul Rahman Kashua pada Rabu, 23 Ogos 2023 yang ditembak mati di bandar Tira, Jurusalem di Israel pada Isnin, 21 Ogos 2023. (FOTO: BBC)

Pembunuhan terancang: Arab Israel tuntut tindakan parlimen

JERUSALEM: Komuniti Arab Israel menggesa sidang tergempar parlimen Israel selepas siri terbaharu pembunuhan dalam masyarakat di situ yang didakwa sebagai jenayah terancang.

Dalam kejadian Selasa (22 Ogos) lalu, empat lelaki ditembak mati di bandar Arab di Israel, Abu Snan, di wilayah utara Galilee, tiga adalah ahli keluarga yang sama, termasuk calon untuk pilihan raya datuk bandar tempatan, lapor BBC.

Ahli politik pembangkang menyalahkan kerajaan Israel kerana gagal membanteras kumpulan jenayah terancang yang dikatakan berleluasa di Israel.

Mayat empat lelaki itu ditemui di sebuah padang selepas apa yang dikatakan oleh paramedik sebagai sejumlah besar mangsa tembakan.

Salah seorang mangsa ialah Ghazi Saab, 53, yang sepatutnya mengumumkan pencalonannya untuk Datuk Bandar Abu Snan pada hari itu.

Mereka yang lain dikenali sebagai anak saudaranya, Zaher al-Din Saab, 45, dan Amir Saab, 28, serta Salman Khalab, 66, dari bandar Yarka berhampiran.

Seorang sepupu mangsa Ghazi Saab memberitahu akhbar Haaretz bahawa mangsa pernah menjadi pegawai kanan Polis Sempadan Israel dan bahawa ‘seluruh keluarganya dihormati’ . 

Jurucakap polis juga berkata tiada bukti setakat ini mengaitkan pencalonan Saab dengan pembunuhan itu.

Haaretz melaporkan bahawa beberapa jam selepas tembakan itu, seorang lelaki Palestin berusia 18 tahun, Majid Faisal Dais ditikam hingga mati berhampiran bandar Lakiya di selatan Badwi.

Polis berkata mereka mengesyaki motif jenayah di sebalik pembunuhan Majid Faisal Dais, yang berasal dari Tebing Barat yang diduduki.

Pada malam Isnin (21 Ogos) pula, ketua pengarah bandar tengah Tira, Abdul Rahman Kashua, ditembak mati di sebelah ibu pejabat perbandaran dan balai polis di situ.

Pembunuhan itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan jenayah terancang dalam komuniti Arab Israel, kerana kadar pembunuhan yang semakin meningkat menghantar gelombang kejutan kepada penduduknya yang berjumlah kira-kira dua juta.

Hampir 160 orang telah dibunuh tahun ini sahaja. Itu sudah merangkumi lebih daripada jumlah yang dilaporkan pada 2022 oleh Abraham Initiatives, sebuah kumpulan yang mempromosikan kesaksamaan Arab dan Yahudi Israel.

Satu parti politik, Gerakan Arab untuk Pembaharuan (Taal) menuntut tindakan segera oleh pihak berkuasa Israel, dengan ramai yang menyalahkan kegagalan perwakilan dan polis  yang sewajarnya oleh negara.

Terdahulu, seorang ahli parlimen pembangkang terkemuka menyalahkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana meletakkan polis di tangan Itamar Ben-Gvir, menteri keselamatan negara sayap kanan yang mempunyai sejarah perkauman anti-Arab.

“Masyarakat Arab Israel sedang dalam krisis, dan perdana menteri sibuk membuat janji kosong,”  kata bekas Menteri Pertahanan Israel,  Benny Gantz.

Pejabat Netanyahu berkata perdana menteri itu sedang memanggil pasukan petugas kerajaannya untuk menangani kes berkenaan.

Pada Selasa, beliau berkata pembunuhan Abdul Rahman Kashua telah ‘melintasi garis merah’ dan berikrar untuk menggunakan segala cara, termasuk perkhidmatan keselamatan Shin Bet, untuk mengalahkan jenayah berkenaan’.

“Kami telah menghapuskan jenayah terancang dalam sektor Yahudi di Israel dan kami akan menghapuskan jenayah terancang dalam sektor Arab di Israel,” tambahnya.

Ben-Gvir mengeluarkan kenyataan panjang lebar pada Rabu (23 Ogis) pula menuduh  keganasan dalam puak yang dilabelkan  sebagai ‘pengganas’ dalam masyarakat Arab Israel, yang beliau dakwa akhirnya akan ‘menghalakan serangan mereka terhadap Israel’.

Beliau mengulangi seruannya untuk menahan suspek tanpa perbicaraan dan untuk Shin Bet mengesan jenayah terancang. 

Itu telah diambil kira sebagai  bermaksud pengawasan terhadap warga Arab Israel yang disyaki melakukan jenayah,  satu cadangan yang sangat kontroversial yang dilaporkan sebelum ini ditolak kerajaan Israel.

Orang Arab Israel,  kebanyakan mereka lebih suka dipanggil warga ‘Palestin Israel’ membentuk satu perlima daripada populasi di Israel.

Secara teorinya, masyarakat Arab Israel mempunyai hak yang sama dengan warganegara Yahudi, tetapi mereka secara rutin mengadu tentang diskriminasi terhadap mereka di Israel. – HARAKAHDAILY 25/8/2023 

Komen Weblog Ibnu HasyimBunuh Arab-Israel/Kristian serang LGBTQ/Ambalat.. PAS/PN

Lihat komen ini..

(i) Kumpulan Kristian serang bar LGBTQ+ di Beirut  

Suasana tenang di jalan raya di luar Om Bar Room, di Mar Mikhael, Beirut, Lubnan selepas kejadian diserang kumpulan Kristian, Soldier of God pada lewat malam 23 Ogos 2023. (FOTO: L'Orient Today)

Di Beirut, beberapa individu cedera selepas kumpulan Kristian, Soldiers of God dilaporkan menyerang sebuah bar mesra LGBTQ+ di Beirut, Lubnan.

Premis Om Bar Room yang terletak di kejiranan Mar Mikhael di Beirut itu dilaporkan menganjurkan pertunjukan mak nyah pada lewat malam Rabu (23 Ogos) apabila sekumpulan lelaki mengepung bar tersebut dan mula menyerang beberapa pengunjung yang berada di dalamnya.

Rakaman Video kejadian itu menunjukkan ahli kumpulan Kristian berkenaan memerangkap beberapa individu yang berada di dalam bar berkenaan sambil menjerit bahawa premis itu sebagai ‘syaitan’ dan ‘mempromosikan homoseksual’.

Serangan itu berlangsung lebih sejam, dengan beberapa orang pengujung bar tersebut dilaporkan telah dicederakan ahli kumpulan Kristian tersebut, dakwa Tarek Zeidan, pengarah eksekutif kumpulan hak LGBTQ+ Helem, Tarek Zeidan, lapor The New Arab.

(ii) Di Sabah, peristiwa Ambalat, sepatutnya k'jaan perlu dedah dokumen perjanjian.  


Di KL, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak kerajaan membentang kandungan dokumen perjanjian secara telus di Parlimen bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak. 

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, penting kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian yang dimeterai kerana isu Ambalat melibatkan kedaulatan, keselamatan, kepentingan ekonomi serta hubungan antarabangsa dua hala Malaysia-Indonesia.

Katanya isu Ambalat pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Kota Bharu Dato’ Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jun lepas.

“Bagaimanapun Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak memberikan jawapan yang meyakinkan berkaitan isu tersebut.

“Isu serupa juga diketengahkan ADUN Tungku Assaffal Alian di DUN Sabah baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.

Pada sidang DUN Sabah 10 Ogos lepas, Tungku Assaffal mendakwa Malaysia menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails