Monday, September 26, 2022

Syabas UMMAH! nasihat-siasat Tommy. & 3 negeri saja PRN?

 

Mohd Zai (tengah) pada sidang media di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 21 September 2022. (FOTO: HARAKAHDAILY/MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE)

1. Tommy Thomas boleh disiasat di bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menyelar dua pentadbiran kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020 sebagai telah menunjukkan kegagalan kerajaan yang didominasi etnik Melayu, boleh disiasat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Hasutan.

Ini kerana kenyataan beliau dalam satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini menunjukkan ketidakprihatinan akan sensitiviti kepada perpaduan negara Malaysia  yang berbilang bangsa dan agama.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata demikian pada  sidang media UMMAH dan Majlis Perundingan Melayu (MPM), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Biro Politik dan kepimpinan MPM, Shahbudin Embun, veteran Tentera Udara Diraja Malaysia Mejar (B) Mior Rosli dan Waris Pekembar

“Sebagai bekas Peguam Negara,  Tommy sepatutnya mengetahui tentang undang-undang negara kerana ucapannya pada forum berkenaan adalah rasis dan  boleh menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dalam negara ini, serta boleh menimbulkan suasana kegawatan,” tegasnya. 

Mengulas lanjut, Zai berkata bahawa beliau telah membaca satu laporan daripada Timbalan Ketua Penerangan 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk R. Ramanan yang juga tidak bersetuju dengan ucapan Tommy itu, kerana ia memberi liabiliti besar kepada parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) disebabkan impak ucapan Tommy Thomas yang dikhuatiri bersifat rasis dan menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara ini.

“Saya membuat laporan polis pada hari ini berhubung kenyataan Tommy Thomas pada Sabtu, 17 September 2022 dalam  Forum ‘Dark Forces towards GE15’ yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. 

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah supaya beliau tidak menyentuh sensitiviti bangsa, kaum dan agama.

“Antara ucapan beliau yang menarik perhatian orang Melayu adalah beliau mengatakan bahawa kerajaan dominasi melayu hari ini dengan mimik wajah menghina, merupakan sebuah kerajaan yang gagal atau tidak berguna (useless) dan pada pandangan saya bahawa dia telah cuba mencemar nama bangsa Melayu,”  katanya.

Menurut Zai lagi, pihaknya marah apabila bekas Peguam Negara itu menyebut tentang bangsa (Melayu) dan menyentuh soal kaum (Melayu).

“Ini  kerana bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) segalanya merentasi parti politik dan terserah kepada kami ingin menyokong parti politik yang mana satu, tetapi (dalam kes Tommy Thomas)  soal menghina bangsa timbul, yang mana penghinaan kepada bangsa dalam negara merupakan satu perkara sensitif dan kesalahan dalam perlembangan.

“Kita tidak mahu mempermainkan isu bangsa kerana ia akan menimbulkan suasana yang lain,” tegasnya. 

Sehubungan itu, Zai meminta agar pihak polis melalukan siasatan terhadap perkara ini dan menasihati Tommy Thomas walaupun beliau pernah bergelar Peguam Negara sebelum ini agar di masa hadapan, beliau tidak lagi mengeluarkan ucapan menghina bangsa, agama dan kaum. 

“Saya akan memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat (IO) pada malam ini berkaitan dengan kes ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/9/2022


2. Bubar Parlimen awal, 3 negeri saja adakan PRN? 

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, melancarkan Hari Ozon Sedunia peringkat kebangsaan.

SEPANG: Tindakan membubarkan Parlimen lebih awal akan menyebabkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya diadakan sepenuhnya di peringkat Parlimen, manakala hanya tiga negeri dijangka menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS sudah mengisytiharkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga negeri yang dikuasai, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak akan dibubarkan pada tahun ini.

Menurutnya, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (yang dikuasai Pakatan Harapan) juga tidak akan membubarkan DUN masing-masing, menjadikan enam negeri tidak akan mengadakan PRN.

Selain itu, katanya Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor sudah selesai mengadakan PRN dan jika Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen, bermakna negeri yang akan mengadakan PRN hanya tiga negeri, iaitu Perak, Pahang dan Perlis.

“Sekiranya Parlimen ingin dibubarkan, kerajaan perlu mengambil kira semua faktor. Apa pun kita serah kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh PRU15,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat kebangsaan di Bandar Gamuda Cove di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, hasil program retreat di Pulau Langkawi, baru-baru ini, PAS memutuskan untuk kekal dalam Perikatan Nasional (PN), tetapi parti bersifat anjal yang bermaksud, mengenal pasti sekurang-kurangnya 25 kawasan Parlimen yang kritikal.

“Kalau PN bertembung dengan BN (Barisan Nasional), kedua-dua akan rugi, yang menang jadi abu yang kalah jadi arang. Jadi kita berpendapat bahawa kerusi kritikal begini, kita sedia untuk duduk berbincang dan saya dapat maklumat bahawa mereka (BN) juga positif, tetapi belum ada pertemuan, belum ada perbincangan,” katanya.

Sementara itu, katanya antara masalah jika PRU15 diadakan pada hujung tahun ini, termasuk penggunaan anggota polis jika ditakdirkan berlaku banjir ketika itu.

“Kita minta lindunglah…ditakdirkan berlaku banjir, anggota polis kita nak kawal banjir lagi, nak jaga peti undi, nak jaga keselamatan negara lagi.

“Akta Pilihan Raya mewajibkan anggota polis mesti mengiringi setiap peti undi. Bayangkan setiap peti undi mesti ada anggota polis iringi. Itu akta, tak boleh guna RELA atau agensi lain,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/9/22

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas UMMAH! nasihat-siasat Tommy  ..& 3 negeri saja PRN?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Saya nak jadi PM kali ke 10 pun No Hal Tun... Nok bantu Isle dan Melayu..!?

Ya Allohh kau panjangkan lah umo Tun 120 tahun lagi. Sebab penyokong nya kata Tun nak selamatkan Melayu dan Isle Agamo Mu.. AMIN ya Allohhhhh..!!

Acah acah Power Melayu Islamik bergema lagi. Bila tak ada kuasa angkat Plakad bersama Tok Wan anok cucu sokong COMANGO LGBT Lisbo dan Seksulity Merdeka Politik Toksik. Melayu sungguhhh lah haiiii..!!

http://theunspinners.blogspot.com/2017/09/sokong-lgbt-madey-sekeluarga-sesat-ph.html?m=1

Dr Mahathir Mohamad berkata dia sanggup menyandang jawatan perdana menteri buat kali ketiga jika didesak berbuat demikian dan tiada pilihan lain.

Bagaimanapun, Mahathir berkata dia tidak mahu menjadi perdana menteri untuk penggal penuh tetapi mungkin hanya satu tahun.

Mahathir menjawab soalan moderator yang bertanya sama ada dia bersedia menjadi perdana menteri buat kali ketiga.

“Saya hanya mahu memastikan dasar yang membantu orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin dan penyayang kepada rakyat, negara dan agama,” katanya.

Ya Alloh bantu lah atok selamatkan Isle dan Melayu... acah acah Power Melayu Islamik dah datang balikkkk..!! Jho Low Justo hilang depan lubang hidung dia buat buat lupo. Lo nih dia dah datang teriak melayu sano melayu sini.

Hok aloh... Amin Ya Rabbul Alaminnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails