Wednesday, August 16, 2023

Buka lembaran baru dengan K/Persekutuan -Sanusi.

 

Muhammad Sanusi ditemani isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh dan ibu bapa beliau pada sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KSOMO!

Sanusi buka lembaran baharu hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan bahawa beliau sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau juga berharap segala urusan dilakukan mengikut prosedur kerajaan, dengan tidak menjadikan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk ‘menghukum’ rakyat negeri ini.

“Saya sudah bersedia untuk lembaran baharu. Kalau mereka (kerajaan Pusat) bersedia, Alhamdulillah tetapi kalau mereka masih menyimpan di dalam hati, tak tahu lah.

“Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan, urusan kena ikut prosedur kerajaan lah. Hal-hal hati mana boleh bawa masuk dalam itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Beliau berkata, kepimpinan Kerajaan Persekutuan perlu memberikan tumpuan yang sama kepada semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.

“Tak kan pilihan rakyat nak dimarah pula kan, menghukum rakyat Kedah kerana rakyat pilih PN, mana boleh macam itu, ini demokrasi.

“Duduk dalam politik berpuluh-puluh tahun dah tapi demokrasi tak faham, tak boleh begitu, kena faham demokrasi. Rakyat buat pilihan kemudian kita hukum dia, kena ingat dosa pahala sama,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Buka lembaran baru dengan K/Persekutuan -Sanusi.

Lihat juga komen ini..

(i) Sanusi azam khidmat terbaik, dan peringat Pusat tak hukum rakyat.


“Kebetulan kita ada pula 33 semua ADUN yang telah dipilih mewakili Perikatan Nasional (PN) dari pelbagai latar belakang. Saya yakin semua ADUN, selain daripada saya itu 32 lagi itu mempunyai azam yang sama." Kata Sanusi, MB Kedah itu pada sidang media di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, di sini sebentar tadi. 

Beliau terdahulu sebelum itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pagi tadi.

Ditanya mengenai pendekatannya kepada Kerajaan Persekutuan, Sanusi berkata beliau bersedia untuk lembaran baru dan berharap pihak tersebut juga sedemikian dalam hal-hal pemerintahan kerajaan.

“Kalau mereka masih menyimpan dalam hati saya tak tahulah. Mana boleh simpan dalam hati hal-hal pemerintahan kerajaan. Urusan ikut prosedur kerajaanlah. Hal-hal hati mana boleh bawa dalam itu. Kena simpan peti.

“Kesan kepada saya pun tak tahu. Bagi pihak saya tak adalah. Bagi depa pihak depa saya tak tahu. Tak akanlah pilihan rakyat nak dimarah pula. Menghukum rakyat Kedah kerana rakyat Kedah pilih PN? Mana boleh macam itu. Ni demokrasi.

(ii) Pesan Dato' Hj Ahmad Yahaya P'jaya
PAS Negeri Kedah 14 Ogos 2023.  

Penerusan budaya politik matang yang menjadi kerangka baru politik di negeri ini juga wajar diteruskan. Perbezaan atas nama agama, ras, budaya dan ideologi politik harus diketepikan dalam menjalankan khidmat kepada rakyat.

PAS Kedah turut mendukung penuh amanat beliau yang disampaikan semalam khusus kepada para wakil rakyat yang dilantik. PAS Kedah senada dalam memberikan penegasan kepada semua yang diangkat oleh rakyat supaya menjalankan tugasan dengan sesempurna mungkin.

Bahkan, PAS Kedah ingin mengulangi ketegasan yang sama kepada para ADUN supaya tidak menjadikan jawatan sebagai tiket untuk mendapat habuan duniawi. Tidak ada pembelaan akan diberikan kepada mana-mana wakil rakyat mahupun sesiapa yang bersekongkol melanggar undang-undang. 

Sekian, harap maklum.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

9 comments:

Anonymous said...

Buka lembaran baru. Tapi sapa tak kenal bmx. Dendam. Nanti ada helah nak sakau ree kedah. Macam sakau hasil minyak kelantan.

Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Hari ini Umno parti terkecil di Parlimen dengan 26 kerusi Parlimen tanpa ada kerusi di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Umno juga tiada wakil di Dewan Negeri Perlis, Kedah dan Terengganu buat pertama kali dalam sejarahnya.

Teruk kedudukan Umno, anehnya Presidennya enggan letak jawatan. Sedikit pun tidak berasa bersalah. Kata Zahid saya pikul tanggungjawab dan akan bantu pulihkan imej Umno. Masalahnya imej Umno buruk kerana kepimpinan beliau.

(C&P)

Abdullah dan najib letak jawatan. Tapi beza dengan zahid. Biarkan lah. Pas tak perlu campur tangan urusan umno.

Pas teruskan dengan pemerintahan yang cemerlang. Tanpa sakau. Tanpa rasuah. Kerana itu budaya pas. Pas membuktikan bahawa ekonomi keberkatan lebih utama. Rakyat dspat manfaat. Negara dapat manfaat.

Anonymous said...

Eloklah Zahid tak berundur, lebih mudah kerja2 PN menuju Putrajaya nanti. Orang2 Melayu tak perlu ada banyak parti dominan. PN sudah cukup untuk memayungi Islam dan Melayu.

Anonymous said...

Gagal fitnah abang non kat mahiaddin. Pasal jana wibawa. Nanti kita tunggu fitnah abang non melalui pudin the loser kat mbk.

Tu cara barbarianic abang non buat, supaya dirinya kelihatan bersih dengan memburukkan lawan. Supaya dirinya dilihat suci walaupun menyakau hasil minyak kelantan. Walaupun punya anak murid 47 kes.

Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Berdasarkan referundum rakyat di 6 negeri baru2 ini, rata2 orang Melayu, secara majoriti telah menolak PMX sebagai PM mereka! PMX bukanlah PM mereka... kah..kah..kah

Anonymous said...

Mana Mat Sakau tu dapat duit banyak2 naik helikopter pergi berkempen? Ish..ish.. kroni mana pula yang taja ni? Banyak betul duit mereka?

Sebagai rakyat tak salah bertanya..

Anonymous said...

Mereka yang gagal memfitnah Presiden Bersatu perlulah segera diheret kemahkamah! Ianya secara terang2an untuk tujuan politik peribadi yang menyalahgunakan proses mahkamah!

Dakwa segera!

Anonymous said...

Cubaan kerajaan Pakatan Hancing mahu memenjarakan presiden Bersatu nampaknya KANTOI lagi, Tuan Hakim kata tiada kes!

Ish..ish..terang2an salah guna preses mahkamah.

Anonymous said...

Sebagai warga Perak, kami sangat menjunjungi tinggi titah perintah Sultan Kedah berkenaan tanah pajakan P Pinang. Harap kerajaan Malaysia dapat membentuk suatu task force dengan segera untuk menyerahkan kembali wilayah tersebut kepada pemiliknya.

Sejarah adalah suatu proses yang tidak pernah berhenti. Banyak tanah2 jajahan negara barat sekarang juga diserahkan kepada pemiliknya. Pengambilan tanah di Zimbabwe dari orang2 British berterusan sehingga kini. Ianya suatu proses yang berterusan.

Semakin hari kami semakin kasih dan sayang kepada Tuanku Sultan Kedah dan MB nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails