Tuesday, September 13, 2022

Solat hajat, munajat 15 Sept... Isu RM90 juta, basi

 


1. Hari Malaysia: Dewan Ulamak seru solat hajat, munajat

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru umat Islam di seluruh negara supaya menganjurkan solat hajat dan munajat pada 15 September ini bersamaan 18 Safar iaitu hari Khamis malam Jumaat.

Ketuanya, Senator Ustaz Dato’ Ahmad Yahya berkata, penganjuran solat hajat dan munajat tersebut bersempena sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun.

“Mesej utama daripada penganjuran solat hajat dan munajat ini adalah supaya gagasan penyatuan ummah dapat direalisasikan dalam negara,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sesungguhnya kekuatan umat Islam dulu, kini dan selamanya hanyalah berpaut pada kesatuan hati yang mendorong kesatuan fikiran dan gerak kerja.

Tambahnya, bercerai berai hanya melemahkan umat Islam, malah membuka laluan kepada musuh Islam masuk bertapak.

“Selain itu, kita juga mendoakan agar negara dihindari daripada sebarang bentuk musibah dan kecelakaan,” katanya lagi.

Menurutnya, hal yang demikian itu termasuklah ramalan MetMalaysia mengenai kemungkinan banjir besar pada penghujung bulan November akan datang.

Belaiu menambah, situasi dan unjuran kaji cuaca sebegini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak.

Oleh itu, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menyeru umat Islam di seluruh negara untuk turut serta menganjurkan solat hajat dan munajat di kawasan masing-masing.

“Semoga Allah SWT mengurniakan keamanan, ketenangan dan kesejahteraan serta sentiasa melindungi negara ini daripada musibah, insya-Allah,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 12/9/2022

2. RM90 juta: Tulang lama yang diselongkar semula  


ISU RM90 juta ini hanya modal basi yang diperbaharui semula. Disolek secukupnya dengan harapan dapat dijadikan cerita baru untuk berdepan PRU15.

Pada 19 Julai 2018 ketika negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, Peguam Negara ialah Thommy Thomas, saya bangun bertanya di Dewan Rakyat, mencelah ucapan YB Damansara yang pada masa itu sedang menyenaraikan pihak-pihak yang mendapat wang dari 1MDB. 

Soalan saya, mana nama PAS? Jawapan beliau ialah saya tiada maklumat, sila tanya Menteri Kewangan (yang pada masa itu ialah YB Lim Guan Eng). (Rujuk https://www.facebook.com/ahmadfadhli80/photos/saya-mencelah-ucapan-yb-tony/1770784433002387/ )

Pada 2 April 2019, sekali lagi soalan saya di Dewan Rakyat berhubung isu RM90 juta ini dijawab oleh Timbalan Menteri Undang-undang, YB Hanipa Maidin. Jawapannya, masih dalam siasatan SPRM. Bahkan beliau berpesan bahawa jangan ada sebarang spekulasi. 

Belum lagi ucapan-ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat yang mendesak sejak tahun 2018 agar kerajaan dedahkan segera siapa penerima dana RM90 juta itu. Alih-alih yang keluar ialah kenyataan SPRM bahawa tiada wang 1MDB masuk ke akaun PAS (https://www.sinarharian.com.my/article/14762/berita/nasional/sprm-tiada-duit-rm90-juta-masuk-akaun-pas).

Semua kenyataan-kenyataan itu keluar ketika negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Jika benar ada dana RM90 juta disalurkan kepada PAS, kenapa semasa pentadbiran PH isu tidak disiasat sehingga ke akar umbi? 

Yang ada ialah sekeping kertas berwarna hitam yang terpaksa ditilik berkali-kali oleh pembacanya di tengah malam kelam.

Isu penyelesaian saman luar mahkamah ialah hak kepada si penyaman. Dalam kes saman, jika pihak plaintif merasakan bahawa tiada keperluan untuk saman diteruskan berdasarkan kepada kos dan sebab-sebab kesihatan, ia boleh ditarik balik dan itu tidak membuktikan bahawa plaintif atau defendan bersalah.

Adapun yang berkuasa di dalam negara, kenapa tidak teruskan dengan pendakwaan sivil? 

Realitinya, isu RM90 juta ini tidak lebih daripada wayang opera lama yang ditayang semula. Dalam bahasa lain, ia tulang lama yang sudah lama terperap di tempat pembuangan sampah. Hanya haiwan tertentu sahaja yang menyelongkar sampah mencari tulang lama.

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
etua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 12/9/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimSolat hajat, munajat 15 Sept... Al-haamdulillah!

Isu RM90 juta, basi. Tak sangka DAP/PH dah kehabisan modal isu..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

'10 negeri sudah siap sedia PRU 15', kata Tok Mat

Ada beberapa langkah supaya mendesak Ismail Sabri menyegrakan PRU 15. Perlu tindakan yang bijak dan berhati hati supaya UMNO tidak berpecah teruk lagi.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilaporkan menegaskan pihaknya akan melakukan pembersihan 'musuh dalaman' gabungan BN dan dalam Umno.

10 Negari sudah bersedia menghadai PRU 15 bila bila masa saja. Tun Mahathir hanya menunggu saat UMNO berpecah belah baru lah dia akan memulakan langkah sailang UMNO dan ahlinya. Pecah belah dalam UMNO adalah kegemaran Tun Mahathir.

Bagi menyegrakan PRU diadakan maka mulakan langkah yang sewajarnya memyelamatkan Melayu dan UMNO dari angkara pengkhianat dlm parti seperti dibawah..

1. Meminta beberapa orang MP (bayar saja baki2 gaji smpi PRU 15 secara lump sum) guna strategi keluar dari UMNO dan keluar dari menyokong kerajaan Ismail Sabri. Maka pilih jadi ahli bebas di Parlimen tanpa keluar dari Parti UMNO. Makna kata masih ahli dan MP UMNO cuma dalam Parlimen jadi ahli bebas atas alasan tidak percaya lagi pada pimpinan Ismail Sabri bukan pada parti. Kuasa pecat ahli ditangan Presiden UMNO bukan Naib Presiden UMNO pun. So what's the hell Ismail Sabri..!!

Maka riuh rendah puak talam dua muka Tun seperti KJ Hisyamuddin Annuar Sahidan dll terkinja kinja panas bontot.

2. Jika langkah diatas jadi kenyataan maka dikhuatiri beberapa blok bebas seprti Tun Boboi dll akan menyokong Ismail Sabri walau pun mereka kekal Bebas. Jika ini terjadi ahli UMNO dan BN sedia maklum Ismail Sabri bukan pemimpin yang boleh dipercayai. Ismail Sabri hanyalah kuda kayu pada sesorang yang mencaturkan pimpinan nya.

Jika langkah di atas terjadi menjadi tanggung jawab Presiden UMNO seterusnya menghadap Agong dan membawa usul yang kerajaan Ismail Sabri sudah hilang majoriti dan PRU perlu diadakan segera.

Imej Ismail Sabri sahaja akan tercalar teruk bukan imej UMNO. Imej UMNO tetap teguh bilamana melalui Presiden nya sudah mengistiharkan UMNO bukan parti dominan lagi dalam kerajaan Ismail Sabri.

Biar Yang Dipertuan Agong mementukan samada parlimen bubar atau sebaliknya.

Speaker Dewan Rakyat perlu menjalankan tanggungjawab nya supaya usul di Dewan Rakyat bahawa kerajaan Ismail Sabri sudah hilang majority sebagai kerajaan. Perkara ini perlu dibawa ke Yang Dipertuan Agong dengan kuasa Agong memutuskan supaya parlimen dibubar dan PRU 15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pengarah pilihan rayanya, Mohamad Hasan berkata, "10 negeri sudah bersedia menghadapi PRU 15 adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang."

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilaporkan pembersihan Parti UMNO dari dalam parti tersebut. “Kita tahu kalau ada musuh di luar parti kita, itu kita kenal pasti dengan mudah.

Tidak lama, saya ulanggg tidak lama. Sesuatu mesti dilakukan untuk membersihkan. Kita harus melakukan pembersihan dari dalam.

“Kita tidak mahu ada musang dalam reban ayam. Musang perlu dikeluarkan.

“Kalau ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan, kita kenal. Sekilas ikan di air, kita kenal jantan dan betinanya katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Yg penting ahli UMNO kena berani dan solid melawan bukan acah acah jadi jantan tapi telo cepat goyangg...

UMNO kena lakukan sesuatu selepas bajet pada Oktober 2022 ini. Tempoh bertenang dan memerhati game Ismail Sabri sudah tamat..!!

Anonymous said...

Kalau Zahid tidak bertindak sekarang sebagai Presiden UMNO dengan tegas maka Zahid juga akan menerima nasib yang sama seperti Najib...

Kelemahan Zahid Hamidi untuk berfikir dan berstrategi untuk mengembalikan UMNO kepersada kuasa, beliau sanggup melepaskan Ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Kabinet Mahiaddin.

Bertolak dari situlah kesempatan untuk melemahkan UMNO mula berjalan. Satu persatu pemimpin UMNO dituduh diMahkamah kerana didakwa rasuah. Tetapi adakah musuh UMNO itu suci atau bebas dari rasuah?

Kebanyakkanya mereka semua adalah bekas pemimpin UMNO seperti Mahathir, Mahiaddin dan ramai lagi . Tetapi yang anehnya adakah mereka itu bebas rasuah?

Ada yang mengatakan pertukaran jawatan dan kejadian itu, semuanya adalah perancangan Mahathir, tetapi kalau dilihat secara teliti semua kejadian itu puncanya adalah diatas kelemahan President UMNO itu sendiri dalam berstrategi.

Akhirnya watak yang mengukuhkan kedudukan Zahid sebagai Presiden iaitu Najib Razak telah didapati bersalah dimahkamah atas kes yang 'diciptakan" keatasnya , olih musuh musuh UMNO" dan terpaksa beliau meringkuk selama 12 tahun di Penjara Kajang.

Walaupun Kerajaan yang ada sekarang diterajui olih Ismail Sabri dari UMNO, namun, dilihat keadilan untuk Najib dilihat seolah olah telah dinafikan olih Hakim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails