Sunday, September 25, 2022

Banjir kilat LTAPP memalukan. Kita kenal DAP, kokok berderai..

 

Foto dikongsi Soon Hin melalui Facebook menunjukkan air bertakung di kawasan LTAPP disebabkan banjir kilat.

Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang memalukan

GEORGETOWN: Kerajaan negeri mengakui banjir kilat yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pagi tadi sebagai amat memalukan.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin, berharap pihak berkuasa berkaitan lapangan terbang akan mencari penyelesaian terhadap perkara itu.

"Saya harap pihak berkuasa berkaitan seperti Malaysia Airport, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dapat membincangkan dan bekerjasama untuk penyelesaian jangka panjang," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul, terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut.

Mengulas kejadian itu, Soon Hin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Byan Lepas, berkata banjir kilat pagi tadi melanda kawasan pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP. 

Foto dikongsi Soon Hin melalui Facebook menunjukkan air bertakung di kawasan LTAPP disebabkan banjir kilat.

"LTAPP ialah imej hospitaliti dan tanggapan pertama kepada dunia, jadi sungguh memalukan melihat banjir di lapangan terbang itu.

"Ia pasti akan menjejaskan usaha saya untuk mempromosikan Pulau Pinang dan melemahkan imej negeri ini," katanya.

Katanya lagi, beliau sudah bekerja keras dan mempunyai banyak rancangan untuk membawa lebih banyak acara antarabangsa utama ke negeri ini dan lebih banyak penerbangan terus serta lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimBanjir kilat LTAPP memalukan. Kita kenal DAP, kokok berderai.. tapi ekor bergelumang tahi. Negeri terkenal busuk tahi babi, terowong tak siap.

Porrah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Kalau boleh minta mat jambu bongkar kes banjir ni. Asyik tibai org melayu jer. Macam orang melayu x betul saja. Asal dapig betui saja.

Ni dah khianat pada bangsa sendiri. Pada bangsa dapig yg cuba meranapkan org melayu disanjung pulak.

Bongkar juga bangsa yg menyumbang rasuah. Jangan tutup sebelah mata.

Anonymous said...

Setuju..bongkar juga bangsa paling byk mintak rasuah.

Anonymous said...

Mintak rasuah dah bongkar. Yg beri rasuah belum lagi.

Jom pakat sokong pas. No to rasuah no to bribe giver.

Anonymous said...

World War III now is coming. 1 April 2023 Russia mahu semua urusan jual beli minyak dan gas dalam merawang Rouble.

Maka Arab Saudi bersama India pinggirkan dolar AS sebab Russia guna merawang Ruble urusniaga minyak dan gas.

Rusia dilaporkan akan meminta sejumlah negara yang tidak mesra dengan Moscow supaya menggunakan mata wangnya iaitu rouble dan bukannya dolar Amerika Syarikat (AS) untuk membeli gas yang dikeluarkan olehnya.

Permintaan itu dibuat selepas tentera Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu sekali gus menyebabkan negara-negara Barat termasuk AS melaksanakan sekatan dan cuba meminggirkan Moscow di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menandatangani dekri yang meminta para pembeli asing supaya menggunakan mata wang rouble untuk membeli gas mulai 1 April nnti.

Kontrak penjualan tersebut akan dihentikan jika pembayaran tidak dibuat dalam mata wang berkenaan.

shamy ardha said...

Bukan Mat Jambu tapi Mat Jubuk !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails