Thursday, December 22, 2022

PM! Betulkan fakta anda. Muhyiddin jawab Anwar. Rafizi bohong..

 


1. Perdana Menteri! Sila betulkan fakta pengampunan anda, kata peguam

Seorang peguam menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengampunan yang diberi oleh Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2018.

Menurut dokumen Perintah Pengampunan dan Pembebasan Serta Merta Anwar yang dikongsikan Rafique Rashid di akaun media sosial beliau, Anwar yang juga Presiden PKR itu sebenarnya dua kali memohon kepada Lembaga Pengampunan pada 2015 dan 2017 untuk diampunkan, namun kedua-dua rayuan tersebut ditolak.

Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat.

Berdasarkan dokumen itu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 16 Mac 2015 dan 27 Februari 2017 menimbang rayuan banduan dan fakta-fakta kes tersebut.

Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan menasihatkan supaya hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

“Dan bahawasanya adalah munasabah pada hemat Beta, belas kasihan patut diberi kepada Anwar Ibrahim,” demikian menurut dokumen yang mempunyai tandatangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada masa itu, seperti dilapor MalaysiaNow.

Seterusnya dokumen itu disambung dengan perintah baginda supaya Anwar diberi pengampunan penuh dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi pembebasan serta-merta.

Menurut Rafique, dokumen ini jelas menunjukkan Anwar membuat permohonan pengampunan sebelum ini, cumanya ia ditolak.

“Perdana menteri, sila betulkan fakta. Lembaga Pengampunan terletak di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan. Dalam apa jua keadaan, jelas menunjukkan anda sebanyak dua kali, pada 2015 dan 2017, cuba mendapatkan pengampunan tetapi tidak berjaya,” kata Rafique.

Tambah beliau, rayuan pengampunan ini hanya melibatkan kes liwat kedua dan tidak termasuk kes salah guna kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

“Itu masih kekal sebagai kesalahan yang mana hukuman telah dijalankan,” katanya.

Di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjelaskan beliau tidak memohon pengampunan sebaliknya ia adalah insiatif daripada Sultan Muhammad V.

Katanya, Sultan Muhammad yang aktif mengikuti perkembangan perbicaraan kesnya telah menelefon untuk memaklumkan sendiri bahawa beliau akan diberi pengampunan penuh.

“Saya tidak mohon pengampunan kerana saya dihukum, biar ini jelas dalam rekod. Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum mengada-adakan kes.

“Yang mengambil inisiatif itu ialah Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu,” kata Anwar di Dewan Rakyat semalam, (20 Disember 2022).

Semalam Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mencabar Anwar mengambil tindakan terhadap media antarabangsa yang mengeluarkan laporan hingga boleh mencemarkan imej negara.

Beliau menggunakan contoh laporan media dari Itali Agenzia Nova yang menerbitkan artikel bertajuk “First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country”.


Dokumen pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikongsi seorang peguam, Rafique Rashid di laman media sosial beliau.


2. Muhyiddin jawab Anwar - Kita jumpa di mahkamah   

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, bekas perdana menteri itu memaklumkan dia telah menerima writ dan pernyataan tuntutan dari peguam Anwar.

"Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang," katanya.

Semalam, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan ia menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Terdahulu, pada 7 Disember, dia mengeluarkan surat tuntutan kepada Muhyiddin yang memberi tempoh tiga hari kepada presiden Bersatu itu untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung dakwaan di media sosial dan menarik balik video TikTok berkenaan dakwaan itu, serta membuat aku janji bertulis untuk tidak lagi mengulanginya.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman tersebut, Anwar selaku plaintif mendakwa bahawa sehari selepas surat saman dikeluarkan, keseluruhan ucapan Muhyiddin dalam ceramah itu diterbitkan selanjutnya di bawah akaun Facebook Muhyiddin.

Dia meyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya, serta dibuat dengan niat jahat.

"Kenyataan fitnah ini dirancang terlebih dulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi dan perwatakan saya secara serius selain memburukkan nama baik dan karakter saya yang juga penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.

"Muhyiddin keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik (kenyataan) yang sama, tetapi terus menerbitkan perkataan fitnah itu dengan sengaja dan tidak memadamkannya sehingga kini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menuntut daripada Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pampasan dan ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah serupa.

Pada 7 Disember lalu, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan Muhyiddin dan menegaskan Anwar hanya menerima bayaran simbolik RM1 sebulan.

Dalam kenyataan ringkas hari ini, bekas perdana menteri itu memaklumkan dia telah menerima writ dan pernyataan tuntutan dari peguam Anwar.

"Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang," katanya.

Semalam, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan ia menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Terdahulu, pada 7 Disember, dia mengeluarkan surat tuntutan kepada Muhyiddin yang memberi tempoh tiga hari kepada presiden Bersatu itu untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung dakwaan di media sosial dan menarik balik video TikTok berkenaan dakwaan itu, serta membuat aku janji bertulis untuk tidak lagi mengulanginya.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman tersebut, Anwar selaku plaintif mendakwa bahawa sehari selepas surat saman dikeluarkan, keseluruhan ucapan Muhyiddin dalam ceramah itu diterbitkan selanjutnya di bawah akaun Facebook Muhyiddin.

Dia meyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya, serta dibuat dengan niat jahat.

"Kenyataan fitnah ini dirancang terlebih dulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi dan perwatakan saya secara serius selain memburukkan nama baik dan karakter saya yang juga penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.

"Muhyiddin keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik (kenyataan) yang sama, tetapi terus menerbitkan perkataan fitnah itu dengan sengaja dan tidak memadamkannya sehingga kini," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menuntut daripada Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pampasan dan ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah serupa.

Pada 7 Disember lalu, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan Muhyiddin dan menegaskan Anwar hanya menerima bayaran simbolik RM1 sebulan.


3. MB Perlis kesal Rafizi berbohong pasal pertemuan dengan PM   

BANGI, 25 Jamadilawal 1444H, Selasa – Menteri Besar Perlis kesal dengan tindakan Menteri Ekonomi yang dilihat cuba mempolitikkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Parlimen.

Mohd Shukri Ramli berkata, Ahli Pandan, Mohd Rafizi Ramli sepatutnya tahu membezakan antara peranan dalam kerajaan dan parti.

Katanya, pertemuan berkenaan memberi gambaran seolah-olah Perlis yang kini dipimpin Perikatan nasional (PN) sedang meminta sedekah dengan kerajaan Persekutuan.

Walhal, kerajaan negeri hanya memenuhi jemputan rasmi daripada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia adalah sesuatu yang cukup membanggakan.

Ini kerana Perlis menjadi negeri pertama dalam kalangan pembangkang yang dijemput untuk bertemu Perdana Menteri.

“Apabila saya melihat perbahasan dalam sidang Parlimen semalam, Yang Berhormat Rafizi ada menyebutkan hal berkenaan dalam perbahasan.

“Saya rasa kesal kerana ia bagaikan satu penghinaan kepada rakyat Perlis yang memilih PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Saya hadir berjumpa Perdana Menteri pun dalam suasana mesra dan lebih banyak membincangkan mengenai perkembangan semasa dan pembangunan di Perlis,” katanya.

Minggu lalu, Mohd Shukri hadir di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi memenuhi jemputan Anwar dalam membincangkan perkembangan Perlis selepas PN mentadbir negeri itu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM! Betulkan fakta anda. Muhyiddin jawab Anwar. Rafizi bohong.. 

Semoga semuanya al-hamdulillah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

10 comments:

Anonymous said...

Perang "battle of barua" hanya tunggu masa untuk meletus..

Anwar Ibrahim nak 'go straight' tapi dia pernah terikat dan terhutang budi yang sangat besar pada media dan pertubuhan NGO Barat khususnya NED, IRI, SIS IMF George Soros dan media pro Israel LGBT COMANGO G25 di Amerika Syarikat dan Singapura..

Mereka (media dan NGO Barat)tak semudah itu untuk tunduk pada dasar untuk Melayu dan Islam yang cuba dipertahankan Anwar Ibrahim di Malaysia.

Mereka mahu bahagian mereka seperti yang dijanjikan semasa Anwar Ibrahim minta bantuan media asing dan NGO Barat dulu.

Beranikah Anwar hendak saman media antarabangsa atas dakwaan ‘homoseksual tegar’, kata ketua pembangkang

Bunga bunga media asing dan NGO Barat untuk menelanjangkan kegiatan Anwar di masa lalu sedang berjalan, sedikit demi sedikit rahsia nya akan dibongkar jika tidak tunduk pada arahan mereka..!!

Hamzah Zainudin menggesa kerajaan dipimpin Anwar Ibrahim perlu mengambil tindakan tegas berhubung penerbitan artikel tersebut kerana ia berkait dengan imej negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengambil tindakan terhadap media antarabangsa yang mengeluarkan laporan hingga boleh mencemarkan imej negara.

Beliau menggunakan contoh laporan media dari Itali Agenzia Nova yang menerbitkan artikel bertajuk "First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country".

"Tindakan tegas harus diambil segera..!! Anwar Ibrahim jangan bacul.. ini maruah Malaysia di mata dunia Islam..!!

Media dan NGO Barat akan menuntut apa yang Anwar Ibrahim janjikan pada mereka dahulu. Media dan NGO Barat pro Anwar dan PKR dahulu tidak mudah lupa apa yang dinyanyikan semasa Anwar Ibrahim melutut minta bantuan mereka dahulu.

Ini lah dilema Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia yang diterajuinya sekarang ini. Mereka menuntut apa yang dijanjikan dan wang pelaburan mereka menyokong Anwar Ibrahim masa lalu..

Tunggu dan lihat nanti pendirian flip flop Anwar Ibrahim dan pentadbiran Malaysia nanti. Hanya masa akan menentukan 'battle of barua' dan rakyat Malaysia jadi mangsa khususnya Melayu dan Islam..

Tungguuu..!!

Unknown said...

Dsai saman dalam negara dulu. Kuat sangat fitnah.. Pengampunan Agong bagi. Nak tahu lebih lanjut.. Peguam tu sila mgadap Sultan Kelantan. Tak yah nak tunjuk jaguh pertikai pm. La ni tak betul saman je

Unknown said...

Bukan tiket kebebasan bersuara. Kritik fakta dipersilakan. Kritik fitnah n perkauman halal ke. Ke nak merangkak kat padang masyhar cari dsai.. Yang netizen ni sungguh yakin nya kamu dsai anwar mmg seorang yg melakukan liwat ye

Unknown said...

Ingat hari pembalasan kat padang masyhar hari Allah paling murka. Sanggup ke

Anonymous said...

Bro An cakap jer. Dokumen ilek. Budak sekolah rendah boleh lah tipu tipu. Ni nak tipu peguam. Silap banyak.

avanza5990 said...

22 December 2022
Banjir Kali Ini Dikatakan Sebab Bala?
Bhai/DeeDee semua...

Tadi gua pi Pasar Kemaman... sajer jer bersembang dengan kengkawan peniaga kat situ... Gua memang kenal dan tahu apa fikrah politik kengkawan peniaga di pasar tue... ader yang pro BN... ader yang totok PAS ... ader yang Pakatan Harapan... Ahh.. semua tu biasa la...

Cuma satu jer yang lawak .... biasa kalu ader banjir di Kemaman... sorang kawan gua nih yang meniaga di Pasar Chukai Kemaman nih selalunya akan cakap banjir macam nih ianya adalah ujian... dan dier memang totok PAS ...

Tapi kali nih bunyi dier dah lain... Dier kata tadi banjir nih semua adalah bala... Bala sebab angkat pemimpin kaki liwat dan tolak ulamak jadi pemimpin.... Gua gelak jer kat dier... gua cakap betul ka pemimpin kita kaki liwat... dier kata yer... jadi gua tanya balik... lu nampak ke dier liwat? ... dier kata Mahkamah kata ianya liwat....

Gua kata... ala ..... Mahkamah pun boleh kata Adnan Mansor tak makan rasuah walaupun pemberi rasuah dalam kes Adnan Mansor tue di sabitkan kesalahan memberi rasuah.... hahaha

Hahaha... gua cakap kat member gua tue... semua banjir nih sama jer dari dulu sampai sekarang... bala dan ujian... Bala sebab kita tak jaga alam nih... kita tarah hutan... kita tebang balak tak terkawal... kita lepaskan sisa gas karbon yang banyak ke udara... tu yang cuaca berubah giler tue...

Ujian pulak kat kita sama ada kita redho atau tidak akan banjir nih... Kita ingat ker idak kat Allah Taala... Ujian kepada yang tak kena banjir (supaya bantu orang lain yang kena) ...

Last sekali.... gua tibai member gua tue... dengan persoalan nih...

Kalu PN menang pun hari tue... yang jadi PM adalah Muhyiddin Yasin.... biler masa pulak Abdul Hadi Awang akan jadi PM10 .... mimpi la.... hahaha.... dan kepada Muhyiddin Yasin... gua cakap Nika Gee kirim salam.... Hahaha

Bara dier tadi... air muka dier berubah.... Hahahaha... Oh yer... kedai dier sebelah kedai jual ayam di bahagian tengah Pasar Kemaman...

Anonymous said...

Bro An taknak saman ker berita italy. Malaysia punya pm yg amal lgbt tulis akhbar itu. Malu pulak rakyat msia bila top man punya habit tu. Sungguh jadi pm tak gugur lebel buruk tu. Nanti orang luar ingat rakyat msia amal lgbt.

Anonymous said...

Ini bukan kerajaan perpaduan. Ini kerajaan luar tabii. Kerajaan luar tabii yang sedang bantu mangsa banjir.

Anonymous said...

mohon ke tak pohon ke itu isu lain..isu besarnya ialah pertuduhan itu pun dah tak masuk akal..betapa ramai lagi kes rogol..ada kamu nampak org usung tilam ke mahkamah..kamu tak lahir ke masa tu..hanya org bodoh sahaja yg percaya kepada mahatir

Anonymous said...

Terimakasih diatas pencerahan, betul tu PM membawa imej negara. Gagal untuk menafikan akan mencalarkan nama baik negara dan Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails