Saturday, September 17, 2022

Amang sekksual, siasat bapa artis.. & kembalilah!

 


1. Bapa pelakon remaja disiasat kes amang seksual, cabul

KUALA LUMPUR: Bapa kandung kepada pelakon remaja perempuan yang ditahan minggu lalu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara hari ini, untuk siasatan berhubung kes amang seksual dan cabul.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata lelaki berusia 43 tahun itu diserahkan IPD Shah Alam kepada IPD Klang Utara bagi membantu siasatan kes terhadap mangsa berusia 15 tahun itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377A/354 Kanun Keseksaan bagi kesalahan amang seksual dan cabul.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, esok," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata reman terhadap bapa pelakon remaja berhubung kes pukul yang disiasat pihaknya tamat hari ini.

"Kita serahkan suspek kepada IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi. 

Pada 12 September lalu, media melaporkan bapa pelakon remaja berkenaan dirujuk ke IPD Shah Alam susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa dipukul menggunakan penyangkut baju pada 2014.

Mohd Iqbal dilaporkan berkata, mangsa membuat laporan itu pada 8 September lalu.

Sebelum ini, suspek ditahan di kediamannya di Kedah pada 6 September lalu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap anaknya, selain polis turut merampas telefon bimbitnya dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual di laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk.

BERITA BERKAITAN


2. Harakah mampu muncul media arus perdana 

KOTA BHARU: Seorang pegawai kanan kerajaan menyarankan imej akhbar Harakah perlu digilap kembali untuk muncul sebagai media arus perdana suatu masa nanti.

Beliau berkata, pihak pengurusan Harakah perlu membuat kajian untuk menyajikan informasi yang betul dan maklumat tepat. 

Beliau turut mencadangkan kepada pihak pengurusan Harakah supaya mewujudkan kiosk di setiap negeri bagi memudahkan orang ramai mendapatkan Harakah yang beredar di pasaran.

“Pada pandangan saya, Harakah menjadi media yang boleh memberikan input lebih baik dan maklumat yang betul kepada rakyat.

“Biar rakyat tahu apa yang kerajaan buat sebenarnya serta mengurangkan isu politik supaya tidak banyak sangat seperti sekarang,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya juga Harakah boleh menjadi akhbar alternatif bagi menyalur maklumat semasa kepada rakyat memandangkan maklumat yang tular di media sosial sekarang banyak yang meragukan.

Bagaimanapun beliau berkata, kebanyakan berita yang tular di media memberi imej negatif terhadap kerajaan negeri dan ia perlu dijawab segera Harakah.

“Tiada lain kita kena pastikan berita yang dihasilkan itu benar-benar menarik kerana hal ini yang menarik perhatian rakyat.

“Ini kerana mereka suka melihat benda tular berbanding media konvensional, jadi kalau kita lebih cepat nak counter kena ada maklumat jelas,” katanya yang enggan dikenali.

Manakala adik kepada pemimpin Umno dari Johor pula menyarankan Harakah ditambah baik untuk memastikan kandungan berita dan rencana menarik perhatian pembaca.

Beliau berkata, setiap laporan yang dihasilkan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam etika kewartawanan.

Menurutnya dengan kesungguhan tersebut beliau yakin Harakah mampu menjadikan akhbar yang berintegriti.

“Apa yang penting kena buat berita berdasarkan fakta jangan banyak spin off, bila sekali spin orang tidak percaya lagi.

“Saya percaya untuk mendapat kepercayaan masyarakat perlu memakan masa yang panjang, jadi elakkan berita sensasi dan berunsur politik yang banyak,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kembalilah kepada 'cara hidup Islam' sebenarnya, sebagai panduan hidup bahagia di dunia dan akhirat.. Tolaklah cara hidup mungkar termasuk politiknya yang tidak Islamik dan maksiat.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails