Tuesday, August 15, 2023

P'raya selesai, tapi madani mungkar wajib ditentang!

 

Ibrahim Shah (kiri) dalam sidang media Isu Selangor Maritime Gateway di Shah Alam, Selangor pada hari ini, 8 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Baihaqi Aminudin)

1. Proklamasi Orang Melayu Malaysia tuntut penjelasan isu SMG

SHAH ALAM: Pertubuhan Proklamasi Orang Melayu Malaysia (POM) menggesa kerajaan Negeri Selangor memberikan penjelasan susulan dakwaan projek Selangor Maritime Gateway yang dirunding secara terus antara Berjaya Land, Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB) dengan Kerajaan Negeri Selangor tanpa tender terbuka.

Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah berkata, kerajaan negeri perlu menjelaskan bagaimana keputusan menjalinkan kerjasama bersama syarikat swasta yang  lebih menguntungkan mereka daripada berbanding rakyat itu diluluskan.

“Persoalan awal di sini adalah, bagaimanakah kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk menjalin kerjasama sedemikian rupa sehingga memberi kepentingan majoriti kepada syarikat swasta yang dipertanggung jawabkan untuk keria-kerja yang amat penting ke atas Sungai Klang, yang turut melibatkan risiko bencana banjir jika tidak diurus dengan baik?” katanya dalam satu sidang media Isu Selangor Maritime Gateway (SMG) di sini, tengah hari tadi.

Beliau mempersoalkan keputusan itu setelah berpendapat bahawa perubahan terma dalam menilai dan menerima syarikat swasta akan merugikan kerajaan negeri dan berpotensi memberi risiko yang tidak baik khususnya kepada rakyat selangor.

“Bagaimanakah proses pemilihan Berjaya Land dalam usahasama yang sebegitu intim, memandangkan skop dan terma sudah pun berubah daripada RFP awal?

“Bagaimana pula dengan komitmen dan implikasi tanggungan kewangan kerajaan negeri ke atas projek ini, sama ada pada waktu semasa dan juga kemungkinan untuk di masa hadapan?” soalnya.

Selain itu, Ibrahim Shah juga mempersoalkan tentang status tanah yang akan digunakan untuk kegunaan projek tersebut, yang kemungkinan besarnya akan menggunakan tanah kerajaan negeri. Tegasnya, ini akan menambah implikasi liabiliti hutang kepada kerajaan.

“Timbul juga persoalan status hak milik dan penggunaan tanah Kerajaan negeri dalam mengusahakan dana kewangan untuk projek ini, yang turut berpotensi melibatkan implikasi liabiliti hutang,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pembinaan infrastruktur seperti projek pemuliharaan Sungai Klang ini diserahkan kepada syarikat bawah milik penuh MBI termasuklah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan lain-lain.

Menurutnya lagi, syarikat-syarikat tersebut berkepakaran dalam memajukan tanah dan berupaya melindungi kepentingan dan aset negeri.

“Kerajaan negeri Selangor memiliki banyak syarikat yang berkepakaran dalam memajukan tanah di bawah milik penuh MBI termasuk Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan lain-lain.

“Memandangkan projek yang berkepentingan rakyat in begitu diselubungi kontroversi dan melibatkan pelbagai persoalan, kami mencadangkan untuk projek ini dibatalkan dan diserahkan kepada PKNS,” tegasnya.

Terdahulu, kenyataan media pemilik akaun Facebook CheGuBard Original yang dimuatnaik berkaitan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang di bawah Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) Kerajaan Negeri Selangor.

Pemilik akaun Facebook tersebut (CheGuBard) telah menyatakan beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu, dengan menyerahkan 200 helai dokumen sokongan bukti bahawa projek bernilai RM700 Juta tersebut tidak dikawal oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya.

Turut dilampirkan dalam laporan tersebut berkenaan bukti projek SMG dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat LLBSB tanpa melalui proses tender terbuka, hutang LLBSB telah dilupuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan penglibatan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam syarikat LLBSB sebagai Pengarah syarikat tersebut. – HARAKAHDAILY 9/8/2023


2. UMMAH lapor polis isu Selangor Maritime Gateway 

Mohd Yusof (dua dari kanan) dan Mohd Zai (dua dari kiri) hadir di di Ibu Pejabat Polis (IPD), Shah Alam, Selangor pada hari ini, 9 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Mus'ab Muhammad Sufian)

SHAH ALAM: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) tampil membuat laporan polis berkenaan kes salah guna kuasa projek Selangor Maritime Gateway (SMG).

Setiausaha UMMAH Selangor, Mohd Yusof Abdullah diiringi oleh Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa telah membuat laporan polis berkenaan kes skandal penyalahgunaan kuasa yang dikatakan membabitkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Beliau ditemui HarakahDaily ketika hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD), Shah Alam, Selangor, di sini, hari ini.

Hal ini berikutan dengan kenyataan media pemilik akaun Facebook CheGuBard Original yang dimuatnaik pada Isnin (7 Ogos) berkaitan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang di bawah Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) Kerajaan Negeri Selangor.

Pemilik akaun Facebook tersebut (CheGuBard) telah menyatakan bahawa beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Ahad (6 Ogos) lalu, dengan menyerahkan 200 helai dokumen sokongan.

Antara isu yang dilaporkan oleh pemilik akaun Facebook tersebut adalah seperti berikut:

* Projek SMG bernilai RM700 juta tersebut telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB) tapa melalui proses tender terbuka.

* Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kawalan penuh ke atas syarikat LLBSB kerana 55 peratus  pegangan saham di dalam syarikat LLBSB dipegang oleh syarikat BERJAYA Land Berhad (BLB).

* Menteri Besar Selangor, Amirudin Saari ialah Pengarah kepada LLBSB dan menerima bayaran elaun.

* Hutang LLBSB kepada Kerajaan Negeri Selangor telah dilupuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan LLBSB dikecualikan daripada membuat bayaran premium 600 ekar tanah yang diberimilik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk projek SMG tersebut.

UMMAH tampil membuat laporan polis mengenai isu projek Selangor Maritime Gateway (SMG) atas dakwaan ia melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Sehubungan itu Mohd Yusof, mewakili UMMAH, merujuk kepada isu yang dibangkitan oleh pemilk akaun Facebook tersebut, memohon pihak polis menyiasat sama ada wujud unsur penyalahgunaan kuasa dan penipuan atas sebab-sebab berikut: 

* Penganugerahan proiek SMG bernilai RM700 juta tanpa melalui tender terbuka adalah suatu yang mencurigakan tambahan pula syarikat yang dilantik tidak berada di bawah kawalan penuh Kerajaan Negeri Selangor dan laporan audit menunjukkan syarikat tersebut bermasalah.

* Amirudin Shari mempunyai kepentingan ddalam syarikat LLBSB dan selaku Menteri Besar beliau boleh mempengaruhi ahli dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor jika terdapat isu berkaitan LLBSB dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

* Pelupusan hutang LLBSB dan pengecualian bayaran premium tanah hanya akan merugikan rakyat Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya menguntungkan pihak LLBSB dan BLB sahaja.

Menurut Mohd Yusof lagi, siasatan dan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang perlu diambil jika ada apa-apa kes penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor, yang didakwanya telah melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang begitu banyak.

“Oleh itu, sebagai rakyat negeri Selangor, kita meminta satu siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat di bawah peruntukkan undang-undang yang sedia ada,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/8/2023

  

Komen Weblog Ibnu HasyimP'raya selesai, tapi madani mungkar wajib ditentang!

Lihat ini..

P'raya selesai, Perlis terus jana hasil. Ini..

Muhammad Azmir Azizan

(i). Sokongan yang diberikan kepada Program NFDP Negeri Perlis telah membuahkan hasil dan kerajaan negeri sentiasa membantu daripada sudut penyediaan fasiliti sukan dan sumbangan khas kepada pemain.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukar, Muhammad Azmir Azizan berkata, industri sukan bola sepak negara telah berkembang seiring dengan dasar penswastaan Liga Malaysia dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).  

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan terhadap program pembangunan sukan terutama sukan bola sepak di semua peringkat sama ada bagi program kebangsaan atau program akar umbi.

“Baru-baru ini, dua orang pemain muda Negeri Perlis, Ahmad Muzakif Fitri Muhamad dan Ameer Muadz Adanan terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Garuda International Cup III 2023 di Asiop Training Ground, Indonesia,” katanya dalam  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

(ii). Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Sumber Air Negeri Perlis 2023. 
Mohd Shukri Ramli dalam sidang media selepas Sidang DUN Perlis di Kangar, Perlis pada hari ini, 8 Ogos 2023.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri
 Ramli berkata, menerusi kelulusan RUU tersebut ia sekali gus memansuhkan Enakmen Air 2011 (Enakmen 17).

“RUU baharu ini akan memperkemaskan lagi pengurusan air di negeri ini dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air yang lebih baik,” katanya. 

Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

8 comments:

Anonymous said...

Secara umumnya Pas/PN berjaya menang serta menambah kerusi & jumlah undi di Trg, Kltn & Kdh, manakala telah berjaya meraih kerusi serta menambah undi di Sgor, Pp & Ns.
Ini adalah indikator bahwa Pas/PN telah berjaya mara menang di kawasan PhUmno yg mana jika momentum ini kekal maka pada Pru16 PN/Pas dijangka bakal memperolehi majoriti mudah parlimen dan meranang di Perak & Phg, dan menambah kerusi di Ns, Jhr serta munkin boleh menang di Mlk, Sgor & Ns, serta menggugat Pp.
Terus berusaha.
Peace

Anonymous said...

Saipudin kalah lagi. Dulu bawak 91 ms. Fitnah khalid ibrahim. Sampai mintak maaf. Prn ni jaja fitnah kat sanusi. Pun tewas lagi. Orang kuat bmx tu. Tewas pru, tewas fitnah.

Anonymous said...

Eloklah bmx kembalikan hasil minyak kelantan. Supaya rakyat kelantan menikmati hasil galian negerinya. Dan jangan pulak sakau ree kedah. Biar rakyat kedah nikmati hasil negeri sendiri. Lagipun pusat juga rasa hasil negeri. Janganlah sakau seratus peratus.

Anonymous said...

Jom semua sokong pas. Nanti pas benteras projek kapal pesisir. Duit bayar, kapal tiada. Selesaikan 47 kes. Juga kes trowong. Kes 1mdb. Kes bawa jutawan riza chalid. Kes sakau tanah bagi kat jutawan judi.

Harapkan bmx apa pun takda.

Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Apa perkembangan terkini dakwaan kes sakau tanah sungai bagi kat taukeh judi tu? Mereka ambil kuasa untuk mengagih2kan tanah bagi kat kroni? Betul ke? Saje je nak tahu?

Anonymous said...

Lautan Kelantan kaya dengan gas, condensate dan minyak, reservoirs nya luas dan berlapis2, tapi kemana ianya didaratkan ramai yang tak tahu? Didaratkan kat sini ke atau kat Siam, rakyat tak tahu? Duitnya pula kena sakau. Rakyat Kelantan hanya dapat habuk? Kalau duitnya dikembali kepada kerajaan negeri banyak masalah2 infrastruktur dan air disana selesai.

Anonymous said...

Orang yang hilang? Lama dah tak nampak kelibat khadam DAP dalam media2 massa mahupun media2 laun sejak ditolak rakyat dalam PRU lalu? Kesian...

Anonymous said...

Boleh ker bmx selesaikan masalah yang lebih kronik. Sedangkan masalah harga minyak pun dia tak boleh selesai. Ni kan lagi masalah sakau. Kaki sakau yang ada 47 kes nak nasihat rakyat. Mahu ker rakyat ikut.

Bila rakyat tahu janji pertama sudah temberang. Mahu ker rakyat percaya pada janji kedua, janji ketiga dan janji seterusnya. Janji pertama harga minyak. Sampai nunggu kucing bertanduk, tak nampak kelibat harga akan turun. Minyak mentah malaysia banyak.

Janji nak tangkap penyakau. Tauke judi pun dia tak berani jentik. Mungkin ada dana kut. Kalau itu pun tak boleh buat, sia sia cergas ke pejabat. Hasil kosong.

Crowded yang dengar ceramah prn bmx, semua kena tipu. Seronok sakan dengar celoteh bmx. Murid diajar dengan 47 kes, guru pasti lagi hebat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails