Saturday, August 12, 2023

Transgender: Simpan zakar tuntut RM29,727. PMX, ini sepatutnya.

Wojciechowski (kiri) menuduh Kingsley (kanan) mengancam untuk mencederakannya. – Facebook

1. Wanita transgender minta bekas kekasih pulangkan testikel Oleh KOSMO! 8 Ogos 2023, 10:00 pm


DETROIT, MICHIGAN – Seorang wanita transgender dari Michigan menuntut agar bekas teman lelakinya mengembalikan testikel miliknya yang dibuang dalam satu pembedahan, selepas organ itu didakwa disimpan di dalam peti sejuk, lapor akhbar New York Post semalam.

Brianna Kingsley, 40, memfailkan afidavit dengan mendakwa bahawa William Wojciechowski, 37, menyimpan buah zakar miliknya itu yang dibuang menerusi pembedahan. Ia dikatakan disimpan di dalam balang dan diletakkan di dalam peti ais bersebelahan telur.

“Tuntutan pemulangan segera spesimen organ milik saya dengan ganti rugi sebanyak AS$6,500 (RM29,727),” demikian menurut  dakwaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Pontiac, minggu lepas.

Sementara itu, Wojciechowski berkata, dia merancang untuk menggunakan dakwaan yang dikemukakan Kingsley sebagai bukti bahawa plaintif selama ini mengganggunya sejak mereka berpisah lapan bulan lalu.

Dia turut menuduh Kingsley mengancam untuk mencederakannya serta pergi ke tempat dia bekerja.

Wojciechowski pada 13 Disember tahun lalu berjaya mendapatkan surat arahan perlindungan peribadi yang dikeluarkan mahkamah.

Ia melarang Kingsley daripada membeli senjata api serta menegah transgender itu daripada berhubung dengan Wojciechowski secara peribadi, pihak ketiga atau media sosial. – AGENSI 

2. Polemik gender musnahkan institusi keluarga di Barat  

Demostrasi yang dilakukan oleh golongan songsang di negara Barat. - AFP

Apabila mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran berapa dekad lalu, ruangan jantina atau gender semestinya lelaki atau perempuan. Melangkah jauh ke waktu ini, pilihan tersebut jauh berubah khususnya di Barat apatah lagi Amerika Syarikat.

Gender masa kini tiada lagi padanan biologi, lantaran kewujudan lebih 30 jantina sebagai pilihan. Antara gender semasa termasuk transgender, gay, lesbian, biseksual, agender, aliagender, bigender, BOI, demiboy, demigirl, FTM , MTF, multigender, omnigender dan banyak lagi.

Malah, di Barat juga terdapat golongan yang merujuk diri mereka sebagai haiwan dan bukannya manusia, namun penulis lupa terma yang digunakan untuk kategori tersebut. Di Amerika, rasanya anda boleh bertukar gender mengikut perasaan anda. Hari ini anda lelaki tetapi mungkin esok anda tiada ‘mood’ dan bertukar menjadi ‘wanita’.

Namun, apa yang peliknya apabila perkara tersebut diterima oleh masyarakat di sana. Polemik gender ini memporakperandakan masyarakat dan memusnahkan institusi keluarga dan ia ketika ini sedang berlaku secara terang-terangan dalam masyarakat Barat. 

Lebih menakutkan, ideologi ini diterapkan ke dalam sistem pendidikan seawal prasekolah. Ia menyaksikan wanita-wanita transgender atau bahasa mudahnya mak nyah diundang memberi ‘ceramah’ kepada anak-anak di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Lantaran itu, ibu bapa begitu sukar untuk melentur atau menerapkan nilai-nilai kekeluargaan atau gender ‘konvensional’ yang mereka mahu ke dalam diri anak-anak. Sistem pendidikan di Barat pula sudah berpaksikan kepada ideologi tersebut dan mahu ibu bapa menyokong kepelbagaian gender serta menghormatinya.

Pencapaian feminisme dan hak wanita di Barat turut terancam disebabkan ideologi tersebut. Mereka terpaksa berkongsi bukan sahaja hak, malah tandas dengan wanita transgender. Di Barat juga menyaksikan golongan majoriti yang percaya kepada dua jantina terpaksa tunduk kepada kumpulan minoriti yang memperjuangkan kepelbagaian gender.

Pada hemat penulis, kadang- kadang, negara atau tamadun yang kuat itu tidak semestinya ditewaskan, namun boleh juga runtuh dari dalam. -Kosmo!


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Transgender: Simpan zakar tuntut RM29,727. PMX, ini sepatutnya.

Lihat komen ini..

Sepatutnya, ini sikap PMX dan rakyat Malaysia masakini. 


PAS Negeri Selangor menyambut baik titah Kebawah DYMM Tuanku Sultan Selangor bersempena Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Kali Ke-69 di Istana Melawati, di sini, hari ini.

Sambutan atas keprihatinan Kebawah Duli Tuanku selaku pelindung dan penjaga kesucian dan kemurnian agama Islam dan umatnya daripada budaya songsang  Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) dan konsep negara sekular.

PAS konsisten berpegang dengan kemuliaan dan kedaulatan agama Islam sebagai agama Rasmi bagi Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara. 

Penyebaran bahan-bahan yang mempromosi LGBT dan konsep negara sekular seperti fahaman komunis oleh pihak-pihak tertentu mestilah diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa di negara ini.

Peruntukan mengadakan latihan dan meningkatkan kecekapan sistem perundangan syariah oleh pihak Kerajaan Persekutuan juga amat wajar bagi memajukan lagi pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan dan Negeri.. 

Seterusnya mengekang budaya songsang LGBT dan fahaman komunis daripada terus tumbuh di Negeri Selangor khususnya. (Rujuk DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor  Selasa 7 Mac 2023/ 14 Shaaban 1444) 

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails