Sunday, August 13, 2023

Ini, putusan PRN, PMX dah sakit-senget. Jom tolak terus!

 

1. Mengejutkan, PAS melebar di P/Pinang 

TASEK GELUGOR: Keputusan tidak rasmi sehingga jam 10 malam tadi menunjukkan tujuh daripada 10 calon PAS yang bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang. 

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi, menerajui kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua dengan majoriti 5,333 undi. Beliau yang mewakili PN memperoleh 13,804 undi, manakala pesaingnya calon Pakatan Harapan (PH), Dato’ Dr Shaik Hussein Mydin memperoleh 8471 undi.

Ustaz Mohd Yusni Mat Piah pula mempertahankan kerusi Penaga dengan menewaskan calon PH, Mohd Naim Salleh dengan majoriti 5,440 undi. Beliau yang memenangi kerusi Penaga buat kali kedua memperoleh 13,051 undi dan Mohd Naim, 7,611 undi. Calon PN, Mohd Sobri Salleh menang kerusi DUN Permatang Berangan dengan majoriti 8,879 menewaskan penyandang Nor Hafizah Othman (PH).

Sementara itu, calon PN DUN Pinang Tunggal, Bukhori Ghazali menang dengan undi 17,060 menewaskan calon PH, Zainuddin Mohamed yang mendapat 10,123 undi, iaitu majoriti 6,928 undi. 

Berdasarkan keputusan tidak rasmi juga, DUN Permatang Pasir dimenangi calon PN, Amir Hamzah Abdul Hashim dengan undi 13,526 menewaskan penyandangnya Faiz Fadzil dari PH yang memperoleh 10,418 dengan majoriti 3,108 undi.

Selain itu, calon PN di Pulau Betong, Mohamad Shukor Zakariah memperoleh undi 9,531 menewaskan calon PH, Tuah Ismail 8,485 undi dengan majoriti 1,046. 

Keputusan tidak rasmi DUN Sungai Bakap pula menyaksikan calon PN, Nor Zamri Latiff menang dengan majoriti 1,622 undi. Beliau memperoleh 15,531 menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose yang memperoleh undi 13,909.

Sebanyak 40 kerusi DUN Pulau Pinang dipertandingkan dalam PRN. – HARAKAHDAILY 12/8/2023


2. Keputusan rasmi (dan tidak rasmi) PRN 2023 

KUALA LUMPUR: Proses pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, selain Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu ditutup sepenuhnya jam 6 petang tadi.

Proses pengiraan undi bagi 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk enam negeri yang membabitkan 3,450 pusat mengundi dengan 17,425 saluran bermula.

PN kekal kuasai Kelantan, Terengganu, Kedah

Keputusan rasmi SPR menjelang jam 12.10 pagi Ahad (13 Ogos) mengesahkan PN (PAS) menang majoriti mudah 43 daripada 45 kerusi DUN Kelantan (2 kerusi dimenangi PH).

Kedah pula mengekalkan penguasaan PN yang menang majoriti mudah 33 daripada 36 kerusi DUN (3 kerusi dimenangi PH).

Terengganu menyaksikan kemenangan seratus peratus PN dalam menguasai kesemua 32 kerusi DUN di negeri itu.

Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan kekal dikuasai PH-BN

Pulau Pinang sebaliknya meneruskan penguasan PH-BN dengan majoriti mudah 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN (11 kerusi dimenangi PN/PAS).

Selangor turut meyaksikan PH-BN berjaya mengekalkan penguasaannya dengan menang majoriti 34 kerusi daripada 56 kerusi DUN di negeri itu (22 kerusi dimenangi PN).

PH-BN juga mengekalkan penguasaannya di Negeri Sembilan dengan memenangi majoriti 31 daripada 36 kerusi DUN negeri itu (5 kerusi dimenangi PN).

Merujuk portal MyUndi, setakat ini berikut antara keputusan tidak rasmi yang meyaksikan PN mendahului PH; dan keputusan rasmi kemenangan calon PN:


11.59 malam – Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka akan mengangkat sumpah pada Selasa ini. Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata calon Menteri Besar yang baharu akan dibincangkan malam ini atau esok.

[RASMI] Calon PAS, Ustazah Asilah menang di kerusi DUN Limbongan, Kelantan dengan majoriti 9,580 undi.

[RASMI] Calon PN, Ustaz Fauzi menang di kerusi DUN Sungai Dua, Pulau Pinang dengan majoriti 5,509 undi.

[RASMI] 11.17 malam – Calon PN, Hilman Idham menang DUN Gombak Setia dengan majoriti tipis 58 undi. Beliau mendapat 30,299 undi, menewaskan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN), 30,241 undi; dan Mohamed Salim Mohamed Ali (Bebas) 1,076 undi.

[RASMI] 11.17 malam – Calon PAS DUN Buluh Gading, Terengganu, Ridzuan Hashim menang dengan majoriti 10,366 apabila meraih undi 16,213 mengalahkan calon BN-Umno, Omar Adam (5,847 undi).


[RASMI] 11.09 malam – PETALING JAYACalon PN, Afif Bahardin berjaya merampas DUN N33 Taman Medan, dengan majoriti hanya 30 undi.

Beliau memperoleh 22,316 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Akhir Pawan Chik mendapat 22,286 undi.

[RASMI] Calon PN, Mej (B) Mansor Zakaria menang di kerusi DUN Kuala Ketil, Kedah dengan majoriti 16,565 undi.

[RASMI] PAS menang 43 daripada 45 kerusi di Kelantan – Data SPR.

10.57 malam – PH-BN pertahan Pulau Pinang selepas peroleh majoriti mudah 23 kerusi – Data SPR.

PERIKATAN NASIONAL pertahan Kedah, peroleh majoriti mudah 19 daripada 36 kerusi – Data SPR.

[RASMI] Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Mohamed Azmin Ali, berjaya memenangi DUN Hulu Kelang (N18) mengatasi calon dari Pakatan Harapan dengan majoriti 1,617 pada Pilihanraya Negeri Selangor (N18) di Pusat Penjumlahan rasmi Undi di Dewan MPAJ AU2 Taman Keramat.

[RASMI] Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi pertahan kerusi DUN Jeneri, tewaskan calon BN, Muhamad Khizri.

[RASMI] Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali menang di DUN Hulu Kelang, tewaskan calon PH, Juwairiya Zulkifli.

[RASMI] PAS pertahan Kelantan selepas peroleh majoriti mudah 23 kerusi – SPR

[RASMI] Calon PN, Dr Haim Hilman Abdullah menang di kerusi DUN Jitra, Kedah dengan majoriti 23,172 undi.

10.05 malam – Kedah menjadi negeri pertama berjaya meraih jumlah kerusi untuk mendapat majoriti mudah selepas menguasai 20 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

[RASMI] Calon PN, Datuk Halimaton Shaadiah Saad menang di kerusi DUN Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan majoriti 15,434 undi.

[RASMI] Calon PAS, Datuk Ustaz Mad menang di kerusi DUN Pasir Pekan, Kelantan dengan majoriti 12,811 undi.

[RASMI] Timbalan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob pertahan kerusi DUN Pasir Pekan, tewaskan calon PH Mohamad Zamakh Sari.

[RASMI] Calon PN, Nurul Noh Omar menang di kerusi DUN Permatang, Selangor dengan majoriti 1,728 undi.

[TAK RASMI] Kelantan PAS menang 11 kerusi DUN, BN menang 2 kerusi.

Baki 32 kerusi lagi menyaksikan PAS mendahului kesemua kerusi berkenaan.

[RASMI] Bekas pemain bola sepak negara, Radhi Mat Din (PN) tewaskan Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu.

[RASMI] Calon PAS, Norsham Cikgu Abang menang di kerusi DUN Semerak dengan majoriti 5,828 undi.

[TAK RASMI] PN kekal penguasaan di Kedah.

ALOR SETAR: PERIKATAN NASIONAL (PN) menepati ramalan mengekalkan penguasaan di Kedah selepas memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri hari ini.

[RASMI] Calon PAS, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi (Dr Din) menang di kerusi DUN Sura, Terengganu dengan majoriti 13,848 undi.

[RASMI] Calon PAS, Ghazali Sulaiman menang di kerusi DUN Bukit Besi, Terengganu dengan majoriti 3,712 undi.

[TAK RASMI] PH-BN gagal rampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Kuala Terengganu: PH-BN gagal merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului pencabarnya, Azan Ismail daripada PH pada PRK, hari ini.

[RASMI] Calon PAS, Mohd Azizi Abu Naim menang di kerusi DUN Nenggiri dengan majoriti 810 undi.

9.33 malam – PN mendahului di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

[RASMI] Calon Pas Buluh Gading (N10) Ustaz Ridzuan Hashim mendapat majoriti 16,444 undi setelah mengalahkan calon BN, Omar Adam (5,587) dengan memperolehi 10,857 undi.

Calon PAS DUN Bukit Tunggal (N12) Ustaz Zaharudin Zahid mendapat 12,092 undi setelah mengalahkan Calon BN, Wan Noorislam Wan Hashim (4,414) dengan majoriti 7,678 undi.

9.25 malam – PN tubuh kerajaan negeri di Terengganu.

MARANG: PN membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

[RASMI] Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pertahan kerusi Ru Rendang, tewaskan calon PH Suhaimi Sulaiman.

[TAK RASMI] Jamali Salam (PN) mendahului di DUN Seri Menanti, Negeri Sembilan setakat jam 9.07 malam (37/40 peti undi).

[TAK RASMI] Mohd Shukor Zakariah (PN) mendahului di Pulau Betong, Pulau Pinang setakat jam 8.53 malam.

[TAK RASMI] Nik Asma Bahrum Nik Abdullah (PAS) mendahului di DUN Chempaka setakat jam 9.05 malam.

[TAK RASMI] Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau (PN) mendahului di Bayan Lepas mengatasi Azrul Mahathir Aziz (PH).

[TAK RASMI] Baddrol Bakhtiar (PN) mendahului di DUN Gurun setakat jam 8.58 malam.

[TAK RASMI] Abdul Fatah Zakaria (PN) mendahului di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan setakat 8.57 malam.

[RASMI] Calon PN Bulih Gading (N10), Ustaz Ridzuan Hashim (PN) mendapat majoriti 7,678 undi setelah mengalahkan calon BN, Omar Adam (4,562) dengan memperolehi 10,857 undi.

Calon PN DUN Bukit Tinggal (N12), Ustaz Zaharudin Zahid mendapat 7,678 majoriti undi setelah mengalahkan Calon BN, Wan Noorislam Wan Hashim (4,562) dengan memperolehi 12,240 undi.

[TAK RASMI] Saiful Azmi Suhaili (PN) mendahului di DUN Kemasik, Terengganu setakat jam 8.47 malam.

[TAK RASMI] PN menang di 13 DUN di Terengganu dengan undi majoriti
DUN JABI – 4,678 undi
DUN TEPUH – 10,890 undi
DUN KUALA BERANG – 10,858 undi
DUN SEBERANG TAKIR – 2,797 undi
DUN BUKIT TUNGGAL- 7,721 undi
DUN BUKIT PAYONG – 10,961 undi
DUN TELEMONG – 295 undi
DUN MANIR – 11,260 undi
DUN KUALA BERANG – 5,917 undi
DUN AJIL – 6,286 undi
DUN RANTAU ABANG – 12,922 undi
DUN KEMASIK – 6,505 undi
DUN CHUKAI – 8,106 undi

[TAK RASMI] N18 Hulu Kelang menyaksikan persaingan sengit antara calon PN, Azmin Ali dengan meraih undi sebanyak 7,075 berbanding calon PH, Juwairiya Zulkifli dengan 7,047 undi.

[TAK RASMI] Ariffin Deraman (PN) mendahului di DUN Alur Limbat, Terengganu setakat jam 8.44 malam.

[TAK RASMI] Azmi Maarof (PN) mendahului di DUN Langkap, Terengganu setakat jam 8.43 malam.

[TAK RASMI] Muhamad Amri Wahab (PN) mendahului di Derga, Kedah (41/70 peti undi).

[TAK RASMI] Datuk Razali Idris (PN) mendahului di DUN Kijal, Terengganu setakat jam 8.42 malam.

[TAK RASMI] Yusop Majid (PN) mendahului di DUN Permaisuri, Terengganu setakat jam 8.41 malam.

[TAK RASMI] Harrison Hassan (PN) mendahului di Jeram, Selangor setakat jam 8.46 malam.

[TAK RASMI] Prof Dr Haim Hilman Abdullah (PN) mendahului di Jitra, Kedah (71/111 peti undi).

[TAK RASMI] Azbi Salleh (PN) mendahului di DUN Kuala Besut, Terengganu setakat 8.40 malam.

[TAK RASMI] N43 Sementa Najhan Salleh calon PN mendapat 15,605 undi mengatasi Afrishah Azizi calon PH 12,165 undi.

[TAK RASMI] Prof Dr Mohd Suffian Yusoff (PN) mendahului di Bandar Baharu, Kedah (41/71 peti undi).

[TAK RASMI] Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN) mendahului di DUN Paroi, Negeri Sembilan setakat jam 8.24 malam.

[TAK RASMI] Calon PN, Muhammad Ghazali Zainal Abidin mendahului di DUN Ampangan, Negeri Sembilan setakat jam 8.20 malam.

[TAK RASMI] Ridzuan Ahmad (PN) mendahului di Gemas, Negeri Sembilan setakat jam 8.20 malam.

[TAK RASMI]  Muhammad Hilman Idham (PN) mendahului di DUN Gombak Setia, Selangor setakat 8.16 malam.

[TAK RASMI] Calon PN, Mohd Radzi Md Amin mendahului dengan 5,770 undi berbanding calon PH, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan 3,419 undi di DUN Pedu.

[TAK RASMI] PN (dari PAS) mendahului 32 kerusi DUN di Terengganu.

[TAK RASMI] Anak bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Noh Omar iaitu Nurul Syazwani dari PN mendahului 7,730 berbanding pencabarnya, Mohd. Yahya Mat Sahri atau Pak Ya dari Pakatan Harapan (PH) 7,272 undi di DUN Permatang.

[TAK RASMI]  Calon PN, Radhi Mat Din mendahului calon PH, Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu di Kedah dengan majoriti 1,312 undi.

[TAK RASMI] N11 Ijok Jeffry Mejan mendapat 9,353 undi (PN) mengatasi Cikgu Amidi calon PH yang mendapat 4647 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Derga, Kedah lebih 300 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Kuala Kubu Bharu, Selangor lebih 300 undi.

TIDAK RASMI] PN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 1,500 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Kota Darul Aman, Kedah lebih 200 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Pelabuhan Klang, Selangor lebih 200 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,200 undi.

[TIDAK RASMI]PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] Azmin Ali (PN) mendahului di Hulu Kelang, PH menang di kerusi itu pada PRU14.

 [TIDAK RASMI] PAS mendahului semua kerusi DUN kecuali DUN Telemong dan DUN Bandar di Terengganu. – HARAKAHDAILY 12/8/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, putusan PRN, PMX dah sakit-senget. Jom tolak terus! 

Kesimpulan:
 
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

11 comments:

Anonymous said...

Pada dasarnya, zahid bolehlah letak jawatan. Daripada 108 kerusi yang ditanding, hanya menang 19 kerusi.

Dulu ameno sangat kuat. Sekarang ameno jadi beban. Memalukan. Tambah ada 47 kes.

Sangat elok zahid berundur. Bagi yang bersih.

Anonymous said...

Amanah, parti yang dipanggil KHADAM kepada DAP oleh para natizen menang berapa kerusi? Saje je nak tahu sebab pemimpin2 mereka tampak hebat bila berkata2!

Anonymous said...

Kerajaan pakatan hancing yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat i.e. orang2 Melayu dijangka akan sukar untuk 'move on'. Program2 mereka yang diatur dijangka tidak mendapat sokongan majoriti dan pemimpin2 mereka dijangka akan syok sendiri sahaja. Progam2 yang menggunakan jentera kerajaan yang seolah2 dilihat dihadiri ribuan hadirin hanyalah lakonan semata2. Lakonan dan kepalsuan ini diramalkan akan berterusan sehingga PRU akan datang..kah..kah..kah..

Anonymous said...

Sokongan kepada UMNO dijangka akan terus merosot dengan ketara dimasa2 akan datang kerana anak2 muda yang akan mewarisi negara telah memberikan sokongan padu kepada PN. Oleh itu ramai yang syorkan supaya presidennya diganti dengan kadar segera dan parti itu juga disaran untuk bersama2 semula dengan Muafakat Nasional.

Anonymous said...

Dia tu bawa liberal. Dan bm untuk satu kaum saja. Dia tak bela bangsa sendiri. Hanya bela bangsa sendiri yg ada 47 kes.

Anonymous said...

Bahaya bm ni sebab sakau hasil minyak kelantan. Sekarang nak promote madani. Orang hipokrate. Boleh pakai macam macam topeng.

Anonymous said...

Kerana tidak berpegang kepada prinsip no Anwar no Dap, UMNO telah dihukum dengan bergitu teruk sekali. Point of no return dan dijangkakan UMNO akan dimasukkan kedalam muzium jika mereka tidak menyingkirkan presiden dengan kadar segera.

Apa2 pun, tahniah kepada pengundi2 PN.

Anonymous said...

Sejarah gemilang umno sebagai pejuang kemerdekaan, lingkup disebabkan juga presiden 47 kes.

Anonymous said...

47 kes cuba bawa akar umbi ameno melutut kepada komunis dapig. Macam bmx bawa akar umbi pkr melutut dgn komunis dapig. Bmx liberal. Tupasai akar umbi liberal walanun dengan bmx. Sama sama liberal. Ameno lain. Presiden berbangsa jawa dari sumatera. Bukan rakyat asal tanah melayu. Jiwa pendatang.

Anonymous said...

Kampung asal bmx permatang pauh. Dun pun kalah juga. Dulu cucu tok berahim tewas. Orang kpg permatang pauh pun tak percaya kat kaki temberang.

Anonymous said...

Jangan Lupo PRK di Pulai ado Parlimen dan DUN kosong...

Maka di Pulai nnti PH UMNO Pasti Jadi gulai

Langkah Pulai Jadi taruhan Wak Jahit dan Brother Anwar Bin Ibrahim

Langkah Pulai Jadi gulai masak tempoyak



Kah kah kah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails