Tuesday, September 27, 2022

DAP X demokratik?– Ronnie Liu.. PH musuh no1 -PAS.

 


1. Patuh atau keluar, pindaan DAP tidak demokratik – Ronnie Liu

Langkah DAP meminda perlembagaan yang membolehkan mana-mana wakil rakyatnya dipecat kerana tidak menurut perintah kepimpinan disifatkan sebagai tidak demokratik, kata seorang pemimpin parti itu sendiri.

Malah, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu, berkata DAP mungkin tidak lagi demokratik dengan pindaan tersebut, yang diluluskan dalam kongres khas parti dengan majoriti besar perwakilan.

“Patuhi perintah kepimpinan atau keluar. Itulah realiti politik sekarang,” katanya di Facebook.

“Ahli seperti saya akan serta-merta menjadi pihak yang terkilan.”

Mengambil dirinya sendiri sebagai contoh, Ronnie berkata beliau boleh “mati” sekiranya dulu DAP mempunyai fasal seperti ini, merujuk kepada beberapa tindakannya sebelum ini.

“Sekiranya dulu parti ada fasal seperti ini, beberapa isu yang saya bangkitkan boleh menyebabkan saya dipecat sebagai ahli, misalnya kritikan terhadap Dr Mahathir Mohamad (semasa menjadi perdana menteri Pakatan Harapan), Lynas, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), tangkapan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam, dan serahan kuasa kepada Anwar Ibrahim (presiden PKR).”

DAP semalam meluluskan pindaan perlembagaan parti bagi membolehkan mana-mana wakil rakyatnya yang tidak menurut perintah parti “dalam perkara-perkara utama” dipecat, dengan sokongan majoriti perwakilan pada kongres khas.

Pindaan itu menyusuli undang-undang anti-lompat parti yang menyebabkan Ahli Parlimen kehilangan kerusi jika melompat parti, kecuali wakil rakyat yang dipecat parti, parti yang diwakili dibubarkan, atau pendaftaran parti dibatalkan.

Mengulas lanjut, Ronnie berkata CEC berhak mengeluarkan perintah menyasarkan mana-mana wakil rakyat.

“Ironinya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sahaja yang boleh menyelamatkan parti daripada menjadi entiti yang tidak demokratik,” katanya, yang juga menganggotai CEC DAP. FMT


2. Mengapa PAS isytiharkan PH musuh nombor wahid?


RAMAI juga yang bertanya kenapa PAS isytiharkan PH musuh utamanya sedangkan bukan PH yang memerintah? Kenapa bukan BN? 

Persoalan begini sebenarnya menunjukkan mereka tidak memahami perjuangan PAS. Perjuangan PAS bukan sekadar mendapatkan kuasa tetapi yang lebih utama ialah mengislahkan masyarakat dan negara. 

Bagi sebuah parti Islam seperti PAS, tentunya al-Quran dan Hadis menjadi panduan. Sirah menceritakan bahawa Rasulullah pernah ditawarkan menjadi ketua Makkah, menjadi orang yang paling kaya atau paling mulia. Syaratnya hanya satu… Tinggalkan atau lunakkan prinsip dakwah dan perjuangan yang dipegang.

Rasulullah menolak semua tawaran itu dengan penegasan bahawa andai bulan dan matahari yang menjadi cagaran pun akan ditolak. Ini menghairankan Musyrikin Makkah. Sebagaimana ‘peningnya’ Musyrikin Makkah terhadap perjuangan Rasulullah, begitulah ‘peningnya’ orang yang keliru mengenai prinsip perjuangan PAS.

Bukan baru PAS isytiharkan DAP sebagai musuh utamanya. Sebelum PRU14 lagi perkara ini telah dimasyhurkan di kalangan pendukung PAS. Agak pelik, kerajaan ketika itu BN, namun musuh utamanya tetap DAP walaupun DAP adalah bekas rakan taawun PAS dalam Pakatan Rakyat dulu. 

Jika PAS utamakan kuasa, tentunya BN adalah musuh utama. Namun PAS sangat kenal antara musuh dan musuh utama. Antara bahaya dan yang lebih bahaya. Antara mendapatkan kuasa dan menghalang kemusnahan utama. Itulah yang ramai tidak fahami mengenai PAS.

Ternyata rakyat akhirnya ‘merasai’ bencana besar dari kuasa yang diserahkan kepada PH yang didominasi DAP. Ternyata benar derita dan kezaliman BN selama lebih 50 tahun ketika itu tidak terbanding dengan kerakusan PH dominasi DAP selama 22 bulan.

Bukan hanya rakyat, malah pemimpin khasnya dari BERSATU yang bernaung di bawah PH tidak tahan dengan apa yang berlaku lantas meninggalkan PH.

Kini PAS sekali lagi menegaskan bahawa musuh utamanya adalah DAP dan PH. Bukan Umno. Malah PAS konsisten mengajak Umno bersama bagi menyelamatkan negara dan membetulkan kesilapan mereka yang lalu. 

Masihkah ada yang keliru mengapa PAS isytiharkan DAP-PH musuh utama? Dekati dan fahamilah perjuangan PAS. Jika kemaslahatan rakyat dan negara keutamaan anda, pasti PAS singgah di hati.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY26/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Langkah DAP meminda perlembagaan yang membolehkan mana-mana wakil rakyatnya dipecat kerana tidak menurut perintah kepimpinan disifatkan sebagai tidak demokratik, kata seorang pemimpin parti itu sendiri.

“Patuhi perintah kepimpinan atau keluar. Itulah realiti politik sekarang,” kata Ronnie Liu di Facebook.

Tunggu apa lagi, tolak DAP yang tidak demokratik dalam PRU 15 ini.

(ii) Sebab itulah PAS isytiharkan PH yang didalangi DAP sebagai musuh nombor wahid..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails