Sunday, August 06, 2023

Cara mudah, buang najis judi di M'sia. Begini!

 


Tanpa kuasa politik tidak boleh tutup premis judi

KOTA BHARU: Sejak Kelantan diterajui di bawah kepimpinan ulama banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan dalam pentadbiran kerajaan negeri selari dengan syariat Islam. 

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) DUN Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata agenda itu dilaksanakan PAS di Kelantan sejak tahun 1990 sehingga sekarang.

Katanya, agenda perubahan itu dirintis almarhum Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk mengharamkan amalan riba dan menutup premis judi.

“Kalau kita tidak keluar mengundi dan sekadar mengajar di masjid tidak boleh mengubah peraturan dalam kehidupan masyarakat.

“Kita tidak boleh tutup premis judi kerana ia perlu kuasa politik untuk membuat perubahan,” katanya ketika ditemui semasa gerak kerja kempen.

Menurutnya juga dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang digubal lebih 30 tahun lalu diperkasakan lagi di bawah pentadbiran Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Katanya dasar tersebut ditambahbaik lagi menerusi agenda merakyat MBI dengan melaksanakan tonggak Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan (3K) dalam pentadbiran kerajaan.

“Dasar inilah yang digembeleng kerajaan negeri sehingga kita dapat keyakinan rakyat mengekalkan pentadbiran di bawah kepimpinan ulama lebih 30 tahun.

“Melalui prinsip Ubudiyah, Masuliyah dan Itqan (UMI) sehingga sekarang tiada seorang pun pimpinan kerajaan negeri disabitkan dengan salah guna kuasa dan rasuah,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/8/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cara mudah, buang najis judi di M'sia. Begini!

Lihat dulu komen-komen ini..

(i) Kami rakyat M'sia mahu hapuskan judi bermula dari Kelantan hingga ke Putrajaya.. 


Dan tiba-tiba Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) yang diketuai PAS itu dikecam cemuh dan dipertikaikan lawan politik, termasuk cuba diheret ke mahkamah oleh beberapa individu berpeguamkan pimpinan DAP.

Desakan untuk Kedah menarik balik penguatkuasaan bermula 1 Januari 2023 itu semakin kuat kedengaran hingga diatur pelbagai wacana dan pandangan ‘pakar’ mengulas dari segenap aspek untuk menampakkan ketidakwajaran.

Mereka cuba meletakkan Kedah di ‘kandang pesalah’ dengan membebankan tekanan bahawa langkah tersebut salah, mundur dan kolot, juga menyebabkan kehilangan hasil pendapatan, serta menidakkan hak kaum lain.

Ramailah juru bicara dan segala pakar diundang bagi memperkata atau mengulas keputusan dan pelaksanaan dengan diberikan penilaian negatif yang mempunyai sekurang-kurangnya dua motif atau tujuan.

1. Untuk meragukan atau menimbulkan rasa was-was kepada pihak pelaksana untuk sekurang-kurangnya mengkaji semula keputusan, yakni supaya dilihat berpendirian tidak konsisten, tidak berprinsip, tidak sistematik, cetek, dangkal dan gopoh.

Jika itu terjadi, tentulah lanjutan keputusan tersebut akan pincang dan berlaku perbezaan pendapat sesama sendiri dan menyebabkan kesangsian untuk kebolehlaksanaan atau dikuatkuasakan tindakan.

2. Untuk memarakkan sentimen kebencian dan jurang pihak lain, termasuk dimainkan secara perkauman dan agama dengan momokan atau manipulasi yang salah lagi ekstrem bersifat diskriminasi dan permusuhan.

Ini satu tindakan mewujudkan provokasi dan tidak harmoni konon teraniaya atau ditindas, sekali gus meraih perhatian atau campur tangan ‘asing’, selain melemahkan kecenderungan atau minat pihak lain yang awalnya mahu bersama keputusan itu.

(ii) Ini, penduduk bukan Muslim pun gesa pengundi tolak BN.. 
Mereka tidak bermasalah untuk menerima kunjungan dan beramah mesra bersama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Roslan Ramli semasa diziarahi (Foto). Turut hadir semasa ziarah tersebut Ketua Penerangan dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Ahmad Dullah dan Isaac Wong. 

Di Besut, penduduk bukan Islam di Dun Jertih menolak calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu kali ini. Chong Chi Leong, 61, berkata, wakil rakyat BN sebelum ini tidak pernah memahami keperluan penduduk bukan Islam di kawasan itu. 


“Mereka hanya buat tak tahu sahaja terhadap kami di sini dan tidak prihatin terutamanya dalam bab ekonomi, kesihatan, kebajikan dan pendidikan.
“Saya menyeru semua pengundi tolak calon BN pada PRN kali ini kerana sikap mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Chong juga berkata, perpaduan dalam masyarakat antara Muslim dan bukan Muslim sangat baik di Terengganu. Pengusaha kedai jam itu telah berniaga selama 20 tahun di pekan Jertih, mempunyai lapan orang anak dan 17 orang cucu.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah atau puak anti Islam.
 
Hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang Islam dalam negara Islam' yang sebenarnya. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. UNDILAH PN, insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails