Friday, September 30, 2022

Datuk Bandar ditahan SPRM. Perlu bebas -Azam Baki

 


1. Datuk Bandar ditahan SPRM bantu siasatan projek tebatan banjir di Selangor

KUALA LUMPUR: Seorang Datuk Bandar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor. 

Sumber yang mengesahkan tangkapan itu, berkata lelaki berusia lingkungan 50 tahun terbabit ditahan dalam usaha agensi itu melengkapkan siasatan terhadap penyelewengan berkenaan.

"Beliau ditahan semalam. Selepas keterangannya diambil, beliau dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.

"Datuk Bandar itu dibebaskan sementara siasatan lanjut dijalankan SPRM," katanya.

Awal minggu ini, media melaporkan tiga kakitangan sebuah majlis bandaraya di negeri itu ditahan SPRM, dalam siasatan mereka terhadap penyelewengan tender projek tebatan banjir.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pegawai Gred G44, G29 dan J29 daripada jabatan landskap dan perbekalan bandaraya terbabit.

Tangkapan Datuk Bandar itu, menjadikan setakat ini seramai lapan pegawai PBT di Selangor dan seorang kontraktor ditahan SPRM.

BH sebelum ini turut melaporkan SPRM mengesan kewujudan kartel disyaki memonopoli tender projek yang dilaksanakan PBT negeri itu.

Difahamkan, kartel itu turut membabitkan pengurusan tertinggi PBT berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyerahkan tender secara runding terus kepada syarikat tertentu.

Kesan kehadiran kartel terbabit, menyebabkan hanya pihak tertentu yang dipercayai rapat dengan mereka, dilantik sebagai kontraktor pelaksana, sekali gus mengakibatkan ada projek yang diberikan itu tidak dilaksanakan seperti dikehendaki.

Selain itu, SPRM mengesan kira-kira 68 syarikat kontraktor berada dalam senarai yang disediakan oleh jurutera yang ditahan untuk ditawarkan tender projek PBT. (BH)


2. SPRM perlu kekal bebas tekanan politik - Azam Baki 

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki (empat kiri) bergambar kenangan bersama media selepas hadir program 'Cakna Rasuah' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama media zon utara di Vouk Hotel Suites, Pulau Pinang di sini. - Foto MIKAIL ONG

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berperanan sebagai institusi bebas meskipun tidak diletakkan di bawah Parlimen seperti diusulkan beberapa pihak sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berpandangan cadangan sedemikian dikhuatiri akan menyebabkan SPRM terikat atau terpaksa mengikut arahan ditetapkan oleh ahli politik.

"Kalau SPRM berada di bawah Parlimen saya menjangkakan akan berlaku kemungkinan terpaksa mengikut arahan prosedur tertentu yang ditetapkan oleh orang politik sedangkan ada pihak (menyatakan) kita perlulah bebas daripada tekanan politik.

"Saya sebelum ini juga pernah mendapat kiriman mesej daripada seorang menteri kanan yang bertanya adakah SPRM sedang menyiasat beliau. Saya cuma balas 'Ya, terima kasih', setakat itu sahaja."Dalam siasatan kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) misalnya, ramai individu berprofil tinggi dinamakan, adakah saya perlu tanya mereka terlebih dahulu sebelum membuka kertas siasatan? Kita tidak pernah tanya dan ini menunjukkan kebebasan kita," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog Program Cakna Rasuah SPRM Bersama Media Zon Utara di sini, hari ini.

Azam berkata, sudah terdapat negara meletakkan agensi pencegahan rasuah mereka di bawah Parlimen dan beliau mendapati badan berkenaan perlu mendapat kebenaran sebelum memulakan sesuatu siasatan.

"Saya tidak mahu menamakan mana-mana negara yang letakkan (badan pencegahan rasuah) di bawah Parlimen atau Senat, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Parlimen sebelum memulakan sesuatu siasatan," katanya.

Beliau menegaskan bahawa SPRM adalah insitusi yang telus dengan enam badan bebas memantaunya termasuk membabitkan jawatankuasa pada peringkat Parlimen untuk memastikan proses semak dan imbang berlaku.

"Bagaimanapun, kami tetap terbuka jika penggubal undang-undang mahu membuat perubahan di Parlimen (jika ia membabitkan kedudukan SPRM)," katanya.

Azam berkata, SPRM turut boleh dilihat sebagai bebas meskipun tidak diletakkan di bawah Parlimen jika cadangan yang digariskan menerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata, ini termasuk memastikan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dilantik secara sewenang-wenangnya sebaliknya menerusi perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apakah SPRM  sekarang sudah kekal bebas dari tekanan politik?

Undilah PAS Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015an rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Selangor tu siapa yg perintah?
Kelantan siapa yg perintah?
Kenapa kat selangor sprm bekerja?
Kenapa kat kelantan sprm tidak bekerja?
Kat selangor kencang sembang parti pemerintah pasai perangi rasuah.
Tapi banyak kes rasuah.
Kat kelantan steady jer.
Tapi bersih dan bebas rasuah.
Jangan percaya pada ayat ayat kencang, tapi tabiat kotor.
Jom sokong parti yg buat kerja yg jaga amanah.

Anonymous said...

Jangan lupa pulau pinang.
Sprm kerja keras kat negeri yg ketua menteri sembang kencang.
Kuat hipokrat juga rupanya.
Kalau macam ni tiada jaminan ekonomi akan pulih.
Potensinya makin merudum ekonomi.
Ingat e wallet rm 30 setahun.
Sembang ekonomi kencang.
Cerdiknya kurang.

Anonymous said...

SPRM bongkar kartel monopoli projek MBSA. Datuk Bandar ditahan SPRM bantu siasatan projek tebatan banjir di Selangor

Selangor dan Pulau Pinang paling teruk amalan ini sekarang. Wilayah Putra jaya cuba cubalah lihat dan bertandang kartel dah berakar umbi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan. sebuah kartel dengan tangkapan terbaharu melibatkan pegawai kanan MBSA.

Kartel ni dah lama ujud... ada connection dalaman... ada yang tak nak naik pangkat takut kena pindah jabatan lain.. ini juga game yang dikuasai oleh kartel setiap jabatan.

Ada 3 kategori funder, pelobi dan player. Player ini 90% kontraktor Melayu pegang 10% - 20% dan buat kerja dilapangan. Pelobi selalu nya dibayar lump sump bila bejaya dapat tender. Sudah ada kerjaya 'pelobi' dari kalangan mereka tadi sebagai sumber pendapatan tetap..!!

Funder dah tentu puak Kartel ini yang sapu 60% nilai kontrak. Kontraktor ini Melayu dapat kuah ajer...!! Motto mereka 'Lebih baik kuah dari tak dapat apa apa lansung'

Masalah nya tidak ada akta yang mengekang ketiga tiga ini manipulasi kontrak tsb. Akta mungkin ada tapi saja ditutup sebelah mata yg takut kepentingan sendiri terjejas semula.

Sbb petender pun ada kabel kuat dengan menteri, politician dan proksi politican. Akta mungkin ada tapi tidak dilaksana.. sebab tak bawa untung pada setiap kelompok.

Lebih baik mereka berlakon acah acah power bantras amalan kartel di setiap PBT. kartel itu turut membabitkan pengurusan tertinggi PBT berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyerahkan tender secara runding terus kepada syarikat tertentu.

Kesan kehadiran kartel terbabit, menyebabkan hanya pihak tertentu yang dipercayai rapat dengan mereka, dilantik sebagai kontraktor pelaksana, sekali gus mengakibatkan ada projek yang diberikan itu tidak dilaksanakan.

“Satu daripada siasatan di Shah Alam ialah pegawai kanan itu terima habuan benda berharga yang nilainya berpuluh ribu ringgit.

Kita sedang siasat bagaimana perbuatan rasuah itu berlaku dan bagaimana sebuah syarikat mengawal 30 syarikat lain untuk dapatkan projek di jabatan berkenaan di MBSA,” katanya kepada pemberita.

Kalau tanya di kalangan 3 kolompok di atas tadi depa akan jawab.. ' alah bro biasa lah itu... pak menteri dan menteri sana lagi teruk broo..!! "

Lu fikir lah sendiri..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails