Wednesday, September 28, 2022

Kes gaduh di pusat hiburan. Kaji balik konsep hiburan, atau...

 

Gambar atas: Tan Cheng San, Pulau Pinang. 
Bawah: Tangkap layar kejadian pergaduhan di sebuah pusat hiburan Jumaat lalu, Jalan Tun Razak KL. - Foto pembaca

1. Polis tahan 9 lelaki kes gaduh di pusat hiburan.
Oleh WARTAWAN SATU BERITA September 27, 2022

POLIS Pulau Pinang menahan seramai sembilan lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah kawasan pusat hiburan di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pada pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.43 pagi itu, beberapa lelaki turut cedera akibat dipukul menggunakan objek tajam.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu disebabkan perselisihan faham yang mengheret kepada kejadian pukul.

“Mereka yang mengalami kecederaan turut dirawat di Hospital Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Cheng San, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan antara 17 hingga 32 tahun itu kini direman selama empat hari.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

“Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – SB

2. Gaduh di pusat hiburan Jalan Tun Razak, tiga lelaki ditahan. 
Oleh Afiq Mohd. Shah September 25, 2022 
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki teruk dipukul dalam kes pergaduhan di kawasan pusat hiburan Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.

POLIS menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki warganegara Australia cedera parah di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menerima laporan kes pergaduhan itu pada jam 4.54 pagi.

Menurut Ashari, ketiga-tiga suspek lingkungan umur 20 hingga 30 tahun juga ditahan reman empat hari hingga Selasa ini.

Ashari memaklumkan, siasatan awal mendapati pergaduhan di Jalan Tun Razak itu melibatkan sekumpulan lima hingga enam orang lelaki tempatan serta warga asing manakala mangsa merupakan lelaki warganegara Australia.

“Mangsa telah dipukul secara beramai-ramai dan salah seorang daripada suspek telah menggunakan objek dipercayai senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa di bahagian belakang leher, badan dan telapak tangan.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil serta masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ashari berkata, polis masih meneruskan siasatan dalam usaha mengesan suspek lain yang masih bebas.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Polis memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian itu untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya. (UtusanTV)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 2 Contoh di atas, gaduh di pusat hiburan adalah contoh pusat hiburan di negara ini menjadi pusat maksiat akbar. Jadi tempat minum arak, judi, lahirnya perkumpulan jahat, ganas, lacur, ekstrim, gaul bebas, LGBT atau berabdi hamba syaitan.

Konsep hiburan sebenarnya sudah tiada. Perlu dikaji balik dan dibetulkan segera, nasi sudah jadi bubur. Atau terus diharamkan.

Atau juga di'patuh syariat'kan.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Mat jambu x seimbang. Pasai ajib mat jambu bersungguh sungguh. Tapi pasai atok dan eng guan, mat jambu langsong x sentuh. Apakah atok kerala dan eng guan xda kes.

Jadi kalau belum ada kuasa pun dah jelas x seimbang. Bila dapat kuasa lagi x seimbang. Tapi bila bicara macam menyeluruh.

Ingat. Belum ada kuasa pun dah pilih pilih. Nanti bila dapat kuasa pun pilih pilih. Jangan lupa pasai cukai yg menguntungkan peniaga dapig. Hapus gst pasai apa?

Jangan lupa untuk x sokong pee hancing. Jangan ikut nafsu abam dan mat sabun. Nanti kecewa kemudian hari. Jangan terpengaruh dengan susun atur bicara abam. Petah bicara tapi menjurus sesat aqidah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails