Sunday, September 11, 2022

PM umum 4 projek.. & Rakyat Palestin hargai PAS

 

Ismail Sabri di samping Ahmad Yakob di Kota Bharu, Kelantan pada 9 September 2022.

1. PM umum teruskan empat projek ECERDC

TUMPAT: Kerajaan mengumumkan persetujuan untuk  meneruskan empat projek di bawah negeri Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ECERDC.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat projek berkenaan meliputi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3),  pembinaan jambatan bersempadan Thailand di Kelantan,  melebarkan jalan projek Lebuhraya Kuantan-Segamat; dan Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Sungai Golok. 

Menurut beliau pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Gemuruh, Terengganu sehingga Pengkalan Kubor, Kelantan membabitkan laluan  sepanjang 147 kilometer (km).

“Pembinaan jambatan bersempadan Thailand di Kelantan pula ialah Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dan Jambatan Pengkalan Kubor-Takbai, manakala pelebaran jalan projek Lebuhraya Kuantan-Segamat membabitkan fasa 2  jajaran dari Runchang, ke Simpang 3 Keratong sejauh 51 kilometer,” ujarnya.

Katanya lagi, Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Sungai Golok bagi fasa dua juga sudah diluluskan dengan kos sebanyak RM897 juta.

“Kesemua empat projek ini diputuskan menerusi mesyuarat ECERDC di Kota Darulnaim hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa kira-ira 9 pagi disambut oleh Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 9/9/2022


2. Rakyat Palestin hargai PAS angkat isu Masjid Al-Aqsa 

Muslim Imran ditemui Harakahdaily pada pelancaran Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di sini, hari ini.

ALOR SETAR: Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Muslim Imran menyambut baik usaha PAS mengangkat isu pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Palestin sebagai agenda utama.

Katanya, sebagai mewakili rakyat Palestin beliau merasai sangat gembira apabila Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyentuh isu Palestin dalam ucapan di muktamar.

Kata beliau untuk mengadakan persidangan berhubung perkara itu perlu kepada platform untuk rakyat Palestin bagi membebaskan bumi Palestin.

“Alhamdulillah kita rasa gembira kecaknaan PAS terhadap rakyat Palestin dan insyaAllah kita mendoakan yang terbaik untuk PAS dan seluruh pemimpin serta ahlinya,” katanya ketika ditemui di muktamar hari ini.

Presiden PAS pada ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di Kompleks PAS Kedah mengangkat isu Palestin dan pembebasan Masjid al-Aqsa sebagai fokus gerak kerja di peringkat antarabangsa.

PAS mengetegahkan tiga tonggak utama membabitkan tumpuan isu dan kerjasama strategik serta pendidikan politik antarabangsa.

Parti itu juga akan menganjurkan persidangan Pakatan Global al-Quds dan Palestin yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Mengenai tindakan kerajaan Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas imam Masjidil Haram Sheikh Saleh Al Talib, Muslim menganggap sebagai sesuatu yang mengejutkan.

“Seorang ulama sepatutnya dihormati, ulama sepatutnya diletak bersama ummah dan bukan diletakkan di penjara. Ia satu perkara yang menyedihkan,” kata Muslim.

Pada Ogos 2018, penguasa Arab Saudi menahan Sheikh Saleh selepas didakwa mengkritik kerajaan Arab Saudi supaya bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di negara itu.

Sheikh Saleh melontarkan kecaman terhadap penganjuran konsert dan acara hiburan yang jauh menyimpang dari norma agama Islam dan budaya.

Kritikan tersebut dinyatakan beliau semasa menyampaikan khutbah Jumaat. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PM umum 4 projek..  Dan Rakyat Palestin hargai PAS. 

Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails