Monday, September 26, 2022

Bukan macam DAP, Ini bukti PAS tadbir...

 


1. TH: Bukti wibawa PAS kemudi pentadbiran

SEMALAM, Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan keuntungan separuh pertama tahun 2022 sebanyak RM1.47 bilion, dengan keuntungan bersih sebanyak RM1.03 bilion selepas ditolak peruntukan zakat. Keuntungan ini disumbangkan oleh peningkatan mendadak jumlah deposit dengan nilai terkini RM88.09 bilion, paras tertinggi yang pernah direkodkan TH sejak 59 tahun penubuhannya.

Bagaimana jumlah deposit TH boleh meningkat sebegitu tinggi? Jawapannya adalah disebabkan kembalinya kepercayaan rakyat dan pendeposit kepada TH, terutamanya selepas PAS mentadbir institusi hal ehwal agama. Rekod menunjukkan lebih daripada 200,000 akaun simpanan baharu telah dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan pendeposit TH kini mencapai 8.6 juta orang.

Siapakah yang bertanggungjawab mengembalikan kepercayaan rakyat kepada TH untuk menguruskan wang deposit mereka? Masih ingatkah kita bagaimana TH dibelenggu berbagai persepsi dan tuduhan oleh pimpinan PH sebelum ini? Sebelum mendapat mandat, TH dituduh oleh mereka sebagai institusi kewangan yang korup, penuh ketirisan dan penyelewengan dan ketirisan. Dek tuduhan mereka, rakyat yang terpedaya bertindak mengeluarkan wang deposit yang disimpan bertahun-tahun, semata-mata kerana tuduhan yang tidak dibuktikan.

Tidak cukup sekadar itu, selepas mendapat mandat pemerintahan, naratif sama sekali lagi diulang. Mereka ghairah mencari bukti untuk menyokong tuduhan mereka, hingga akhirnya merisikokan institusi kewangan milik umat Islam ini. Segala aset yang dikatakan sakit dijual, tanpa sebarang usaha untuk memulihkannya. TH dikatakan sakit dan tenat, tidak mampu memberikan pulangan hibah yang signifikan buat pendeposit. Akhirnya sekali lagi TH dibelenggu persepsi, sebagai institusi yang merugikan dam menjual aset umat Islam. Langsung tiada usaha dari mereka mengembalikan kepercayaan rakyat yang hilang akibat kegagalan mereka mengurus persepsi. 

Maka siapakah yang mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada TH? PAS lah yang bertanggungjawab mengembalikan semula kepercayaan ini. Usaha yang dilakukan oleh YB Senator Datuk Idris Ahmad dan YB Datuk Marzuk Shaary selaku Menteri dan Timbalan Menteri, serta mantan Menteri YB Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri dalam memperbetulkan segala persepsi yang membelenggu TH, akhirnya membuahkan hasil. 

Segala pengurusan dan perjalanan urusniaga dipantau, malah aset-aset yang berpotensi dipulihkan, dikekalkan hak milik dan dibatalkan penjualan. TH terus melabur dalam pelaburan yang strategik, menghasilkan keuntungan yang besar untuk separuh pertama tahun ini. Ini semua berlaku atas kepercayaan rakyat yang kembali diperoleh, hasil usaha keras lebai-lebai menyelia institusi hal ehwal Islam termasuk TH. 

Bayangkan sekiranya PH masih menjaga institusi kewangan terbesar umat Islam ini. Dengan berbagai persepsi dan tuduhan yang mereka sendiri lemparkan, ditambah pula dengan kegagalan mengurus dan menjaganya, mampukah jumlah deposit meningkat setinggi ini? Bersyukurlah 22 bulan sahaja PH memerintah. Kini umat Islam yang merasai nikmatnya. 

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA – HARAKAHDAILY 26/9/2022


2. PAS dicemburui semua pihak, bukti sentiasa di hadapan 

FIRMAN Allah S.W.T:

وَلَا تَهِنُوْا وَلَا تَحْزَنُوْا وَاَنْتُمُ الْاَعْلَوْنَ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ.

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sedangkan kamulah yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman”.

(Aali Imran: 139)

PAS sebuah parti dakwah dan siyasah yang disulami tarbiyah menjadikan politik sebagai salah satu medan berdakwah kepada seluruh masyarakat.

Membawa Risalah Anbiya’ (perjuangan para Nabi A.S) pastinya mengundang cabaran yang tidak terjangka. Lihat sahaja perjuangan Rasul-rasul terdahulu, sepanjang perjuangan menerima kecaman, persendaan, fitnah dan cubaan. 

Namun di atas keyakinan bahawa janji Allah pasti benar, maka para Rasul A.S terus bangkit dan beristiqamah di atas jalannya sehingga Allah menentukan keputusannya sama ada menang di dunia dan akhirat atau kemenangan yang pasti di akhirat.

Mutakhir ini kita menyaksi PAS menjadi perhatian kepada musuh politik seperti Pakatan Harapan PH dengan menggembar gemburkan isu yang tidak sepatutnya.

Bermula daripada pimpinan PAS dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Duta Khas Kerajaan sehinggalah isu hiburan dibangkitkan dengan cara yang tidak sepatutnya.

PAS terus teguh dengan agenda dakwahnya. Islam tidak menolak hiburan. Maka PAS memuji pihak yang telah menjayakan filem Mat Kilau. Begitu juga dalam hal yang berkaitan konsert di Kelantan di mana Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS telah pun menetapkan peraturan dan syarat pematuhan syariah seperti penonton lelaki dan perempuan diasingkan. 

Artis yang membuat persembahan mestilah menutup aurat serta banyak lagi ketetapan lain. Ini membuktikan bahawa PAS tidak menolak hiburan. Namun kehadiran yang luar jangka berlaku walaupun pengasingan masih berlaku menampakkan suasana keriuhan. 

PAS dilihat mendahului pihak lain dalam usaha mengadaptasikan hiburan patuh Syariah yang dapat menarik anak muda bersama PAS. Inilah punca kebimbangan pihak lain seperti Pakatan Harapan PH yang dilihat cuba membangkitkan apa-apa juga isu sensitif terhadap PAS.

Dari sudut pandang yang lain pula PAS mendahului pendekatan dakwah semasa dengan turun ke dalam denyut nadi masyarakat bagi menyelami cita rasa anak muda dengan memandu mereka mengikut panduan Syariah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada PAS.

Persoalan yang boleh dibangkitkan mengapakah pihak seperti PH tidak pula mahu memperbesarkan isu PAS sifar rasuah? PAS mengawal arak di Kelantan, Terengganu dan Kedah? PAS menutup judi di ketiga-tiga negeri tersebut? PAS memperkenalkan Ar-Rahnu, menjadi pelopor kepada Perbankan Islam dan banyak lagi. Pastinya pihak yang tidak senang hati dengan PAS terus menggigit jari kebingungan dengan pencapaian dan pendekatan dakwah PAS. Terus beristiqamah hingga kemenangan. 

“Malaysia Sejahtera”

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
25 Safar 1444
22 September 2022 – HARAKAHDAILY 22/9/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimBukan macam DAP, Ini bukti PAS tadbir... 

(i) Semalam TH umum untung separuh pertama tahun 2022 sebanyak RM1.47 bilion, dengan keuntungan bersih sebanyak RM1.03 bilion selepas ditolak peruntukan zakat. Peningkatan mendadak jumlah deposit dengan nilai terkini RM88.09 bilion, paras tertinggi yang pernah direkodkan TH sejak 59 tahun penubuhannya.

(ii) PAS mendahului pendekatan dakwah semasa dengan turun ke dalam denyut nadi masyarakat bagi menyelami cita rasa anak muda dengan memandu mereka mengikut panduan Syariah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada PAS.

(iii) PAS mengawal arak di Kelantan, Terengganu dan Kedah.. 

(iv) PAS memperkenalkan Ar-Rahnu, pelopor kepada Perbankan Islam. 

(v) PAS wujudkan tadbiran 'sifar rasuah'. DAP mampu begitu?

(vi) DAP hanya mampu perkenalkan negeri busuk tahi babi, terowong tak siap, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails