Sunday, September 11, 2022

Tahniah Johor! Tajam, kenapa pemain tak pandai cakap Johor?

 

Tangkap layar kenyataan Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang disiarkan pada akaun Facebook miliknya hari ini. - Sumber FB

SUKAN

"...sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor"

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Namun ucapan tahniah yang diberikan Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu dianggap 'tajam' kerana dilihat seakan menyindir skuad Harimau Selatan yang diperkasa dengan ramai pemain naturalisasi dalam kesebelasan utamanya.

"Tahniah JDT menang Piala FA semalam..sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor," kata Sanusi menerusi akaun Facebooknya, hari ini. 

Suasana ceria para pemain JDT menjulang Piala FA selepas tamat perlawanan Final Piala FA, JDT menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Hantaran itu bagaimanapun menyebabkan Sanusi 'diserang' pelayar Internet, namun ada juga yang mengambil kesempatan 'menangguk di air yang keruh' dengan turut sama menyindir juara Liga Super lapan kali itu.

Terdahulu, Sanusi mendapat 'hadiah' istimewa apabila penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Fernando Forestieri mendedikasikan kejayaan menjulang Piala FA kepada dirinya.

Menerusi hantaran pada akaun Instagramnya, bekas penyerang Udinese itu turut mengucapkan terima kasih kepada Sanusi atas 'sokongan' yang diberikan sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya menjulang Piala FA buat kali kedua.

"Ini untuk sahabat, Muhammad Sanusi Md Nor. Terima kasih atas sokongan ada. Nikmati piala ini," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial klip video berdurasi 21 saat memaparkan Muhammad Sanusi menggayakan jersi TFC dalam satu majlis menjelang aksi final Piala FA.

Klip video itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen namun Sanusi menyatakan sokongan diberikan itu adalah kerana isterinya berasal dari negeri Pantai Timur itu. 

Komen Weblog Ibnu HayimTahniah Johor! Tajam, kenapa pemain tak pandai cakap Johor?

Apakah tidak salah apabila wang rakyat digunakan untuk membeli 'pemain upahan' yang bukan pemain rakyat tempatan?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails