Friday, September 16, 2022

Air & Sungai: DAP tetap 'ketegaq'. tidak peduli rakyat..

 


1. Kelestarian air dan sungai: Konflik, komitmen dan sikap P Pinang

SEBELUM Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Prof. Dr. Ir. Nasehir E.M. Yahaya menasihati Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya memanfaatkan 30 lembangan sungai negeri, dah lama dah kami NGO ingatkan agar jaga sungai dalam negeri sendiri dulu.

Tapi apakan daya, pihak Kerajaan Negeri nampak lebih suka bermain politik mencari salah orang lain terutamanya negeri jiran. Amat luar biasa jika kita sendiri tidak memberi komitmen untuk sungai dalam negeri kita, namun kita memaksa dan menyalahkan negeri jiran kerana tak jaga sungai dalam sempadan mereka untuk kita.

Steven Covey cakap ‘Put first thing first’. Maka itulah nasihat-nasihat NGO selama ini dan terkini nasihat daripada NAHRIM untuk Pulau Pinang, seperti yang dilaporkan oleh Buletin Mutiara pada 5 September lalu.

Ketika mana Pulau Pinang cuba nak membetulkan negeri jiran mengenai juara sungai, tapi sungai dalam Pulau Pinang pun masih tercemar dengan air sisa penternakan khinzir yang masuk ke sawah. Inilah perkara yang berlaku di Sungai Kereh, Tasek Gelugor. Sekian lama nasib pesawah terjejas.

Ketika PBAPP sedang menjadi alat politik membetulkan soal pencemaran di hulu, mereka juga hari-hari sehingga kini selama berpuluh tahun lamanya melepaskan Alum Sludge iaitu sisa keladak loji rawatan air ke dalam sungai Merbau Kudong dan menyebabkan Sungai Prai Mati terkambus. 

Air Sungai Kereh dengan bekas sisa khinzir dan air Sungai Merbau Kudong dengan Alum Sludge sisa terjadual merbahaya, kedua-dua akhirnya mengalir masuk ke Sungai Prai. Apalah nasib nelayan sungai di Sungai Prai.

Saya difahamkan, Ketua Menteri mencadangkan Skim Bekalan Air Sungai Prai untuk menambah sumber bekalan air mentah untuk kegunaan rakyat?

Adakah air mentah yang akan diambil itu bercampur dengan pencemaran yang dinyatakan di atas menjadi satu tanda tanya?

Semalam Menteri Alam Sekitar dan Air dalam posting Facebook beliau menyatakan bahawa JAS telah menerbitkan Laporan Kualiti Alam Sekitar 2020 pada September 2021 dan merekodkan bahawa sembilan sungai mencatatkan Sungai Tercemar Kelas IV, antaranya Sungai Chempedak dan Sungai Jawi (Lembangan Sungai Jawi, Pulau Pinang), Sungai Punggur (Lembangan Sungai Duyong, Melaka) dan Sungai Buluh (Lembangan Sungai Kawasan Pasir Gudang, Johor). 

Maka hasil daripada Laporan ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa keutamaan perlu dibuat oleh Pulau Pinang bagi menjaga Lembangan Sungai Jawi.

Entah ke mana pergi Exco berportfolio Air, Zairil Khir Johari dan Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dalam melihat isu ini.

Satu perkara lagi, saya tak nampak sangat masyarakat Pulau Pinang bersungguh-sungguh bertanya khabar kepada kedua-dua Exco ini dan mempersoalkan tanggungjawab mereka apabila prestasi sungai di Pulau Pinang begitu mendukacitakan.

Rakyat Pulau Pinang ada yang terbawa-bawa untuk bergaduh dengan rakyat negeri jiran berkaitan isu polemik isu air tapi tidak serius mempersoalkan peranan wakil rakyat yang mereka sendiri pilih untuk menjaga kelestarian sungai dan air di negeri sendiri. 

Kehadiran NAHRIM diharapkan mengulang nasihat wakil NGO seperti saya amatlah baik untuk menurunkan ego bermain politik oleh sebahagian pihak.

Kita perlu menjaga apa yang berada dalam bidang kuasa dan lingkungan pengaruh terlebih dahulu sebelum kita nak mengharapkan negeri jiran beri komitmen untuk kelestarian air negeri kita. 

Buat malu kat orang saja, berkokok berderai-derai rupanya tahi penuh di badan sendiri. Buktikan kita betul-betul berusaha sehabis mungkin menjaga 30 lembangan sungai kita dahulu, barulah jiran kita boleh nampak ikhlas kita untuk projek Skim Pemindahan Air Sungai Perak.

Sebenarnya, negeri jiran meragui keikhlasan kita apabila kita meriah dengan keuntungan industri tetapi merosakkan sungai sendiri, namun memaksa jiran pula untuk menjaga sungai supaya kita dapat nikmati air freeatau murah daripada usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh jiran. 

Kita Pulau Pinang perlu banyak muhasabah silap kita, perbetulkan apa yang terkurang, buktikan keikhlasan menjaga lembangan sungai kita dan teruskan berunding dengan jiran secara berhemah dengan ada ‘give and take’, kelak insya-Allah rundingan untuk kelestarian air Pulau Pinang akan berjaya. 

Pertemuan NAHRIM 5 September 2022 berlaku satu proses pencerahan penting apabila akhirnya Ketua Menteri menyebut ;

“…. sungai-sungai ini boleh membekalkan 6,546 juta liter sehari (MLD) sedangkan jumlah air mentah yang kita perlu 1,400 MLD, maka ia melebihi apa yang kita perlu dalam keadaan kita ketika ini terlalu bergantung kepada (sumber air mentah) dari Sungai Muda… ” 

Semoga YAB Ketua Menteri dapat lakukan permulaan baru yang lebih baik demi kelestarian air dan sungai untuk Pulau Pinang. Kurangkan polemik, fokus pada penyelesaian. 

ZIKRULLAH ISMAIL
Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau (LEKAS) 
14 September 2022 – HARAKAHDAILY 14/9/2022



2. Petanda PRU15 kian hampir   
SEMAKIN galak nampaknya pemimpin DAP melancarkan serangan terhadap PAS. Baru-baru ini ADUN DAP buat laporan SPRM berkenaan dakwaan kononnya PAS terima rasuah RM90 juta wang 1MDB.

Kelakar juga DAP ini, sudah ketinggalan kereta api agaknya. Dulu sewaktu PH berkuasa, mereka buat apa? Kerajaan PH gagal siasat dan jumpa bukti untuk mendakwa pemimpin PAS terima wang rasuah 1MDB?

DAP terlupa agaknya bahawa pada 24 Februari 2019, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri telah mengesahkan tiada kemasukan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM90 juta ke dalam akaun PAS.

Ketua Pesuruhjaya SPRM pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, hasil siasatan yang dijalankan agensi itu tidak menjumpai apa-apa transaksi yang membuktikan dakwaan tersebut.

Jadi, atas sebab apa DAP mahu memainkan semula cereka fitnah lama ini? Setiap kali nak PRU, modal cereka PAS dapat wang rasuah 1MDB akan dicanang oleh Pakatan Harapan khususnya DAP dan anak didik kesayangannya PAN.

Adakah Lim Guan Eng terlupa yang dia sendiri sedang dibicarakan atas pertuduhan kes terima dan meminta rasuah?

DAP jangan ingat kami rakyat awam tidak membaca berita pendedahan saksi dalam perbicaraan kes tersebut yang menyatakan Lim Guan Eng tersenyum dan gembira apabila menerima dua sampul masing-masing mengandungi wang tunai RM100,000, bertujuan rasuah daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Pemimpin ulung DAP kesayangan PAN ini sedang berdepan dengan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan.

Dia juga didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Jadi, sebaiknya pemimpin DAP dan juak-juaknya cermin diri dahulu kalau hendak bercakap hal rasuah nanti jadi bak kata pepatah, ‘bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi’.

Bagai langit dengan bumi hendak dibanding kehidupan gaya hidup mewah pemimpin DAP dengan Tuan Guru Presiden PAS.

Esok kita akan jawab pula berkenaan dakwaan Lim Guan Eng bahawa 3 Menteri PAS antara Menteri yang paling tidak cekap.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 14/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesimpulannya,  air dan sungai: DAP tetap 'ketegaq'. tidak peduli rakyat..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails