Tuesday, September 27, 2022

PH gabungan anti-Islam.. & non Muslim ikrar benteng pertahan.


Kartun ini hanya gurau-gurau aja, takde kena-mengena dengan se siapa.. dan bukan pendapat editor.

1. PH adalah gabungan politik anti-Islam

HAKIKAT 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah membuktikan Malaysia akan lebih sejahtera tanpa PH. 

Rakyat dapat melihat dalam tempoh tersebut bagaimana PH sebenarnya adalah sebuah gabungan politik yang anti Islam, tidak berwibawa dan tidak berintegriti.

Pelbagai tindakan yang mencabar kedaulatan Islam dilakukan oleh Kerajaan PH ketika itu yang didominasi oleh DAP seperti usaha ratifikasi ICERD dan perjanjian Statut ROM. 

Di Teluk Intan, rakyat tidak lupa kepada siri-siri penghinaan oleh Ahli Parlimen, Ngar Kor Ming terhadap Islam seperti penghinaan amalan memberi duit raya ketika sambutan Aidilfitri dan sindiran kepada pemakaian purdah oleh orang Islam.

Pemimpin DAP juga terpalit dengan tindakan biadab lain seperti melabelkan Dr Zakir Naik, pendakwah Islam sebagai ‘setan’, menghina hukum hudud, mempersoalkan kewujudan JAKIM dan pelbagai kenyataan yang menghina institusi raja-raja di Malaysia. 

Lebih biadab pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham juga pernah menyatakan pendirian agar orang Islam di Malaysia dibenarkan untuk murtad atau bertukar agama.

Dalam konteks integriti dan wibawa memimpin, pemimpin PH hanya memerlukan masa singkat 22 bulan untuk terpalit dengan pelbagai kes rasuah serta salah guna kuasa. 

Kebebasan sistem kehakiman juga diganggu-gugat oleh pemimpin PH apabila banyak kes-kes melibatkan pemimpin PH digugurkan di mahkamah walhal jalan sepatutnya diambil adalah membersihkan diri dari tuduhan melalui mahkamah. 

Paling besar skandal yang melibatkan Lim Guan Eng dalam projek Terowong Dasar Laut.

Di era 22 bulan PH juga, pengiktirafan mula diberikan secara tidak langsung kepada golongan LGBT dan Komunis di Malaysia. 

Ia merupakan tindakan yang merungkai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat Malaysia selain penghinaan langsung kepada para pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus membebaskan negara daripada penjajah termasuklah daripada Komunis.

Semua itu berlaku dalam tempoh singkat 22 bulan. 

Bayangkan kerosakan besar yang akan berlaku sekiranya diberi masa 5 tahun kepada PH memerintah.

Justeru, PAS Kawasan Teluk Intan menyeru rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk sama-sama menolak PH demi membina sebuah negara Malaysia yang sejahtera.

HAJI AZHAR RAFIEI
Yang Dipertua
PAS Kawasan Teluk Intan – HARAKAHDAILY 27/9/2022


2. Bukan-Muslim ikrar tekad jadi benteng pertahan Kelantan 

ADA yang mengatakan individu dalam video ini telah dibayar oleh PAS untuk memuji atau mengatakan perkara yang baik mengenai negeri Kelantan.

Untuk makluman, individu dalam video ini namanya Adrian Charles. Beliau seorang kaunselor di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

Beliau berasal dari Melaka dan beliau juga bukanlah ahli PAS termasuklah Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Sebelum ini, telah diadakan program Kelantan Merdeka Tour 2022 di negeri ini sebagai satu usaha memperkenalkan negeri Kelantan kepada rakan-rakan daripada pelbagai bangsa dan persatuan mengenai keharmonian kaum serta mengadakan perbincangan yang bersifat telus untuk memberi pencerahan mengenai situasi sebenar di negeri Kelantan.

Malah, boleh dikatakan hampir kesemua peserta program yang terlibat dalam program ini pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Kelantan Darul Naim.

Pada malam itu, pertemuan telah diaturkan antara kami dengan 15 orang pemimpin utama daripada Dewan Perniagaan Cina Kelantan untuk beramah mesra dan mengadakan perbincangan santai antara satu sama lain.

Rata-rata individu yang mewakili Dewan Perniagaan Cina Kelantan merupakan usahawan berjaya yang terdiri daripada kontraktor, pemilik kedai elektrik dan elektronik, pemilik perniagaan makanan dan pemilik hotel.

Bahkan, mereka turut berkongsi mengenai suasana keharmonian kaum di Kelantan dan juga tiada sebarang diskriminasi atau penindasan terhadap kaum dibuat serta hidup aman damai.

Berbalik kepada video yang tular. Tujuan asal video ini dirakam adalah untuk bertanya pendapat ikhlas beliau mengenai Kelantan setelah dua hari berada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Justeru, apabila pencerahan, penerangan dan perbincangan telah diberikan, segala persoalan yang belum tersingkap akhirnya terlerai melalui diskusi melibatkan kedua-dua belah pihak.

Lantas, beliau dengan rela hati memberikan komentar dan pendapat yang ikhlas tanpa sebarang paksaan.

Maka, di situlah terbit ungkapan daripada saudara Adrian mengenai beliau sanggup menjadi benteng untuk mempertahankan negeri Kelantan sekiranya ada pihak yang memburuk-burukkan negeri Kelantan di media sosial.

Saya berada di belakang beliau pada waktu itu ketika kami baru sahaja selesai program makan malam tersebut.

Jadi, kepada mana-mana pihak yang mengatakan beliau dibayar atau pun mengeluarkan tohmahan serta fitnah kepada beliau dan PAS, nasihat saya hentikanlah.

Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkati bumi Malaysia yang tercinta.

Yang Merindui Bumi Kelantan

AIMAN DANIAL JASMI
Kota Bharu, Kelantan – HARAKAHDAILY 27/9/2022

Rujukan:

https://vt.tiktok.com/ZSRQAjF1K/ 


Komen Weblog Ibnu HasyimPH adalah gabungan anti-Islam.. & non Muslim ikrar jadi benteng pertahan. Semoga ranap PH.

Insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa UMNO PAS PKR Bersatu tiada CEC seperti DAP..!?

Mana mana yang mengaku pengikut Islam tentunya al-Quran dan Hadis menjadi panduan. Sirah menceritakan bahawa Rasulullah pernah ditawarkan menjadi ketua Makkah, menjadi orang yang paling kaya atau paling mulia.

Syaratnya hanya satu… Tinggalkan atau lunakkan prinsip dakwah dan perjuangan yang dipegang seperti sekarang ini lunakkan dengan COMANGO, Pluralisma Murtad, SIS, Liberalisme, LGBT dan Syiah.

Rasulullah menolak semua tawaran orang musyrikin dengan penegasan bahawa andai bulan dan matahari yang menjadi cagaran pun akan ditolak.

Ini menghairankan Musyrikin Makkah. Sebagaimana ‘peningnya’ Musyrikin Makkah terhadap perjuangan Rasulullah, begitulah ‘peningnya’ orang yang keliru mengenai prinsip seseorang yang perjuangan Islam pegangan nya.

Selepas perwakilan DAP mengundi calon calon yang layak mengisi jawatan tertinggi dalam Parti DAP maka nampak lah kononnya betapa demokratik nya parti DAP.

Tetapi bila CEC ditubuhkan maka legasi Lim Gian Enggak dan Lim Kit Siang akan menentukan siapa kroni yang betul betul dipercayai oleh legasi ini. Pasal itu lah Legasi Lim Kit Siang bertahan sampai hari ini.

Amalan kuku besi yang diamalkan dalam DAP lambat laun akan merosakkan parti itu, kata penganalisis politik, Dr Baharuddin Aziz.

Cara pentadbiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bersifat kuku besi dan mengongkong ahli serta pemimpin muda dalam parti itu.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan bila ada ahli dan cawangan DAP ada yang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Bayangkan mana letak nya suara pemimpin Melayu dalam Parti DAP. Semua suada pemimpin Melayu DAP boleh masuk plastik sampah dan humban dlm tong taik..!!

CEC ini lah suara dan arahan ke'dick'tatoran Lim Kit Siang seorang. CEC ini lah kuku besi dan diktator Lim Kit Siang.

Anonymous said...

Tun Mahathir masih seriau dan masih meneruskan misi pembunuhan karakter ‘Bossku’ walaupun Najib berada dalam tahanan. Tun Sukar Lenyapkan Aura ‘Bossku

Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran. Character assassination’ perlu memahami isu kod ‘merpati’ yang ketika ini sedang dimainkan oleh pembangkang.

Bailout kedai roti The Loft ratus ribu tokey Cina Ekovest dapat Projek Bandar Malaysia 3 billion.... bila jadi barua Lee Kwan Yew bukan Pulau Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew semua tergadai.

https://kluangmanexpress.blogspot.com/2022/09/kenapa-perlu-undi-gta-pilihanraya-ogos.html?m=1

Ekonomi merudum selepas Mahathir jadi PM ketujuh.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa ekonomi negara mula merudum selepas beliau kembali menjadi Perdana Menteri pada 2018.

Selepas setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi lebih rendah yang mana banyak perniagaan ditutup sehingga menyebabkan ramai hilang pekerjaan.

Menurut beliau, dana-dana seperti Petronas, Khazanah Nasional dan Lembaga Tabung Haji menyusut dengan indeks Bursa Malaysia pernah jatuh 300 mata ke bawah 1,600 manakala negara kembali bergantung terhadap rizab petroleum.

Barua Lee Kwan Yew bukan Pulau Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew akidah digadai pluralisma murtad, syiah COMANGO dan LGBT

Aura “Bossku” masih kuat, rakyat masih menghargai sumbangan Najib dan orang ramai mulai mengetahui kebenarannya.

“Mereka meramalkan pemenjaraan Najib Razak akan menamatkan aura ‘Bossku’ sekali gus melemahkan BN, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya di Facebook.

“BN terus mara. Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran.

“Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU15 akan datang.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails