Wednesday, September 14, 2022

Aktiviti X bermoral di P/Perhentian.. Lega kembali tumpuan.

 

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin.

1. Video berpesta, menari di Pulau Perhentian video lama

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat penularan sebuah video yang mendakwa berlaku aktiviti tidak bermoral di Pulau Perhentian, Besut, pada 10 September lalu.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, berkata laporan polis sudah dibuat bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung penyebaran video berkenaan yang memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari.

Beliau berkata, hasil siasatan pegawai penguat kuasa syariah daerah Besut mendapati ia adalah video lama yang ditularkan semula.

"Memang kita sudah semak dan tidak berlaku sebagaimana video yang ditularkan pada 10 September lalu.

"Malah, ketika itu, pelancong pun tidak ramai kerana perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil dan semakan kita juga mendapati video berkenaan sudah dipadamkan.

"Kita pandang serius isu ini dan kita serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik video memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari yang didakwa berlaku di sebuah lokasi di Pulau Perhentian, Besut, pada 10 September lalu.


2. Peniaga lega Rantau Panjang kembali jadi tumpuan  

RANTAU PANJANG: Pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi selepas negara beralih ke fasa endemik April lalu melegakan rakyat terutamanya golongan peniaga.

Sedangkan sebelum ini lebih 90 peratus usahawan mikro, kecil, sederhana dan informal terpaksa menutup perniagaan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir dua tahun.

Bagaimanapun sekarang semuanya berubah, malah ada peniaga tidak menang tangan melayan pelanggan termasuk pelancong dari luar Kelantan setiap hujung minggu.

Tinjauan Harakahdaily ke Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang yang dikenali sebagai ‘syurga membeli belah’ memperlihatkan ramai peniaga senyum memanjang.

Seorang peniaga pakaian Bash Mohammad, 54, ketika ditemui berkata, cuti sekolah minggu lepas perniagaan begitu rancak sekali.

Katanya ramai pengunjung dan anak perantau pulang ke kampung dan datang membeli belah di sini.

“Jika nak dibandingkan dengan sebelum berlakunya pendemik Covid-19 memang ketika itu sambutan agak luar biasa tetapi selepas berlaku wabak sambutan agak kurang.

“Minggu ramai pelancong datang membeli belah di sini terutamanya pada hujung minggu,” katanya.

Peniaga menjual makanan dan minuman di gerai Rozila Kamarudin, 38, turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran ramai pelanggan sekarang.

Menurutnya keadaan perniagaan sekarang masih belum pulih sepenuhnya, namun jualan semakin meriah apabila semakin ramai berkunjung ke Rantau Panjang. – HARAKAHDAILY 14/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Aktiviti tak bermoral di Pulau Perhentian.. Al-hamdulillah tetap patuh syariah. Pilihlah PAS dan kumpulannya kalau mahu negara berjalan di atas landasan patuh syariah.

(ii) Lega, Rantau Panjang sudah kembali menjadi tumpuan.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

President tiada pilihan lagi... akar umbi dah bersuara..!!

Tidakkah Ismail Sabri terasa hati mahupun kecil hati apabila BN dan UMNO dikecam sebegitu rupa olih PAS dan Bersatu?

Atau Ismail Sabri pun sudah nekad untuk 'sekapal' untuk bersama musuh musuh BN dan UMNO sehinggakan cemuhan yang dilontarkan terhadap UMNO pun dibiarkan.

Atau Ismail Sabri telah hilang keyakinan bahawa BN dan UMNO tidak berpeluang untuk memenangi PRU 15?

Kini Ahli UMNO sudah dapat membaca 'langkah' Ismail Sabri dan mereka ini telah mula hilang kepercayaan terhadap Ismail Sabri.

Kemuncak' kebencian Ahli Akar umbi terhadap Ismail Sabri telah diterjemahkan pada hari "Amanat Presiden" baru baru ini. Setiap kali nama Ismail Sabri disebut olih Presiden Parti setiap kali itulah "luruhan Boo" mengamat seluruh dewan PWTC.

Signal terang telah dihantar olih seluruh Ahli Akar umbi kepada pucuk kepimpinan Parti untuk bertindak.

Kini terpulang kepada President UMNO untuk mencorakan masa depan politik UMNO.

Samaada sanggup membenarkan Ismail Sabri selaku Naib Presiden yang dilihat tidak mesra Parti terus menerus membunuh Parti secara systematic atau Parti UMNO perlu membunuh politik Naib Presiden.

Tiada pilihan lain.."memilih untuk.dibunuh secara perlahan atau UMNO perlu mematikan segera punca kuasa"

Anonymous said...

Nampaknya rakyat kena tolak umno. Sebab akar umbi sokong kluster mahkamah. Maknanya umno tidak mahu jadi baik dan akar umbinya banyak yg tidak baik.

Jom sokong ismail yg bebas mahkamah. Jangan ikut presiden yg banyak kes mahkamah.

Anonymous said...

Mujahit bangga bila menang saman fitnah. Tapi fitnah mujahit jauh lebih besor.
Mujahit bersama parti yg menolak politik berasaskan syariah.
Parti mujahit bersekongkol dengan parti dapig menolak ruu355.
Parti mujahit bersekongkol dengan penyumbang rasuah dapig.
Parti mujahit sokong pesta arak anjuran dapig.
Parti mujahit bawa fahaman liberal.

Anonymous said...

Dapig nak bina casino terbesar di p pinang. Apa ikhtiar mujahit. Mujahit teruskan fitnah yg terbesar terhadap umat islam kat malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails