Friday, September 30, 2022

Lagi kes LG Eng. K'jaan & rasuah X dapat dipisahkan?

 



1. Kes LGE: Saksi diarah kemuka salinan WhatsApp ahli perniagaan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Seksyen hari ini mengarahkan saksi pendakwaan kelapan dalam kes rasuah Lim Guan Eng, untuk mengemukakan salinan digital perbualan WhatsApp antara dua ahli perniagaan yang dikaitkan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Mahkamah mengeluarkan arahan tersebut, selepas peguam Gobind Sing Deo yang mewakili Lim memaklumkan kepada Hakim Azura Alwi, bahawa mesej antara Pengarah Consortium Zenith Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan G. Gnanaraja, telah dikemukakan dalam perbicaraan berasingan di Shah Alam yang melibatkan Gnanaraja.

Hakim Azura juga mengarahkan saksi kelapan, Pegawai Penyiasat Jabatan Forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, untuk menyediakan butiran pegawai SPRM yang telah menyediakan laporan forensik pengekstrakan telefon Ahmad Zarul, yang telah dikemukakan pada perbicaraan di Shah Alam.

Untuk rekod, Gnanaraja merupakan seorang saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan Lim. Gnanaraja telah minta dibicarakan di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 3 April 2019 atas tiga kesalahan menipu Zarul Ahmad berjumlah RM19 juta.

Beliau didakwa telah memperdayakan Zarul Ahmad untuk mempercayainya yang beliau boleh membantunya menutup siasatan SPRM terhadapnya.

Terdahulu Wan Mohd Firdaus bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa terdapat tiga laporan forensik dikeluarkan, daripada pengekstrakan telefon yang sama.

Beliau menjelaskan bahawa laporan itu telah disediakan oleh seorang lagi pegawai daripada jabatan yang sama untuk kes perbicaraan di Shah Alam.

Ketika disoal Gobind, Wan Mohd Firdaus memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mengekstrak maklumat berdasarkan kepada tarikh tertentu.

Gobind: Kamu hanya ekstrak maklumat berdasarkan tarikh-tarikh tertentu? Kamu tidak lihat keseluruhan salinan?.

Wan Mohd Firdaus: Betul.

Gobind: Adakah anda diperlukan untuk melihat keseluruhan salinan?

 Wan Mohd Firdaus: Tidak. Kami perlu cari yang khusus.

Lim, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Lim yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbicaraan bersambung 19 Okt. – BERNAMA

Imbas kembali.. 

SEMOGA BANYAK LAGI KES-KES DI ZAMAN PH YANG DITARIK BALIK, DITUTUP AKAN DIBONGKARKAN – ASYRAF WAJDI  by Zulaika Yusuf August 6, 2020 in LaporanUtama

Dalam siaran terkini di laman Facebook beliau mengenai penahanan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mencadangkan agar pelbagai kes-kes di bawah kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang banyak ditarik balik dan ditutup, kini dapat dibongkarkan kembali.

Ketua Pemuda UMNO tersebut juga menyambut baik penahanan Guan Eng oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang akan didakwa keesokan harinya pada jam 9 pagi di Mahkamah Khas Rasuah di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 16(a) A Akta SPRM 2009.

Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semoga bukan sahaja kes terowong, malah kes pembelian banglo di bawah harga pasaran di mana mahkamah telah memutuskan Guan Eng ‘dilepas dan dibebaskan’ dapat dicari jalan untuk diteruskan.

Selain itu banyak keputusan di bawah Kementerian Kewangan yang diterajuinya dengan penuh kontroversi selama 22 bulan bersama Tony Pua juga dapat dibongkar, disiasat dan didakwa kelak.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, maka jangan dilepaskan mereka yang telah merosakkan negara ini. 

Dalam siaran terkini di laman Facebook beliau mengenai penahanan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mencadangkan agar pelbagai kes-kes di bawah kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang banyak ditarik balik dan ditutup, kini dapat dibongkarkan kembali.

Ketua Pemuda UMNO tersebut juga menyambut baik penahanan Guan Eng oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang akan didakwa keesokan harinya pada jam 9 pagi di Mahkamah Khas Rasuah di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 16(a) A Akta SPRM 2009.

Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semoga bukan sahaja kes terowong, malah kes pembelian banglo di bawah harga pasaran di mana mahkamah telah memutuskan Guan Eng ‘dilepas dan dibebaskan’ dapat dicari jalan untuk diteruskan.

Selain itu banyak keputusan di bawah Kementerian Kewangan yang diterajuinya dengan penuh kontroversi selama 22 bulan bersama Tony Pua juga dapat dibongkar, disiasat dan didakwa kelak.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, maka jangan dilepaskan mereka yang telah merosakkan negara ini.


2. Kerajaan dan rasuah tidak dapat dipisahkan? 

KUALA LUMPUR: Skeptikal bahawa rasuah merupakan elemen yang lazim bagi sesebuah kerajaan adalah pemikiran wajib diubah daripada minda kepada membebaskan pemerintahan daripada unsur jijik itu.

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin menegaskan, anggapan bahawa kewujudan kerajaan tidak terpisah daripada rasuah adalah pemikiran terkebelakang, sedangkan untuk maju rasuah mesti dihapuskan. 

Menurut beliau, PAS telah membuktikan menerusi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah dipimpin parti itu lebih 30 tahun tanpa terbabit dengan sebarang salah laku atau kes rasuah. 

“Begitu juga dengan Terengganu yang sekarang ini kita (PAS) dah memimpin dekat lima tahun. Dan kita mendapat saban tahun duit royalti lebih daripada RM1 bilion. Tidak timbul isu rasuah di negeri Terengganu di bawah kerajaan pimpinan PAS.  

“Begitu juga di Kedah dengan pelaburan yang banyak, yang tertinggi. Negeri yang mendapat pelaburan tertinggi di kalangan negeri-negeri lain dalam negara ini tidak ada timbul isu rasuah. 

“Jadi asas kepada maklum balas daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memberitahu tiga Kerajaan PAS dan tiga Menteri-menteri Kabinet PAS termasuk lima Timbalan-timbalan Menterinya tidak ada terpaut, terkait dengan kes rasuah.  

“Jadi ini yang PAS cuba walk the talk, kita membawa perjuangan akidah Islam, pertimbangan dosa dan pahala dan ini yang menjadikan kita tidak terbabit dengan perkara ini,” hujahnya. 

Beliau menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan pemanggil semasa berwawancara secara siaran langsung dalam rancangan Bual Bicara di Bernama TV bersama hos, Sherkawi Jirim di stesen media tersebut, di sini baru-baru ini. 

Dalam soalan lain yang dikemukakan, beliau menyangkal bahawa hanya Pakatan Harapan (PH) membarisi ramai pemimpin anak muda, sebaliknya kemuka Khairil, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) juga ramai anak muda. 

Menurutnya, pemimpin muda ini perlu diketengahkan dan ditunjukkan kredibiliti mereka dalam memimpin negara atau pemikiran mereka dalam ruang-ruang yang banyak boleh ditampilkan. 

“Jadi saya tidak nampak kita ada kekurangan kepimpinan leadership sebegitu di dalam PN mahupun BN. Apa yang ada pada rakan-rakan di PKR ataupun di PH, itu kekuatan mereka, dan kita perlu menghadapinya. 

“Dan kalau kita nak menang, kita perlu juga menyediakan kepimpinan-kepimpinan sedemikian. Saya boleh angkat nama Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang perbahasan beliau di dalam Dewan Parlimen cukup tuntas, cukup komprehensif.  

“Ya contoh pemimpin-pemimpin muda kami yang terkedepankan, kami kedepankan di dalam PAS. Jadi kalau mereka ada tokoh mereka, kita juga ada tokoh kita. Sekarang ini bagaimana kita nak memasarkan mereka dan juga pemikiran mereka.  

“Ataupun cara mereka melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat, ini game changer kepada sokongan anak muda,” ujar beliau yang juga seorang jurutera teknologis profesional. 

Tambah beliau, Muktamar Tahunan PAS membuktikan apabila kuota calon anak muda menjadi butiran Ucapan Dasar Presiden dan perbahasan perwakilan untuk pemilihan golongan tersebut sebagai calon dan dipasarkan kepada rakyat. 

“Jadi pada kami untuk meletakkan anak muda yang mempunyai capability, yang mempunyai pengalaman di dalam PAS ni perkara yang mudah. Insya-Allah,” optimis beliau. – HARAKAHDAILY 26/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi kes rasuah LG Eng. Apa benarkah Kerajaan dan rasuah tidak dapat dipisahkan? Tidak, bagi kerajaan yang berteraskan Islam. Contohnya, Kelantan 'sifar' rasuah. Pulau Pinang, boleh begitu? 

Lihat ini.. Pekung busuk G/Eng PP, mula berbau. 312+147 dari S...


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Bila kapalanya kuat makan rasuah, org bawahan apa lagi. Ketua menteri makan rasuah, gerabak ikut sama.

SPRM berjaya bongkar banyak kes rasuah kat pulau pinang.

Sembang kencang. Abam x dapat beza akhlaq tghh dgn eng guan. Pilih eng guan sebab aqal kabur. Konon pas x pandai pilih rakan politik. Abam pilih rakan politik yg punggungnya bergelumang najis.

Sapa tu? Siapa lagi kalau bukan eng guan.

Ingat lagi langkah port dickson. Abam singkir penyandang port dickson. Supaya abam boleh bertanding di situ. Korang pikirlah, baguskah akhlaq seperti itu. Patutlah ada langkah sheraton.

Sekarang ada projek ayuh malaysia. Kalau menang, ahli parlimen ramai non muslim banding muslim. Nilai ibadah merosot kalau ikut cara mat jambu. Gabung pulak dgn mat womenizer. Lagi rosak.

Anonymous said...

Klau pun lim salah..... berapa kerat cina miskin.h

Tapi RAMAI Pemimpin Melayu kaya raya ..... Melayu lain harap kwsp, mendadah, merempit dan merempat.

Jgn jadi x cerdik sokong penyamun dan geng Islam extreme

Pilih PH pru nanti

Anonymous said...

Bab ni kena tanya atok kerala. Atok kerala pulun selagi boleh. Dia masuk blok pee hancing. Liberal. Pee hancing mana nak bongkar kes atok. Nanti banyak sangkut menyangkut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails