Friday, September 30, 2022

Pekung busuk G/Eng PP, mula berbau. 312+147 dari SPRM..

 


1. Rasuah, salah guna kuasa di P Pinang dedah pekung DAP

PUAK penyokong PH hari ini dalam kesipuan dan aib besar dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkait kes terima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam yang membimbangkan di Pulau Pinang.

Ini bukan lontaran kosong tetapi bersumberkan data, fakta, rekod dan statistik SPRM iaitu sebanyak 919 aduan diterima pihak mereka berhubung rasuah serta salah guna kuasa itu sejak 2019 hingga kini.

Tan Sri Azam Baki menyebut SPRM menerima sebanyak 312 maklumat kes penerimaan suapan dan 147 maklumat kes salah guna kuasa di Pulau Pinang. Salah guna kuasa ini antara lain menggunakan jawatan untuk pemberian kontrak kerja kepada kaum keluarga atau individu yang mempunyai pertalian darah. Selain itu tuntutan palsu untuk sesuatu kerja yang dilaksanakan juga banyak berlaku di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng sepatutnya malu dan sedar dari mimpi dengan kata-kata Tan Sri Azam, “Saban hari ia semakin meningkat, saya minta semua ketua jabatan untuk memantau pegawai mereka yang diberikan kuasa dalam memutuskan sesuatu keputusan dan dari segi tadbir urus”.

Di saat Guan Eng nampaknya galak menyerang YB Nik Abduh berkait permohonannya kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), sedangkan negeri di bawah pentadbiran partinya sendiri bergelumang dengan najis rasuah. Jijik.

Pada 25 September baru-baru ini Guan Eng dengan bongkak menyebut, “Adakah SPRM akan menyiasat Ahli Parlimen PAS Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau menyerbu MPKB kerana salah guna kuasa melibatkan perkahwinan anak perempuannya seperti yang dilakukan SPRM terhadap MBSA?”

Amboi lancang sungguh apabila melihat ke arah musuh politik hingga tidak sedar badan sendiri terpalit pelbagai kekotoran dan kesalahan.

Sewaktu menjawat Menteri Kewangan dahulu, pada 25 Oktober 2018 media pernah melaporkan kenyataan Guan Eng, “Kerajaan Kelantan perlu lebih profesional dan berdisiplin untuk mencari sumber hasil baharu dan menarik minat pelabur untuk membangunkan ekonomi negeri itu”.

Guan Eng, berkata angka, fakta dan pengurusan profesional berupaya menyelamatkan sebuah negeri yang disifatkan beliau gagal dan tidak mampu membayar gaji. 

Nah Guan Eng, sedap benar menghina Kelantan sebagai ‘negeri gagal’ satu ketika dahulu? Siap suruh Kelantan profesional dan berdisiplin lagi? Tahukah Guan Eng negeri kami pernah mendapat Sijil Penarafan 5 Bintang dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti? Tak profesional lagi setara tu? Gagal? Yang gagal adalah tahap rasuah serta salah laku yang membimbangkan di negeri DAP sana!

Pada 10 November 2019 Guan Eng sekali lagi ‘sembang kemaih’ dengan menghina Kelantan sewaktu bercakap dengan media selepas perasmian Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor, “Kalau mereka dapat perintah negara, habislah kita semua. Gaji pun tak mampu bayar, macam mana nak uruskan ekonomi?”.

Wahai Guan Eng, 21 Oktober 2022 terdekat nanti, Kelantan akan meraikan 32 tahun pemerintahan berasaskan Merakyat Membangun Bersama Islam. Sepanjang tempoh itu tidak ada sekali pun penjawat awam kami tidak dibayar gaji. Dan mahalnya kami juga, tidak pernah ada kes rasuah dan salah laku sepanjang tempoh ini. Biarpun 25 jam sehari dan 8 hari seminggu pintu Kota Darulnaim dibuka untuk siasatan. 

Lain daripada negeri kalian, sepenggal dua sahaja, sudah kecoh isu pembelian banglo di bawah harga pasaran, isu tambak laut, terowong bawah tanah dan terbaru kenyataan membimbangkan Tan Sri Azam Baki hari ini. Beza kan? Beza, memang berbeza!

DR SHAHID IZANI
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 29/9/2022


2. Suapan, salah guna kuasa di Pulau Pinang membimbangkan 

Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR: Menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam membimbangkan di Pulau Pinang, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Katanya berdasarkan statistik SPRM, sebanyak 919 aduan diterima pihaknya berhubung kesalahan itu sejak 2019 hingga kini.

“Banyak kesalahan yang dilakukan dan kesalahan rasuah yang menjadi pilihan lazimnya melibatkan dua kesalahan iaitu penerimaan suapan dan salah guna kuasa.

“Kami terima sebanyak 312 maklumat kes penerimaan suapan dan 147 maklumat kes salah guna kuasa di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemu bual dalam program Cakna Rasuah bersama radio Mutiara.fm, RTM Pulau Pinang hari ini.

Azam berkata perkara itu membimbangkan kerana ia melibatkan salah guna kuasa seperti menggunakan jawatan untuk pemberian kontrak kerja kepada kaum keluarga atau individu yang mempunyai pertalian darah.

Menurut Azam kesalahan membuat tuntutan palsu untuk sesuatu kerja yang dilaksanakan juga banyak berlaku di Pulau Pinang.

“Sebagai contoh, individu yang kononnya melaksanakan sesuatu pekerjaan dan dia membuat tuntutan palsu (untuk kerja yang dilaksanakan) seolah-olah dia yang buat kerja itu, ia banyak berlaku dan amat merugikan.

“Saban hari ia semakin meningkat, saya minta semua ketua jabatan untuk memantau pegawai mereka yang diberikan kuasa dalam memutuskan sesuatu keputusan dan dari segi tadbir urus,” katanya.

Menurut Azam penjawat awam merupakan kumpulan sasar pertama SPRM (pantau dan siasat) kerana mereka nadi pentadbiran kepada sesuatu negeri dan dalam negara ini.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk melihat isu rasuah dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pekung busuk G/Eng PP, mula berbau. 312+147 dari SPRM..  

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails